Kisah 35 -Benci

3.1K 142 20
                                    

"Bagitahu papa, apa kau dah buat dekat budak tu?" Soalan papa makin lama makin serius

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bagitahu papa, apa kau dah buat dekat budak tu?" Soalan papa makin lama makin serius. Ini kes berat. Silap atau terlanjur kata, nak patah balik, tiada jalan sudah.

Diam. Sepi melanda. Hening situasi tidak terus dibiarkan oleh Tan Sri Danish. "Papa tanya Edwis. Mula-mula abang kamu kata, dia tak tahu apa-apa. Tapi, dia telefon papa balik. Katanya, dia baru teringat bila papa sebut pasal Clarissa Haura."

Nafas ditarik dalam sebelum menyambung kata. Wajah anaknya dipandang seketika. "Betul dia mengandung anak kau?" Nah.. ambil.. soalan dia memang straight to the point. Edward ketap bibir. Dia tiada jawapan.

"Kenapa papa tanya macam tu?" Malah, dia cuba kawal reaksi. Dia soal papanya kembali. Tan Sri Danish sudah picit pelipis kanan dan kanan. Allahuakbar. Bisiknya.

"Edwis kata, budak perempuan tu pernah datang jumpa dia dekat office. Dia mengaku dia mengandung anak engkau. Papa nak jawapan! Betul ke Edward Dayyan?"

Kali ini, Edward pula tarik nafas yang dalam. Jauh di sudut hati, dia mula memaki hamun abangnya. Edwis ini pun, habis diceritanya semua pada papa. Nanti, adakah ini yang dia hendak bincang tentang Clarissa yang dia nyatakan hari itu? Clarissa jumpa dia?

Edward pandang lagi papanya dengan pandangan resah. "Edward tak buat apa-apa. Selesai dia bayar hutang lima tahun lepas, dia terus hilang."

Penipuan yang diharapkan berhasil. Tolonglah rayunya. Tan Sri Danish kerut dahi. "Jadi, dia dah bayar semua hutang dia?" Anaknya angguk. Dia pejam mata, tarik nafas dan soal lagi. "Cukup lima puluh juta ribu ringgit?" Soalnya lagi.

Edward juga angguk kepala lagi. "Betul ke ni? Jadi kenapa dia datang office mengaku dia mengandung anak kamu Edward? Jangan tipu papa.. cakap betul-betul kalau kamu buat apa-apa dekat budak tu." Terketar-ketar bibirnya, akhirnya dia cuma mampu menggeleng.

"Mungkin dia nak perangkap Edward." Dalam tidak sedar saja dia fitnah Clarissa yang kini sudah bergelar isterinya demi menyelamatkan diri.

Tan Sri Danish pandang anaknya atas bawah. "Engkau jangan mempercocok-daunkan papa." Ish, susah benar ya papa nak percayakan dia. Percaya ajelah.

"Tak pa. Sumpah Edward tak tahu pun dia dekat mana. I do as your wish.. kutip hutang arwah ayah dia, lepas tu, settle." Penipuan lagi. Haih.

Tan Sri Danish angguk. "Jadi hal Edwis?" Dia soal lagi anaknya di sisi. "Dia silap orang kut." Edward lagi sekali buat andaian palsu dengan harapan papa akan percayakan dia lagi.

Akhirnya, Tan Sri Danish angguk. "Setakat ni, saham tu, papa akan beri suku aje untuk kamu balik. Ingat! Kalau papa dengar kamu buat hal, tak kisahlah one night stand ke, minum arak ke, kalau papa jumpa kes kamu dalam mana-mana majalah, kamu tahulah nasib kamu." Amaran keras sungguh bunyinya itu.

Edward telan liur. "Lagi satu, pasal Zandra. Minta maaf dengan dia! Kalau papa dapat tahu kamu naik tangan dekat dia, siap Edward. Ingat! Kamu suami! Jangan jadi dayus!" Lagi sekali dia telan liurnya walaupun terasa sesak di kerongkong.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now