Kisah 58 -Setuju

3.8K 170 9
                                    

            "Jadi, apa yang jadi malam semalam, semua tu rancangan Zandra? Bunga ros hitam tu?" Ariano soal Dato'Yusuf dengan serius

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            "Jadi, apa yang jadi malam semalam, semua tu rancangan Zandra? Bunga ros hitam tu?" Ariano soal Dato'Yusuf dengan serius.

             Saat dia angguk, mereka mengeluh. Edward raup wajahnya kasar. Serabut lah begini. Masa-masa beginilah Zandra nak buat hal.

             "Aku rasa.. Zandra tu, mungkin dia kecewa sangat dengan apa yang kau dah buat. Aku minta maaf libatkan isteri kau, aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu."

           Mata memandang jejaka muda di hadapannya, jelas terpapar riak resah di wajah itu. Hal itu jujur mengingatkan dia kepada dirinya sepuluh tahun dahulu.

              "Macam mana keadaan Clarissa tu?" Dia soal Edward. Namun, jejaka itu bagai buntu dengan soalan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dengan isterinya.

              "Doktor kata kanser Puan Rissa dah naik ke tahap empat. Dengan keadaan kandungan dia lagi, doktor suruh pilih, antara Puan Rissa, ataupun bayi yang dia tengah kandung sekarang."
   
            Edward rasa lemah lutut. Mengingatkan apa yang diberitahu Doktor Ainun padanya, dia seolah gila memikirkan cara bagaimana dia hendak selamatkan kedua-duanya sekali. Namun, itu mustahil. Semua pun tahu.

             "Habis? Apa kau nak buat sekarang?" Edward kekal termenung jauh ke arah lantai kantin hospital milik keluarganya itu.

             Kalau boleh, ada satu saja yang dia ingin lakukan. Tukarkan tempat dia dengan isterinya.

            Tapak kasutnya dengan laju terus menghentam permukaan lantai. Segera dia berlari dari blok kantin hospital tadi menuju ke wad isterinya ditempatkan sebaik menerima panggilan dari papa yang menyatakan Clarissa baru sedar.

           Pintu dikuak segera. Susuk tubuh kecil yang terbaring lemah membelakangi kawasan pintu masuk wad itu diperhatikan resah.

            "Edward.." Teguran itu buatkan dia perasaan akan kehadiran Tan Sri Danish di sudut rehat yang sedang duduk di sofa.
   
            Dia dekati papanya. "Rissa ok ke?" Soalnya berbisik, lihat keadaan isterinya, Clarissa mungkin hanya mahu berehat dan tidak mahu bercakap.

            "Sejak tadi dia tak cakap apa-apa lepas Doktor Ainun masuk." Membulat matanya mendengar penerangan itu. Janganlah Doktor Ainun bagitahu Clarissa tentang hal kanser dan hal anak mereka perlu digugurkan itu.

            Edward pandang isterinya, wajah pucat itu, cukup buatkan hatinya meronta sedih. "Papa keluar dulu. Mama minta ambil dia dekat rumah. Katanya nak datang singgah tengok Rissa, Essac ada sekali.. dia baru balik malam tadi. Nanti kami datang sekali."

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now