Kisah 16 -Risau

3.5K 179 11
                                    

              Mata yang merah dan bengkak itu dibuka dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Mata yang merah dan bengkak itu dibuka dengan perlahan. Masih terasa sisa air mata yang membasahi pipi. Tubuhnya didudukkan.

          Bagai mimpi. Tempoh hari, dia bangun, dia berada di dalam sebuah rumah agam besar yang begitu mewah. Namun, kini, dia bangun dan dia berada betul-betul di hadapan rumah usangnya.

          Nampaknya, memang Edward sudah halau dia keluar? Selepas puas meratah dirinya setiap malam, dia buang begitu saja?

          Clarissa tekup mukanya. Air mata yang mengalir tidak terhenti itu dikesat semahunya. Sakitnya hati, cuma Allah yang tahu.

            Diri terasa kotor. Jiwanya jijik. Dia benci dengan ketentuan ini. Sejujurnya, dia lebih rela mati. Memikirkan dirinya berdosa, memikirkan maruahnya telah tergadai, dia tidak mampu lagi.

            "Sampai hati awak buat saya macam ni... Lepas puas, awak buang saya.. saya benci awak Edward.." Clarissa berkata sambil dadanya dipukul kasar.

Cantaloupe at Troika Sky DIning, Kuala Lumpur.

          Senyap sepi. Tanpa sebarang bicara. Yang berbunyi cumalah sudu serta garfu yang digunakan untuk memotong makanan.

           Sekali sekala, suaminya dikerling, namun, wajah bengis itu, buatkan dia akhirnya menundukkan pandangan.

          "Lepas ni I hantar you rumah papa, mama kata dia nak jumpa you." Tutur kata Edward secara tiba-tiba, buatkan Zandra kembali angkat kepala.

          Dia angguk. Namun, di fikiran, dia mempunyai seribu satu persoalan. Mengapa suaminya halau Clarissa yang dikatakan orang gaji?

         Apa saja kesalahannya? Nampak seperti tiada apa. Dia masak, dia kemas rumah, buat kerjanya tanpa sebarang keluhan, jadi mengapa Edward buat begitu pada gadis muda itu?

          "Baby.. pasal Clarissa tu, kenapa you buat dia macam tu?"

      Prang!

        Terkebil-kebil Zandra saat Edward lepaskan sudu dan garfu di tangannya dengan kasar. Terpelanting sudu serta garfu itu ke dalam pinggan kaca yang masih mempunyai separuh sisa makanan itu.

         Orang sekeliling yang berada di dalam restoran mewah itu mengalihkan perhatian kepada mereka berdua. Hal itu, buatkan Zandra sekali lagi menundukkan kepalanya.

          "Faster. I'll wait for you outside." Dingin. Sebaik mulutnya dilap menggunakan kain putih yang tersedia di meja, dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan isterinya sendiri.

         Zandra diam. Sebaik suaminya pergi, dia juga letak sudu serta garfu yang ada di tangannya. Tergurisnya hati seorang isteri apabila suaminya melayannya sebegitu, hanya Allah yang tahu.

          Clarissa bermundar mandir di ruang tamu rumahnya. Dengan cemas dan resah, dia kelihatan begitu tidak tenang.

          "Allahuakbar..Astaghfirullahalazim, apa aku dah buat ni? Macam mana kalau aku mengandung? Kalau Edward betul betul lepas tangan? Siapa nak tanggung anak tu?"

        Dia raup rambut panjangnya kebelakang dengan tangan yang menggigil takut. Sekali sekala hujung kuku cantiknya, digigit bagi mengurangkan rasa takut.
          
            Dia duduk di sofa usang yang ada di ruangan ruang tamu itu. "Ibu.. Hiks.. Rissa takut. Macam mana kalau Allah tak ampunkan Rissa?" Dia pegang dadanya sambil dia berkata-kata.

          "Ibu.. Rissa tak berniat nak jual diri. Rissa buntu. Rissa tahu Rissa berdosa.. Ibu.. hiks.. Ibu.. tolonglah Rissa." Dia tidak dapat kawal rasa sebak. Hati jadi mudah koyak seperti tisu dalam situasi ini.

          Apa dia nak buat ni?

       "Mama.." Tangan ibu mertuanya disalam penuh hormat. Sekaligus pipi kiri dan kanan Puan Sri Emelda dikucup sama.

         "Zandra.. how are you doing? You good?" Puan Sri Emelda menyoal. Dia masih usap bahu menantunya dengan lembut.

          Zandra angguk kepala membalas pertanyaan tadi. "Zandra ok. Cuma tulah.. dah lama jaga arwah mommy, bila dia tak ada, rasa sunyi. Tak ada dah orang nak minta tolong itu ini." Wajahnya yang tadi ceria, serta merta berubah muram.

         "Biarlah dia pergi dengan tenang. Dari dia menderita dengan penyakit kan? Mama doakan mommy Zandra bahagia dekat sana. Dah.. tak mau sedih-sedih.. mama ada. Sekarang, mama lah everything for you." Puan Sri Emelda memujuk menantu yang kelihatan sebak.

          Barulah ceria kembali terpapar di wajah Zandra. "Edward mana? Dia tak masuk?" Soal Puan Sri Emelda lagi sambil kepala menjenguk luar rumah.

.....................

"Edward mana? Dia tak masuk?" Dia nampak anaknya berada di luar. Kereta Mercedez AMG G63 berwarna biru metalik ada kelihatan terpakir di halaman rumahnya.

          Namun, dia tidak nampak pula susuk tubuh anaknya turun dari kereta. Senyuman mesra Zandra mati. Alasan cuba difikirkan. Akhirnya sebuah penipuan keluar dari mulutnya.

            "Edward nak pergi kerja. Dia kata ada meeting penting." Dia ujar dengan janggal. Dahi Puan Sri Emelda dikerutkan. Betulkah ini?

         Macam pelik pula, selalunya, kalau ada meeting, mesti Tan Sri Danish akan pergi ke pejabat untuk memantau Edward.

          "Papa tak tahu pun dia ada meeting? Dengan siapa?" Sekali, Tan Sri Danish yang baru muncul dari ruang tamu, menyoal.

        Zandra terdiam. Apa dia nak jawab ni?

        "Ariano!" Bergema suara majikannya di balik corong telefon, buatkan dia terkejut. "Y-yes Tuan Edward?" Namun, dia kawal perasaan terkejut itu, terus dia ajukan soalan.

           "Kau hantar Clarissa dekat mana?" Soalan Edward kedengaran begitu resah. "Saya hantar dekat rumah dia." Balas Ariano.

          "Rumah? Kau tinggalkan dia sendiri?" Soal Edward juga dengan resah lagi. "Yes. Tuan yang arahkan saya buat macam tu. Lagipun, tuan kan yang halau dia? Masa saya hantar dia dekat rumah, Cik Clarissa tak sedar. Dia pengsan. Muka dia pucat." Penjelasan Ariano lagi menambah rasa risau dalam diri Edward.

          "Habis? Kalau dia pengsan, bawalah pergi hospital. Klinik ke, kau ada call doktor untuk dia?" Soal Edward lagi di balik corong telefon itu.

        Ariano geleng. "Tak ada. Tuan tak suruh. Arahan tuan, suruh saya halau dia, saya makan gaji, jadi saya ikutlah." Edward ramas kasar rambutnya.

         Dia kini di hadapan rumah usang Clarissa. Namun, kelibat gadis itu tidak kelihatan pun. Hatinya mula resah. Kepala mula menjenguk luar. Buat pertama kali, dia memohon Allah agar lindungi Clarissa.

          Tut..

       Panggilan dia matikan. Aduh, dia yang halau Clarissa, dia pula yang risau meronta. Mengapa dengan dirinya sebenarnya? Dia betul-betul menyayangi gadis itukah? Soalan diajukan pada diri sendiri.


   To be continue...

   Tahu risau😌

 

       
           
      

         

          

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now