Kisah 23 -Bodoh

3.4K 154 16
                                    

"Hidu? Racun? Racun apa yang aku hidu sampai masuk hospital seminggu tak sedar sebenarnya ha?" Diri sendiri disoal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hidu? Racun? Racun apa yang aku hidu sampai masuk hospital seminggu tak sedar sebenarnya ha?" Diri sendiri disoal. Namun, jawapan tetap tidak dijumpai. Jujur, dia buntu dengan persoalan yang diajukan diri sendiri.

"Ahh! Sakitlah kepala nak fikir!" Dia marah diri sendiri. "Aduh!" Dia mendesis sakit pula saat dia tidak sengaja hentak belakang tapak tangan yang dicucuk wayar jarum ke sisi katil.

Tangannya yang dicucuk wayar itu, ditenung. Sudah naik membengkak. Mungkin kerana terlalu banyak air disalurkan melalui wayar itu.

Dia mencebik. Kalau dulu, dia masuk hospital, ibu akan teman. Tidak keseorangan sebegini. Tiba-tiba rasa sedih, mungkin kerana badan tidak sihat dan dibiarkan sendirian seperti ini.

Dia seka air mata yang mula membasahi pipi putih kemerahannya. Dalam tidak disengajakan, dia teralih pandangan ke arah pintu keluar wadnya.

Dia salah pandangkah? Atau.. memang ada dua susuk tubuh lelaki yang mengenakan suit hitam sedang berdiri di sisi kiri dan kanan pintu.

Dia kelip mata yang kabur akibat air mata tadi. Memang benar dua orang lelaki itu sedang berdiri seolah menjaga pintu wadnya. Mengapa? Siapa mereka?

Rasa takut mula timbul. Dia betulkan tudungnya, anak-anak rambut yang terkeluar, dimasukkan semula.

Dia kembali baringkan dirinya. sekali sekala, kepala menjenguk ke arah dua orang lelaki yang berdiri di sisi pintu wad itu.

Dia cuba tenangkan diri. Akhirnya, badan yang masih lemah itu, buatkan dia tertidur.

Zandra termenung ke arah luar pintu gelangsar yang terbuka. Hati yang sedih serta kepala yang berserabut, buatkan dia berjalan ke kawasan halaman belakang rumah agam suaminya itu.

Bahu disandarkan ke sisi pintu. Dibiarkan wajah ditampar angin yang bertiup perlahan.

"Easy Zandra. Nama aku Yusuf. Dato' Yusuf. Tapi, budak-budak sini, panggil aku Pablo. It's nice to meet you." Dia hulurkan tangan tanda ingin bersalam dengan Zandra.

Malah, tiada sebarang sahutan dari wanita elegen yang sedang duduk bersilang kaki sambil menikmati hidangan cafe itu.

"Ok, arrogant. I like.." Dato' Yusuf sengih sinis. Dia tilik Zandra. Gayanya seksi. Raut wajah juga boleh tahan menarik. Tinggi persis seorang model fesyen. Orang akan tertawan tanpa perlu menggoda.

Zandra letak sudu dan garfunya. "I kenal you ke? I don't think so.." Sombong. Perlakuan Zandra begitu sombong.

"Ok Zandra C'ntya.. macam ni, I ada tawaran nak buat dengan you. You mesti nak Edward sayang you kan? You tak rasa ke Edward tu banyak rahsia. You rasa kenapa dia kurang curah kasih sayang pada you?" Kata-kata Dato' Yusuf buatkan Zandra membisu kaku.

Mana dia kenal Edward? Bisik hatinya. "You kenal husband I?" Soal Zandra. Dato' Yusuf angguk kepalanya. "More than know him.." balasnya pula.

Zandra mengerut dahi. "I ada tugas I.. I nak Edward kerja untuk I. You pun ada tugas kan? You nak Edward sayang you? Apa kata kita work together honey?" Dato' Yusuf cuba memanipulasikan wanita muda di hadapannya.

Namun, Zandra tidak mudah, dia bangun dari duduknya. "I tak ada masa nak layan you." Dia bangun, handbag nya diambil. Terus bunyi tapak kasut tumit tinggi berdentum menghentam lantai cafe itu.

"Patut ke aku berurusan dengan Dato' tu?" Dia soal diri sendiri pula. Kepala dilentokkan ke sisi pintu gelangsar tersebut.

...........................

Dua hari kemudian..

Kelopak mata dibuka, iris hitam yang bersinar terang itu mula kelihatan. Kepala yang agak berdenyut kecil dipicit perlahan.

Namun, saat pandangan mula jelas, dia terkejut. "A--awak siapa?" Tergagap-gagap menyoal jejaka bersuit hitam di hadapannya.

"Cik Clarissa, cik dah bangun?" Soal jejaka itu bersama senyuman di bibirnya. "A--awak siapa?" Lagi sekali Clarissa soal dengan suara lemahnya.

"Saya Fahmi. Harini cik discharge kan? Saya diarahkan untuk bawa cik balik." Fahmi? Seperti pernah dengar. Tapi dimana ya?

Clarissa cuba dudukkan dirinya. Lihat keadaan lemah Cik Clarissa nya itu, buatkan dia terasa ingin membantu. Namun, Clarissa tidak mahu. Dia tidak rasa selesa biarkan lelaki pegang dirinya begitu saja. Lagi-lagi lepas apa yang jadi lima tahun lalu.

Fahmi menjauhkan diri. Dia kembali berdiri di tempatnya tadi. "Ke--napa awak diarahkan untuk bawa saya balik? S--aya boleh balik sendiri." Lagi sekali suara halus yang kedengaran begitu lemah itu berkata-kata.

"Sebenarnya, ini arahan Tuan Edward. Saya cuma ikut." Edward. Sekali sebut, meremang bulu romanya. Edward Dayyan.

Tak Clarissa, jangan jadi bodoh! Hatinya berkata. "Saya tak nak. Awak boleh balik. Saya boleh balik sendiri." Dia mengiringkan badan. Selimut putih hospital itu ditarik sehingga paras bahunya.

Namun, Fahmi tetap dengan arahan dari tuannya. Bawa Clarissa pulang ke rumah agamnya. "Tapi cik.. saya perlu buat ni. Cik perlu ikut saya balik. Tuan Edward arahkan."

Clarissa masih diam. Makin banyak nama Edward disebut, jantungnya makin laju berdetak.

"Saya tahu cik pelik. Tapi, ini untuk keselamatan cik. Perkara yang jadi sampai cik kena tahan wad macam ni, angkara orang yang berdendam dengan Tuan Edward. Kalau kami biarkan cik, benda lebih teruk mungkin jadi."

Hujah lantang Fahmi buatkan Clarissa berpaling kembali ke arah jejaka itu dalam keadaan separa baring. "M--aksud awak?" Dia soal.

"Bunga ros yang cik terima.. pada bunga ros tu, ada racun toksin yang boleh menyebabkan kematian pada hari tu, kalau Tuan Edward lambat sampai, mungkin cik dah tak ada."

Jadi, Edward selamatkan dia hari itu?

"Bunga ros hitam tu?" Soal Clarissa lagi. Fahmi angguk kepalanya. "Cik fahamkan tujuan saya diarahkan untuk bawa cik balik?" Soal Fahmi.

Clarissa jeda. Rasanya, dialah yang bodoh. Kalau dia ikut Fahmi, dia layak dicop bodoh. Itu tiada bezanya dengan menjual diri buat kali kedua. Siapa tahu apa yang Edward bakal lakukan pula bukan?

Bodoh juga dia kalau dia tidak ikut. Bagaimana kalau musuh Edward yang entah apa kaitannya dengan dia tu, mengancam nyawanya lagi?

Dia tidak tahu. "Untuk cik." Sekali, sebuah beg plastik Padini diserahkan padanya. Terkebil-kebil dia memandang Fahmi yang masih berdiri tegak di tepi katil hospital nya itu.

"A--apa ni?" Soal Clarissa. "Ni baju untuk cik. Semua ni, Tuan Edward yang beli. Dalam ni ada tudung, baju, seluar, semua lengkap. Saya tak tahu tentang saiz tapi, mungkin muat."

Kalau Edward yang pilih memanglah muat, faham-fahamlah mengapa.

"Cik tukar lepas doktor buat last check up.. saya tunggu cik kat luar." Usai kata, Fahmi keluar.

Clarissa buka beg plastik dari kedai Padini itu, dia lepaskan keluhan. Memang dia bodoh agaknya, sebab itu orang suka pergunakan dia kan?

Sama seperti ayahnya dulu, bodoh. Dia maki diri. Tetapi, kalau dia jumpa Edward, apa akan berlaku? Dia sendiri tertanya-tanya.




To be continue...

Macam nak update lagilah..











ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now