Kisah 46 -Mencari

4.4K 186 16
                                    

           Edward termenung jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Edward termenung jauh. Meja kaunter bayaran kedai bunga itu menjadi tumpuan. Dia termenung dek fikirannya yang serabut dengan pelbagai masalah yang menimpa.

"Encik, ni bunga yang encik minta.. semuanya RM 120 ringgit." Teguran dari pekerja kedai bunga itu, nampaknya tidak menyedarkan dia dari lamunan. "Encik.. Encik.." Dua tiga kali panggilan dari gadis di hadapannya itu kedengaran, barulah dia sedar.

Dia jongket kening pada gadis itu bertanya mengapa? "Ni.. bunga encik, dah siap." Balas gadis muda di hadapannya seolah faham akan tujuan jejaka itu mengjongket keningnya.

Barulah Edward lekas mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. "Uhm.. sorry.. berapa?" Edward lekas bertanyakan harga. "Semuanya RM 120 ringgit." Ulang gadis itu lagi.

Edward angguk kepala. Cukup RM 120 ringgit dikeluarkan demi membayar bunga yang dia beli. Sejambak bunga mawar hitam.

"Ni kad, saya dah siap letak. Ini kan yang encik nak saya tulis?" Pekerja kedai bunga itu bertanya tentang ayat yang sudah dia tulis pada kad putih yang dipilih Edward seketika tadi.

I'm sorry precious,
let's start over.
Aku janji, aku akan
bahagiakan kau.
Rosa Nera for you
my Clarissa Haura?

Your hubby, Edward Dayyan:⁠-⁠)

Edward baca ayat yang ditulis cantik di dalam kad putih yang dihulurkan padanya itu. Dia tersenyum. Tidak sangka dia yang suruh pekerja kedai bunga itu tulis ayat ini. Siap dengan lukisan senyum comel itu lagi.

Namun, dia rasa ada sesuatu tidak kena dengan ayat itu. Apa ya? "Boleh ubah sikit ayat ni?" Soal Edward sambil dahinya berkerut keliru. Dia juga tidak tahu apa yang mahu diubah, tapi hatinya kuat menyatakan dia perlu ubah ayat itu.

"Tapi, buruklah kad tu nanti." Gadis kaunter itu berkata. Memang betul, kalau dipadam, tidak cantik jadinya. "Ambil kad lain boleh?" Malah, Edward tetap dengan keputusannya.

Gadis itu mengangguk saja. Pelanggan, kenalah turutkan. Dia pergi beberapa saat, kemudian, dia kembali bersama kad yang lain. Tetapi, rekaan kad yang itu, lebih manis dari tadi. Siap dengan perkataan 'I Love You' menghiasi corak luarnya.

Edward pandang gadis di hadapannya itu. Dia garu kepala. Tak cliche sangatkah? Eh, apa salahnya, dia nak pujuk bini ni. Kenalan turunkan ego sikit. Kenalah belajar jadi sweet kan? Apa salahnya.

"Encik nak ayat apa ye?" Soal gadis itu. Edward rasa segan nak cakap, akhirnya, dia luahkan juga.

I'm sorry precious,
let's start over. Abang janji
abang akan bahagiakan
sayang. Rosa Nera for you my
Clarissa Haura?

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now