Kisah 31 -Tekaan

2.8K 131 9
                                    

             "S--ebebarnya, saya kerja balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             "S--ebebarnya, saya kerja balik.. sebab tu saya kat sini." Penipuan yang terpaksa dia ungkapkan. Kerja apanya? Dia kira setaraf dengan Zandra kut. Sekarang, dia pun isteri Edward.

          Aip, macam cemburu pula bunyinya, yalah, Zandra boleh memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada Edward, namun dia tidak boleh, padahal, Edward bukan main buas bila dengan dia.

        Tapi tulah, kalau tak tipu kantoi lah pula. Siapa suruh keluar juga masa puan besar rumah ni ada. Yalah, dah haus, apa dia boleh buat, tidak sangka pula boleh terjumpa Zandra.

            "Ooo.. patutlah. Tak apa.. I'll talk to my husband nanti. Ni, you kerja jadi maid lah kan.." Dia ajukan soalan pada gadis yang bertahun lagi muda darinya itu.

               Clarissa angguk perlahan. "Tapi, kenapa you berhenti dulu?" Dulu? Sebut tentang dulu, memori hitam berulang tayang.

          "Saya berhenti sebab perlu." Suara halus Clarissa makin perlahan. "Tak apa. I lagi suka you kerja. Senang nak minta tolong.. lagipun, dalam rumah ni, semua lelaki, tak ada orang nak borak. Ada you ok juga." Zandra nampak teruja, malah, Clarissa sebaliknya.

            Dia masih bersalah. Walau apapun, dia bersalah.

              "Saya masuk bilik dulu." Malas hendak berlama-lamaan di sini. Risau terlanjur kata, tidak boleh patah balik sudah nanti.

              Zandra angguk. "Tapi, mana bilik Edward letak you? Tingkat satu ke dua?" Soalnya ramah. Langkah Clarissa terhenti bila dia mula berjalan.

            "Tingkat tiga." Nanti, jawapan dia salahkah? Mengapa riak wajah Zandra berubah lain macam pula ni? "Third floor?" Dia soal mencari kepastian. Gadis muda yang sudah beberapa langkah jauh darinya ditatap lama.

            Satu saat, Clarissa makin berdebar, dua saat, nafas ditahan, tidak mahu kantoi yang nafasnya sedang laju ketika ini. Tiga saat, jantungnya bagaikan terhenti saat wanita elegan yang merupakan madunya itu melangkah mendekati.

            "Tingkat tiga Edward bagi bilik dekat you?" Lagi sekali Zandra ajukan soalan pada gadis bertubuh kecil di hadapannya ketika ini.

          Mata dipejam, nafas dihela. "I--iye puan." Ujarnya tergagap-gagap. Pandangan penuh tanda tanya yang dilemparkan oleh madunya buatkan dia gugup.

          "Ok, tak apa.. pergilah masuk bilik rehat. Ni bunga ros ni.. you dapat tadi kan?" Tiba-tiba wajah sinis dengan persoalan tadi, bertukar riang ceria.

            Zandra siap ambil jambak mawar hitam tadi, dia serahkan pada Clarissa. Gadis itu sambut. Perlahan Clarissa angguk, langkah kecil diatur pergi.

              Sebaik Zandra hilang dari pandangan, dia menuju ke lift peribadinya milik suaminya. Butang tingkat tiga ditekan. Sesampai saja, lekas dia menuju kembali ke dalam biliknya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now