Kisah 39 -Menyakiti

3.6K 168 13
                                    

"Sweet gold abang buat apa ni? Kenapa termenung je?" Tubuh ramping isterinya dipeluk erat dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sweet gold abang buat apa ni? Kenapa termenung je?" Tubuh ramping isterinya dipeluk erat dari belakang. Alahai, lembut benar setiap usapan Edwis beri padanya.

"Tak ada apa.. saja.. Qiu suka view balkoni ni.. permandangan dia hijau sangat.. tenang." Saat isterinya bersuara gembira menceritakan keindahan alam semulajadi yang menjadi permandangan mata mereka, dia tidak henti melirik wajah menawan itu.

Kucupan hangat singgah di pipi putih Qiura. Tawanya terlepas. Eh, tiba-tiba saja pula nak kucup-kucup orang. Bukan main.

"Apa abang ni, suka kiss tak nak bagitahu dulu.." Qiura berpura membebel, walhal, di perut, bagai ada rama-rama sedang beterbangan di dalamnya.

"Suka kan? Ingat abang tak tahu ke, Qiu suka kan kalau abang buat macam tu?" Edwis jongket sebelah kening. Dia usik isterinya.

Qiura ketawa, namun, tidak lama kemudian, dia kembali murung. "Hmm.. mula dah.. abang tahu Qiu sorok something dari abang. Cakap cepat.. kenapa ni isteri abang tersayang ni?" Dia peluk isterinya erat, dia tahu Qiura sedang dilenda masalah.

"Tak ada apa.." Malah, penipuan kekal ditegaskan. Dia tidak mahu Edwis tahu tentang hatinya yang dilanda senja sekarang.

"Tak baik tipu suami." Namun, Edwis masih berkeras. Dia hendak dengar juga. Apa masalah isterinya. "Sebenarnya... Tadi Edward.." Dia masih enggan mengatakan kebenaran.

Edwis yang mendengar nama adiknya meniti di bibir merah sang isteri, terus lekas mengerutkan dahi. Wajahnya mula naik membeku. Dia rasa dia tahu sudah apa yang jadi.

"Edward buat apa? Dia ada berkasar dengan sayang?" Suara manjanya tadi, berganti dengan suara tegas yang kedengaran marah.

"Bukan.. dia cuma ignore bila Qiu cakap dengan dia. Jujur sebenarnya kan, Qiu tahu dia tak suka Qiu jadi kakak ipar dia." Mula sudah, ini yang Edwis tidak suka dengar.

Dia pusingkan isterinya menghadap ke hadapan, tepat mata indah mereka berdua saling bercantum.

"Abaikan dia balik. Tak kiralah apa pun, Qiu tetap isteri abang. Satu-satunya kakak ipar adik-adik abang. Tak akan ada yang lain, kalau dia tak suka, itu hal dia. Faham?" Dia pujuk isterinya dengan lembut. Pipi putih isterinya diusap dengan penuh kasih sayang.

Dia tahu Qiura terasa. Edward ini, memang tidak pandai sudah. Hatinya kerap berdendam. Haih.

Ketukan pintu bilik rehat rumahnya, buatkan dia berpaling ke belakang. Arahan siap diberi, Ariano segera melangkah masuk.

"Tuan.." Dia tegur tuannya yang duduk bersandar di sofa panjang. Lihat dari wajah kacak itu saja, dia tahu Edward sedang dilanda resah.

"Nak apa?" Seperti biasa, kalau bukan dingin umpama ais batu, bukan Edward Dayyan lah namanya.

"Boleh saya duduk?" Soal Ariano. Ketenangan perlu dikekalkan walau hati rasa sedikit gementar. Dia tidak mahu kelihatan goyah di hadapan tuannya.

Bertahun kerja dengan Edward, dia perlu tunjuk yang dia sudah biasakan diri.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now