Kisah 55 -Mawar Hitam Kembali

3.4K 156 5
                                    

"Dah tu? Edward tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah?" Puan Sri Emelda kedengaran tidak puas hati selepas mendengar cerita anaknya itu

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Dah tu? Edward tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah?" Puan Sri Emelda kedengaran tidak puas hati selepas mendengar cerita anaknya itu.

Mungkin, menantunya bertindak dengan agak melulu. Belum tentu dia akan benar-benar pergi. Tetapi, tetap juga, Edward tidak boleh merajuk begini.

"Dia yang pentingkan diri ma. Dia tak fikir pun pasal hati dengan perasaan Edward! Sibuk nak bagi Edward anak, dia ingat kalau dia tak ada, anak tu ada makna ke?"

Dia lepaskan segala amarahnya pada mama pula. Puan Sri Emelda menggeleng dengan jawapan itu. "Rissa tu perempuan. Mama faham apa yang dia cuba buat. Jadi, Edward tak boleh macam ni. Edward janjikan? Nak berubah demi Rissa? Edward janji nak jaga dia kan?"

Rambut anaknya dibelai manja. Sekali sekala bahu sasa itu dipeluk erat. "Dia perlukan sokongan. Apa yang dia cuba buat sekarang, dia cuma nak bahagiakan Edward. Dia takut kalau dia pergi tiba-tiba dan perlu tinggalkan anak mama ni sendiri."

Puan Sri Emelda menyenget kepala memandang comel wajah kacak anaknya itu. "Bagi dia, kalau dia lahirkan zuriat untuk Edward, sekurang-kurangnya, Edward tak akan sendiri bila dia pergi." Dia pujuk anaknya.

Sejujurnya, dia faham. Kisah anak dan menantunya ini, umpama ditelan mati emak, diluah mati bapak pun ada.

"Mama cakap senanglah. Mama berpihak dengan Rissa. Ma, Edward baru aje nak jumpa kebahagiaan dengan dia. Sekarang? Ma, kalau dia pergi, kalau dia.." Edward mula tidak tentu arah. Dia bangun, kaki mula bermundar-mandir melangkah tanpa hala tuju di hadapan mamanya.

"Kalau dia mati ma, apa nak jadi dekat Edward?" Dia lontarkan soalan itu pada mama yang masih memerhati dirinya. Pada saat ini, wanita itu juga tiada jawapan untuk soalan anaknya.

Dia termenung seketika sebelum dia berdiri dan mendekati anaknya yang tidak tentu arah. "Edward.. mati tu kan ketentuan Allah. Kalau Allah ambil kita, bermakna apa? Dia sayang kita. Bermakna kita ni sudah berjaya jadi manusia yang mendapat kasih sayang-Nya." Puan Sri Emelda cuma sampaikan isi tersirat di sebalik ayatnya itu.

Namun, Edward tetap menafikan tutur kata mamanya. "Mama tak akan faham." Dia ambil kunci kereta di atas meja ruang tamu itu, namun, baru saja kaki ingin dihayun, mama tegur dirinya lagi.

"Walau apapun jadi Edward, jangan berkasar dengan Rissa. Dengar cakap mama baik-baik. Kalau nanti, kamu berdua dapat berita yang dia mengandung, jangan pernah suruh Rissa gugurkan anak tu sebab kanser dia faham?" Kali ini, suaranya lebih tegas.

Dia pesan begitu kerana dia kenal sungguh dengan anaknya itu. Dia tahu apa yang bakal berlaku selepas ini, dia juga tahu apa yang akan anaknya itu cetus lagi kali ini. Sebelum terlambat, dia pesan dulu. Cegah sebelum parah lebih baik.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ