Kisah 11 -Cinta

3.3K 161 7
                                    

           Edward melulu masuk ke dalam rumah

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

           Edward melulu masuk ke dalam rumah. Sekeliling ditilik, namun, masih belum kelihatan sesiapa.

            "Ariano!" Dia jerit nama pembantu peribadinya, belum ada sahutan. Langkah galah diatur ke ruang tamu besar miliknya.

            Jantungnya yang tadi berdetak laju, kini perlahan-lahan kembali stabil apabila dia lihat susuk tubuh Clarissa sedang terbaring tidur di sofa.

            Gadis itu tidur dalam keadaan tudung shawl miliknya yang dia pakai semasa datang ke sini terbalut di kepala.

            Edward melabuhkan duduk di bahu sofa. Clarissa ditatap lama. Apabila dia perasakan tentang jari gadis itu yang berbalut dengan plaster luka, dia duduk di lantai.

           Dia ambil first aid kit yang terletak di atas meja kaca berhadapan sofa di ruang tamu itu.

            Nampaknya, Clarissa tidak letak ubat, dia cuma balut saja jarinya yang luka. Ketiga-tiga jari telunjuk, jari hantu dan jari manis yang berbalut dengan plaster tadi, dibuka.

              Ubat disapukan di jari-jari halus itu. Setelah selesai, Edward kembali balut jari-jari itu dengan pembalut luka yang bersih.

               Keluhan dilepaskan. Baru saja dia yang tadinya resah gelisah ingin mengembalikan rasa lega, Ariano dan dua orang pekerjanya tiba di ruang tamu.

               "Tuan.. maaf lambat. Kami dari tingkat atas." Ariano meminta maaf. "Upstairs? You left Clarissa here alone by herself? What if she gets hurt again?"

        Tengkingan kasar Edward yang bercampur risau itu buatkan kesemua pekerja-pekerjanya terkejut. Terhinjut bahu mereka bertiga.

        Sebegitu kuat juga sehingga Clarissa yang tadinya lena dibuai mimpi, kini terjaga.

          Terkebil-kebil dia apabila lihat Edward ada di rumah. Ariano benar-benar telefon jejaka itu hanya kerana jarinya cederakah?

           Dan Edward yang sepatutnya bekerja, pulang ke rumah hanya kerana tiga hujung jarinya yang luka? Sebegitu pentingkah dia?

          "Uhm.. Cik Clarissa, cik ok?" Soalan dari Fahmi, yang merupakan salah seorang dari pekerja Edward, menyoal apabila dia perasan Clarissa yang sudah duduk dari baringnya kelihatan agak terkejut.

             Hal itu, buatkan Edward berpaling ke arahnya. Pandangan jejaka itu yang tadinya kelihatan penuh amarah, kini bertukar resah.

              "Cik.." Teguran lagi sekali dari Ariano buatkan dia menjawab soalan Fahmi tadi. "S-aya ok."

              "Masak bubur. Hantar naik bilik aku. Bawa ubat tahan sakit sekali." Usai arahan, dia dekati dan terus tarik Clarissa bangun dari sofa.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora