Kisah 15 -Dihalau

4.5K 194 17
                                    

         "Edward

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "Edward.. can I ask you something baby?" Katil dipanjat. Suaminya didekati. Justeru itu, soalan diajukan.

        "Hmm?" Edward menyatakan itu tanda dia setuju jikalau isterinya bertanya. "Malam tadi, you pergi mana?" Tanya Zandra.

         Edward agak cemas apabila soalan itu dilemparkan. Tetapi riak tenang, perlu dikekalkan.

        "Work." Sepatah jawapan itu, tidak cukup buat Zandra. "At 2.30 a.m.? What work at 2.30 a.m.? Is it that important?" Saat Zandra kekal ajukan soalan penuh dengan kekeliruan, Edward jadi makin cemas.

          "Important. Too important." Tegas suara, akhirnya buatkan Zandra berhenti menyoal. Dia tahu, kalau Edward dah mula tegaskan suara, lebih baik dia diam.

          Zandra terus menjarakkan sedikit kedudukan dengan suaminya di atas katil mereka itu. Apabila dia lihat Edward sedikit pun tidak mengendahkan perlakuannya, dia mula kecil hati. Berubah wajahnya.

           Sejujurnya, saat pertama kali mereka berjumpa dulu, Zandra sendiri tidak faham bagaimana mereka boleh tertarik dengan satu sama lain sehingga hubungan menjadi serius.

            Awal perkahwinan, semuanya seperti biasa. Mereka saling menunjukkan rasa cinta, sama-sama saling bahagia.

              Namun, saat perkahwinan mereka diuji dengan jarak, dimana Zandra terpaksa pulang ke negara kelahirannya England demi menjaga ibu yang sakit tenat, Edward mula menunjuk belangnya.

            Dia tidak menjawab telefon, tidak mengambil tahu, tidak peduli, juga main lepas tangan. Kadangkala, Zandra sendiri terguris hati, namun, apakan daya, nak dimarah, sudah memegang pangkat suami.

               "I lapar darling.. makan jom." Tiba-tiba dia letak telefon yang tadinya dipegang di tangan. Dia segera turun mengikut belah kiri katil.

             Zandra cuma lemparkan senyum paksa. Dia juga turun dari katil segera. Niat hendak memeluk lengan sasa suaminya itu, namun, terbatal niat saat Edward silang terus lengannya. Akhirnya, mereka keluar secara berasingan.        
   
              Dapur menjadi destinasi. Bau harum masakan yang enak, mula menusuk ke dalam lubang hidung masing-masing.

            "Siapa masak? I tak nampak chef pun harini?" Soal Zandra keliru. Memang dia tidak nampak chef peribadi suaminya hari ini.

          Riak wajah Edward berubah. Dia tilik sekeliling, cuba mencari kelibat si tukang masak makanan. Namun tidak jumpa.

           Dari bau masakan, dia kenal ini air tangan Clarissa. Lagipun, memang sudah lama dia tidak upah chef datang ke rumah dan masak.
  
            Tetapi, seingatnya semalam, lepas dia balik dari Rosa Nera Club, dia sudah arahkan supaya Clarissa keluar pada awal pagi.

               Dia tidak mahu rahsianya terbongkar pada Zandra, jadi dia berniat untuk halau Clarissa pergi. Kerana itu juga dia jumpa Dato' Yusuf memberi amaran untuk tidak mengganggu Clarissa lagi.

            Tetapi nampaknya, gadis muda itu belum tinggalkan rumah ini lagi. Dia jadi geram. Langkahnya diatur menuju ke kawasan belakang dapur.

         Sangkaannya benar. Clarissa masih belum keluar dari rumah agamnya ini. Seperti biasa. Gadis itu mengenakan baju kurung lusuh nya yang dia pakai pada hari pertama dia ke sini.

          Edward tarik Clarissa ke hujung dapur. Dia sandarkan tubuh kecil itu ke dinding dengan agak kasar. Terkejut Clarissa.

          "A-awak kenapa?" Soal gadis itu takut-takut. "Aku suruh kau keluar dari rumah ni semalam kan?" Tegas.

          Clarissa menundukkan kepala. "Clarissa, urusan kita dah selesai. Hutang kau, semua aku dah bayarkan sebaik kau serah diri dekat aku. Sekarang, kau boleh keluar." Kata-kata itu dituturkan dengan perlahan dan boleh tahan lembutnya dari sebelum-sebelum ini, tetapi, mengapa Clarissa tetap rasa sakit?

           "A-awak b-etul-b-etul halau saya?" Soal gadis itu dengan takutnya. "Kau kena pergi. Zandra dah balik, aku tak boleh simpan kau dalam ni." Lagi sekali kata-kata Edward mengguris hati Clarissa.

          'Simpan? Aku ni perempuan simpanan je ke?' hati kecil yang terluka itu mula menyoal. Dia tolak dada bidang jejaka di hadapannya.

         "Simpan? Selama ni, awak janji awak nak kahwin dengan saya, siap ratah tubuh saya tak kira masa, tempat, sekarang, awak nak buang saya? Pangkat saya perempuan simpanan yang kotor je macam tu?"

       Lantang dan penuh amarah dia berkata-kata. Tahap kesabaran Edward, tidaklah begitu tinggi, ditengking sebegitu, buatkan dia naik berang.

         "Yes, you are. From now on, we have nothing anymore. Lepas ni, aku tak nak kau datang sini lagi. Kau boleh balik."

........................

Begitu saja?

         Edward memusingkan badannya ke belakang. Baru dia ingin melangkah pergi, Clarissa tarik lengannya. "Edward!" Namun, jejaka itu segera tolak tubuh kecilnya sehingga dia jatuh ke lantai.

            Lagi sekali Edward ingin berlalu pergi, namun gagal lagi saat kakinya dipeluk Clarissa yang sudah mengalirkan air mata di lantai.

            "Jangan buat saya macam ni.. Hiks.. saya tak ada sesiapa E-dward.. kalau saya mengandung, macam mana dengan anak tu?" Dia mula mempersoalkan kemungkinan.

            Edward makin geram. Wajah bengis mengambarkan segalanya. Dia tendang tubuh gadis yang sedang meraung memeluk kakinya.

         "Kalau kau mengandung, gugurkan. Aku tak nak dia." Semudah itu seorang lelaki yang sudah puas berkata-kata.

           "E-dward... Hiks.. sa-ya merayu.. kenapa buat saya macam ni?" Lagi sekali dia memeluk kaki panjang jejaka itu, namun, lagi sekali juga dia makan tendangan yang sama.

           "Aku tak nak kau lagi. Pergi!" Jerkahan itu buatkan Zandra terkejut. Lekas wanita itu berlari ke belakang dapur.

         Namun, saat dia sampai, Edward juga keluar. "Ariano!" Lekas Ariano yang mendengar panggilan dari tuannya berlari ke dapur.

        "Kau kemas semua makanan perempuan tu masak. Buang. Lepas tu, halau dia. Pastikan dia tak ada bila aku balik."

        Terkebil-kebil kedua Zandra dan Ariano. "Darling.. kita makan luar." Dia tarik isterinya, mereka berlalu pergi tanpa Zandra sempat lihat apa berlaku pada Clarissa yang masih kedengaran tangisnya.

          Ariano mengeluh. Jadi? Clarissa Haura pun menerima nasib yang sama seperti perempuan lain di luar sanakah?

       Raungan Clarissa makin kuat. Dia tutup matanya yang merah akibat tangisan itu, dalam tidak sedar saja, akhirnya, dia pengsan di lantai dapur itu.





  To be continue...

What happened next?
    

         

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now