Kisah 43 -Maaf

3.6K 173 22
                                    

"Tuan Edward

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"Tuan Edward..." Panggilan dari suara garau itu menyebabkan dia berpaling ke belakang. Dengan keadaan berserabut itu, dia bangun. Kaki dibawa mendekati pembantu peribadinya yang berada tidak jauh dari kerusi di ruangan menunggu.

Kolar baju kemeja yang dikenakan Ariano dicengkam kuat. Jejaka Itali itu pasrah, dia cuma mampu diam. Dia tahu Edward memang akan mengamuk.

"Kau buat apa? Kau pergi mana ha? Aku dah kata jangan tinggalkan rumah! Mana yang lain?" Bergema jerkahan kasarnya di seluruh ruangan itu sehingga menyebabkan beberapa orang jururawat menjenguk.

"Tuan.. saya dah kata, kita diperangkap. Kami semua terima panggilan kata yang tuan suruh kami pergi dekat location ni." Ariano pegang tangan sasa yang sedang mencengkam kolar baju kemejanya. Dia keluarkan telefon, lokasi yang dinyatakan ditunjukkan pada Edward.

Dia lepaskan cengkamannya. Tubuh sasa pembantu peribadinya itu ditepis. Telefon di tangan kanan Ariano diambil.

"Aku tak suruh pun!" Silih berganti dia pandang Ariano dan telefon milik jejaka Itali itu. "Memang tuan tak suruh, kami yang tertipu. Bila saya sampai dekat location tu, apa yang ada, cuma sejambak bunga ros hitam."

Bunga mawar hitam? Tanpa perlu berfikir, dia sudah dapat menganalisis.

"Jadi kalau bunga ros hitam, maknanya ni kerja siapa tuan?" Kali ini, Ariano pula yang kedengaran agak hilang sabar. Sejujurnya, dia marah akan Edward. Bukannya dia tidak tahu, Clarissa kan tengah tidak sihat, namun, dia masih keluar juga kononnya hendak sambut majlis ulang tahun perkahwinan.

Apabila jadi begini, Edward nak marah dia pula? Tidak. Rasanya sudah sampai masa untuk dia ajar Edward yang kepala batu ini pula.

"Tuan.. kenapa tuan keras kepala sangat dengan Puan Rissa? Kalau tuan tak nak dia, jangan seksa dia! Tuan boleh ceraikan dia, tak perlu sakitkan dia macam ni. Tuan seronok sekarang? Haritu, tuan suruh dia gugurkan kandungan dia kan?"

Zap!

Pandangan kedua jejaka itu bercantum tepat. Edward mula panas apabila dia disindir sendiri dengan ugutannya tempoh hari pada Clarissa.

"Kau apahal? Apa? Anak tu anak aku, aka berhak!" Bentaknya kasar pada Ariano. "Berhak untuk bunuh dia? Tuan, anak tu tak berdosa! Walaupun saya bukan beragama Islam, saya masih ada nilai kasih sayang dalam diri terhadap bayi yang terkandung tu! Bukan macam tuan!" Berani? Ya, dia perlu sedarkan tuannya yang tak sedar diri itu.

"Eh, kau ni, memang nak kena ke hah?" Baru penumbuk hendak naik dan dilayangkan ke wajah Ariano, pintu wad kecemasan dibuka oleh seorang doktor wanita.

Dia mendekati. Melihat kelibat doktor yang ditugaskan untuk merawat isterinya tadi, dia segera melepaskan cengkaman kolar baju kemeja pembantu peribadinya.

"How's my wife?" Edward yang masih resah itu menyoal. "Isteri Tuan Edward dah stabil. Cuma buat masa sekarang, dia perlukan rehat yang cukup, dari segi mental juga fizikal."

Mendengar penjelasan itu, Edward juga Ariano terpinga-pinga. "Maksudnya?" Ariano melontarkan soalan.

"Kandungan dia.. gugur. Ada hentakan kuat berlaku yang menyebabkan kami gagal selamatkan bayi tu. Saya harap tuan bawa bersabar." Tadi ianya cuma sebuah sangkaan, malah kini, ianya ialah sebuah kenyataan.

Apa dia hendak beritahu Clarissa? Buntu akal dan fikirkan.

"Thanks doktor.. cuma.. tolong rahsiakan hal ini dari keluarga aku. Aku tak nak diorang tahu apa-apa pasal Clarissa Haura. Faham?" Sebelum doktor itu berlalu pergi, sempat dia pesan itu, eh, hendak dibiarkan keluarganya tahu? Aje mampus dia nanti.

"Puas? Saya yakin tuan dah puas. Tuan dah dapat apa tuan nak kan? Anak tu dah mati." Usai kata, dia mengatur pergi langkah galahnya dengan rasa geram. Sejujurnya, kalau Edward itu bukan bosnya, lama sudah dia tumbuk muka kacak yang bengis itu.

.........................

Pintu wad VVIP yang ditempah khas untuk isterinya dikuak perlahan. Sebenarnya, di balik pintu lagi dia sudah perasan yang Clarissa sedang duduk bersandar di bahu katil.

Lihat dari gayanya, dia sangat lemah. Tidak bermaya, bahkan wajah cantiknya itu pucat lesi bagai mayat yang masih hidup.

Dia melangkah masuk, sengaja berdehem panjang dengan harapan Clarissa akan menoleh dirinya, namun, isterinya itu bagai di alam lain. Sikit pun tidak perasakan kelibat dirinya.

Dia tarik kerusi dan duduk di tepi katil hospital milik keluarganya itu. Dengan rasa buntu yang menyelebungi diri, dia tetap seru isterinya.

"Rissa.."

Segera wajah pucat tadi berpaling ke sisi. Baru dia perasan yang sang suami sudah duduk dekat dengannya. Dia dengan otak kosong yang penuh tanda tanya menyoal. "K--enapa s--aya d--ekat sini?" Lemah, begitu lemah dan perlahan pertuturannya.

Matanya yang sedikit bengkak itu memandang tepat ke dalam iris mata coklat kekuningan milik suaminya. Malah, Edward tertunduk. Dia tidak mampu untuk tatap mata itu dan ceritakan kebenaran.

"S--ebenarnya.." Malangnya, belum sempat apa-apa, Clarissa buka cerita dengan soalannya dulu. "Edward.. a--nak kita ok kan?" Dia terus usap perut kempisnya. Edward terdiam kembali.

"Rissa.. anak kau dah tak ada.. dia dah mati." Jantungnya berdetak laju. Dia rasa bagai dunia berhenti seketika. Biar benar ni? Mengapa dia tidak ingat apa-apa. Mengapa anaknya boleh tiada pula?

"A--awak gurau ke? Anak kita ok kan?" Agak sukar untuk dia percaya, namun, tetap menitis air jernih dari tubir mata, bagaikan dia mula percaya dengan kata-kata suaminya.

Tiada balasan. Edward diam menyepi. Dia tundukkan kepala. "Anak kau dah mati. Faham?" Begitu saja? Begitu saja cara dia sampaikan berita sebegini?

"T--api Edward.. anak ki--ta.." belum apa-apa, Edward bangun. "Anak kau. Anak kau seorang je Rissa, dan sekarang dia dah tak ada. Rehatlah. Aku keluar dulu."

Betul. Dia memang keluar meninggalkan Clarissa sendiri. Walau dia dengar raungan tangis mula kedengaran dari belakangnya, dia tetap tinggalkan isterinya sendiri.

Dia tahu sakitnya hilang anak. Ini pula bukan kali pertama, tapi kali kedua. Malah, tidak disangkanya, sakit lagi apabila si bapa pada zuriat itu tidak mengaku itu anaknya.

Bagaimana Edward masih tidak mahu mengaku itu anaknya? Mengapa dia sukar untuk mewujudkan sekurangnya sedikit rasa kasihan pada anak itu?

Anak itu anaknya. Perlukah anak tidak berdosa itu dibenci? Bahkan selepas dia tiada Edward masih tidak mengaku itu anaknya?

Clarissa ketap bibir. Air matanya yang mengalir tidak terseka lagi. "M--aafkan ibu sayang.. m--aafkan ibu.." Ujarnya dengan tangisan yang membuak hadir.

Selimut putih hospital yang membaluti separuh tubuhnya di atas katil hospital itu digenggam kuat. Dia benci Edward. Sampai hati suaminya itu buat dia begini?

Maafkan ibu anak-anak ibu.. ibu tak kuat. Dia bisik dalam hatinya pula. Dia tujukan itu pada kedua anak-anaknya yang pernah hadir menjadi penghuni rahimnya. Namun, kini, yang tinggal cumalah keperitan dunia. Dia benci takdirnya ini.





To be continue...

Nanti next..






ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon