Kisah 7 -Janji

3.8K 167 8
                                    

        Peningnya kepala, sehingga dia tidak mampu untuk mencelikkan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Peningnya kepala, sehingga dia tidak mampu untuk mencelikkan mata. Seluruh tubuhnya terasa sakit. Setiap inci badannya sedang merana.

Clarissa rasa nafasnya juga tidak begitu stabil. Mengapa? Itu, dia tidak ingat puncanya. Saat dia rasakan ada kain tebal sedang membaluti tubuh, baru dia perasan.

Dia sedang baring di atas katil. Laju tubuhnya yang lemah itu dibangunkan. Walaupun pandangan masih tidak jelas, dia kuatkan diri dan duduk dari pembaringannya.

Dia picit dahinya. Buat seketika, apabila pandangannya kembali jelas, dia tilik sekeliling. Bilik? Mewah dan besar. Benda pertama yang terlintas dalam fikirannya, sudah tentu ini bukan biliknya.

Apabila rambut hitam berkilat yang panjang paras pinggang miliknya menutupi wajah, dia selak kebelakang. Buat seketika juga, baru dia perasan, rambut? Kenapa dia buka tudung?

Dia naikkan dan peluk kedua lututnya, pada masa itu juga, dia perasan lagi, dia tidak mengenakan walau seurat benang di tubuh.

Kalau dia buka duvet yang kini sedang membaluti nya, seluruh tubuh badannya akan terdedah habis. Dia beristighfar dengan keadaan diri.

Apa yang jadi? Ini bilik siapa? Kenapa dia tidur dalam keadaan begini? Tanpa berlengah, Clarissa turun dari katil. Dengan badan yang agak terhuyung-hayang, dia capai Bathrobe berwarna putih yang tergantung di sisi bilik air.

Bilik air itu menjadi destinasi, sebaik bathrobe yang diambil itu dikenakan, dia bergerak ke sinki. Sakitnya hendak melangkah dan berjalan, tidak terkata. Tapi, mengapa dia tidak ingat apa-apa?

Dia cuci mukanya, namun, belum beberapa saat, dia terperanjat apabila dia lihat di bahagian lehernya mempunyai kesan merah yang mula buatkan dia ingat sipi-sipi tentang kejadian semalam.

Dia terduduk di penutup mangkuk tandas. Kepalanya yang sakit itu diurut kasar. "Enjoy precious.. we'll have a really good night."

"One night. Only one night, then we'll get married."

"Saya tahu awak tipu."

"Aku janji Clarissa. I'll marry you."

"One night stand."

Clarissa ketap bibirnya dengan kuat. Apa yang dia dah buat semalam? Kenapa cuma memori itu yang ada dalam fikirannya?

Tak akanlah dia boleh terima tawaran bodoh Edward Dayyan semalam. Dia yakin dia tidak buat. Sumpah. Dia tidak buat.

Persoalannya, betulkah dia dan jejaka itu telah pun... Jeda. Kalau benar, kemungkinan selepas ini, bagaimana? Kahwin? Tipu benar kalau Edward Dayyan, anak kepada Tan Sri Danish hendak mengahwini gadis miskin sepertinya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now