Kisah 40 -Gugurkan

4.4K 162 21
                                    

            "Wek!" Itu sisa muntah yang kali ketiga sudah terluah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            "Wek!" Itu sisa muntah yang kali ketiga sudah terluah. Jujur, tubuh ramping itu dirasakan amat melayang. Setiap sudut yang menjadi pandangan kelihatan amat berpinar.

            Mulut dilap menggunakan tisu kering yang ada di sudut hujung kabinet dapur.

             Dia kemudian mengatur perlahan langkahnya menuju ke meja makan. Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan. Sememangnya sesiapa saja yang melihat Clarissa sekarang, akan fikir dia sedang sakit.

            Lihatlah dirinya, sudah sebagai orang mabuk gadung. Pucat. Amat pucat. Dia lentokkan kepala di atas permukaan meja.

            Sebenarnya, dia turun ke dapur pagi ini kerana rasa lapar tiba-tiba menyerang. Sungguh. Lapar sekali. Bagai orang kebulur. Bukan pekerja-pekerja Edward tidak hantar makanan, tetapi, dia yang tiada selera hendak makan makanan-makanan yang mereka hantar.

          Sejak mengandung ini, dia ada keinginan sendiri mahu makan makanan yang anak dalam kandungannya teringin.
 
      Grilled chicken salad. Iya, dia tidak begitu menggemari western, dia juga pelik mengapa dia ingin makan makanan begitu pula tiba-tiba.

          Namun, apabila dia turun ke dapur pagi ini, tiada sesiapa yang boleh diminta tolong. Dapur kosong. Tiada orang, hendak buat sendiri, dia tidak tahu, kalau tahu pun, dia tidak lalu. Badannya terlalu lemah.

            "Puan?" Kedengaran pelik suara orang yang menegurnya. Dia juga terkejut dengan kelibat Clarissa gamaknya. Gadis itu berpaling ke belakang.

            Sekuntum senyuman terukir di bibir pucat itu. Ariano rupanya. "Ariano.." Perlahan suara lemah Clarissa menyahut panggilan jejaka itu.

            Ariano mengorak langkah mendekati isteri majikannya itu. Dia tarik kerusi, dia duduk berhadapan Clarissa.

             Dia tilik gadis di hadapannya. Sungguh pucat wajah cantik itu, buatkan dia risau. Jangan Clarissa ini pengsan pula sudah.

           "Puan ok? Kenapa muka puan pucat sangat?" Soalnya. Clarissa angguk dengan perlahan. "Saya ok." Ringkas balasannya.

             "Kenapa puan turun kalau tak larat? Nantikan akan ada pekerja Tuan Edward yang hantar makanan naik atas.. tak perlulah turun, rehatlah." Ariano berkata.

           "Saya tak selera nak makan makanan yang diorang hantar. Saya teringin nak makan Grilled chicken salad." Malah, penjelasan itu, buatkan Ariano garu kepala.

            Aduh lah. Ini mesti kes mengidam. Patutnya, suamilah yang turutkan kerenah isteri yang tengah mengandung itu. Ini, suami pun, main lepas tangan. Haih.

           "Baby ke teringin tu?" Ariano cuba ukir senyuman. Dia ingin Clarissa yang kelihatan murung itu tersenyum ikhlas, jadi, dia akan cuba turutkan kerenah ibu mengandung itu.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now