Kisah 30 -Tahu

2.9K 142 4
                                    

              Nafas yang tersekat akibat diselangi kucupan itu, cuba distabilkan, namun tetap gagal

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

              Nafas yang tersekat akibat diselangi kucupan itu, cuba distabilkan, namun tetap gagal. Tangan sasanya liar bermain dengan rambut lembut isterinya.

            Dia tahu Clarissa tidak suka, tapi dia sebaliknya. Dia inginkan ini. Arahan yang Clarissa tidak boleh bantah. Iaitu arahan dia sebagai seorang suami.

              Tubuh isterinya itu dibaringkan ke atas permukaan luas katil. Kardigan yang Clarissa kenakan, perlahan dia tarik mendedahkan lengan putih isterinya itu.

           Terus dan terus. Setiap yang dia lakukan, buat sedikit demi sedikit air mata Clarissa mengalir. Dia tahu Edward kini bergelar suaminya.

        Namun begitu, yang Edward ingin dapatkan ialah tubuhnya, bukan hatinya. Baginya, lebih baik seorang suami menagih cinta dari tubuh untuk melepaskan hawa nafsu.

          Ini bukan perkahwinan ikhlas namanya, ini kerana keinginan yang tidak mampu dikawal. Tetapi, adakah Edward begini juga dengan semua wanita? Atau dengan dia saja?

             "Show me what you got.." Dia terus menerus kucup setiap inci tubuh badan isterinya itu, setiap hembusan nafas kasar Edward, menampar kulit putih Clarissa.

            Nak dihalang, dia tidak mampu. Nak dibiarkan, dia yang terluka. "Move Rissa. Seduce me.. We both belong to each other now precious." Mungkin mereka memiliki satu sama lain, tapi adakah hati mereka juga begitu?
   
              Precious? Lama tidak dengar Edward panggil dia begitu. Kali terakhir, pastinya lima tahun lalu. Tapi, Edward maksudkan kah? Dia begitu berhargakah sehingga panggilan itu digelar buatnya?

            Jika benar, mengapa begini layanannya? Edward teruskan lagi asmaranya. Tepat untuk tiga jam mereka begitu.

"Actually Tan Sri Danish.. I pun tak tahu."
Pengakuan Jessica yang menyatakan dia tidak tahu apa-apa tentang kes itu, buatkan Tan Sri Danish naik marah.

           "Tak tahu? What do you mean you don't know anything? Are you hiding something from me Jessica?" Tegas suara mula kedengaran.

          Jessica menundukkan pandangan. Sejujurnya, dia tidak tahu. Lima tahun lalu, untuk beberapa bulan, ya Edward ada suruh dia catat tentang hutang arwah Halim Absyari.

          Namun, untuk beberapa bulan saja.  Selepas dari itu, jangan kata bayar hutang, batang hidung gadis yang mengaku sebagai anaknya itu pun, tidak kelihatan lagi di bangunan pejabat ini.

            "Apa kata Tan Sri tanya Tuan Edward. Seingat I, Cik Clarissa Haura tu berurusan sepenuhnya dengan dia." Cadang Jessica dengan penuh hormatnya.

          Tan Sri Danish mengeluh kecil. Tanya apa? Dia bercakap dengan Edward pun tidak. Namun, sebagai seorang ayah, dia mula rasa syak-wasangka.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum