Kisah 20 -Pengintipan

3.9K 168 5
                                    

           Edward termenung jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           Edward termenung jauh. Pregnancy test yang terletak diatas meja berhadapannya dipanjang lama. Sekali sekala alat itu digenggam, kemudian kembali dilepaskan.

           Clarissa pernah mengandungkan anaknya? Betulkah? Jadi, anak itu gugur? Tapi apa puncanya? Atau Clarissa sendiri yang gugurkan?

          Beribu soalan bermain di fikiran. Terasa benar-benar keliru. Belum kisah dendam musuh terhadapnya lagi.

          Selepas Ariano cerita tentang apa yang Pablo sudah lakukan pada Clarissa, dia jadi tidak keruan. Dia masih menghantar mawar hitam itu?

          Apa rancangan sebenarnya? Lima tahun, lima tahun sudah Edward cuci tangan dari dadah. Tak akanlah Pablo tidak faham-faham lagi tentang ketidakmahuannya?

          Tetapi, kalau perlu menyerang? Kenapa target nya Clarissa? Bukan Zandra? Sedangkan Pablo tahu Zandra lah isteri sah Edward. Atau mungkin kerana dia tahu Clarissa yang dicintai Edward?

          Dia menumbuk meja. Dengan begitu kuat sehingga bergegar meja coklat di hadapannya itu. Kalau itu meja kaca, rasanya sudah pecah.

          Dia kemudian bersandar kembali di sofa. Dahi dipicit menggunakan tangan kanan. Sekali sekala dia mengeluh. "Ariano!!" Nama pembantu peribadinya diseru lantang.

           Tiada sahutan, buatkan dia seru lagi. "Sayang.. kenapa jerit ni?" Sekali, Zandra yang baru keluar dari bilik mandi menyoal.

            Bathrobe berwarna merah jambu, tersarung kemas di tubuhnya. "You nampak Ariano?" Soal Edward seraya dia bangun dari sofa yang terletak dalam biliknya itu.

           Zandra geleng. "Kenapa cari dia? Ni kan dah nak maghrib.. he already left mansion I guess." Balas isterinya itu pula.

             "Kita dinner luar nak baby? Candle light dinner nak?" Tiba-tiba Zandra mengeluarkan cadangan yang terbuka di kepala. Rasa rindu hendak makan luar dengan romantis bersama suaminya buatkan dia berani untuk menyatakan hasrat itu.

            "F*ck off Zandra. Makan je apa ada. I busy.. malam ni I tak balik. Jangan tunggu I." Kasar. Begitu kasar pertuturannya. Zandra terdiam saat Edward berjalan keluar dari bilik tidur mereka.

            Sejujurnya, isteri mana yang tidak terasa bila suaminya sendiri layan dia begitu? Dia duduk di hujung birai katil cuba memujuk hati yang terluka.

           Enjin kereta dihidupkan. Gear digerakkan, pedal minyak ditekan. Kereta Mercedez AMG G63 bewarna biru metalik itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah agam miliknya.

          Tan Sri Danish duduk bersandar di sofa ruang tamu rumahnya. Nafas dihela perlahan. Rutin kebiasaannya selepas pulang dari bermain golf.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now