Kisah 54 -Hadiah

3.4K 160 14
                                    

         Satu per satu butang piano itu ditekan kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Satu per satu butang piano itu ditekan kasar. Rasa tidak puas hati, rasa geram, rasa benci dengan diri sendiri semuanya bercampur-baur.

         Bagaimana dia boleh jadi seteruk ini? Dia rosakkan gadis tidak berdosa itu lima tahun lalu, apabila lima tahun berlalu, dia paksa gadis itu nikahi dirinya, konon demi keselamatan, padahal, dia sibuk menyeksanya.

           Kini, saat dia mula sedar kesilapannya, gadis itu? Sanggup mementingkan dia dulu berbanding dirinya. Mengapa dia menjadi sebegitu kejam terhadap gadis sebaik isterinya itu?

            Butang-butang piano itu tidak henti ditekan laju. Irama dan melodi lagu klasik yang dimainkan, membawa seribu satu kesedihan isi hatinya.

           Makin lama, makin laju, makin lama, makin kuat..

          Sehinggalah fikirannya yang begitu terganggu tadi menyebabkan melodi yang dia mainkan berubah sumbang akibat satu butang yang silap ditekan.

         Kerana nila setitik rosak susu sebelanga bukan? Lagu itu terpaksa ditamatkan.

         Dalam tidak sedar saja tangisannya terhambur keluar dengan pantas. Bagaima? Bagaimana dia hendak terima hakikat selepas ini? Bagaimana kalau senyuman tidak mampu terukir lagi di bibirnya?

           Butang-butang piano itu dihempuk kuat sehingga ianya menghasilkan bunyi sumbang yang bergema di ruangan bilik rehat rumahnya itu.

            Dia bangun dari duduknya. Sofa yang ada menjadi destinasi. Punggung dilabuhkan di situ. Sebuah bingkai gambar seorang gadis cantik yang mengenakan purdah diambil.

           Dia bawa bingkai gambar itu ke dadanya. Mata dipejamkan buat makin laju air jernih dari matanya itu gugur. "Princess.. tell me how can I fix all of this.. I lost you once, I don't wanna lose my wife for a second time. It's hurt." Dia berbicara dengan harapan suara arwah adiknya itu akan kedengaran membalas pertanyaannya.

           Malah, tiada.

            Dalam tidak sedar, lena mula membuai diri. Untuk beberapa saat, dia tidur dalam keadaan tangisan dibiarkan kering apabila mengalir di pipi.

          Jauh termenung membawa dia hanyut dengan pemikiran sendiri. Dalam tidak sedar, menitis perlahan air mata jatuh menandakan hatinya sedang dilanda sakit dan pedih.

             Sejak apa yang jadi semalam, Edward tidak bercakap dengannya langsung. Dia mula tertanya-tanya adakah suaminya itu sudah give up dengan dirinya? Sudah mengalah dengan dia? Tidak mahu mengambil tahu tentangnya lagi?

             Awal pagi tadi, Edward dengan kelakuan dingin ingin meninggalkan rumah Ariano. Dia rasa tidak mahu berjauhan, jadi dia setuju untuk ikut Edward pulang ke rumahnya.

              Malah, sepanjang perjalanan mereka tadi, tiada sepatah kata pun terkeluar dari mulut jejaka itu.

             Bahkan kini, Edward tinggalkan dia sendiri di ruang tamu. Betul gamaknya Edward sudah benci dia? Betul-betul benci?

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now