Kisah 10 -Ros Hitam dan Kotak

3.6K 153 5
                                    

           Pintu bilik pejabatnya dibuka, belum apa-apa langkah galahnya seketika tadi, berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik pejabatnya dibuka, belum apa-apa langkah galahnya seketika tadi, berhenti.

Terkejut dengan susuk tubuh yang sedang duduk di kerusi miliknya, buatkan dia menelan liur dengan janggal.

"Lewat masuk? 8.50? Bukan papa pesan selewatnya pukul 7.00 ke?" Soalan dari abang sulungnya, Edwis Daniqi, buatkan dia mendiamkan diri seketika.

Dia melangkah selamba ke sofa. Tubuhnya direbahkan di sofa bilik pejabatnya itu.

Beg kerja dicampakkan di atas meja kaca yang tersedia berhadapan sofa miliknya. Sekali gus, coat nya ditanggalkan. Dia baring di sofa itu.

Baru saja tangan kanannya ingin mencabut tali leher yang kemas terikat di bahagian kolar baju kemejanya, dia teringatkan sesuatu.

"Saya tak pandai pasang. Kalau tak cantik sorry."

Perlakuannya berhenti serta merta saat suara halus Clarissa mula terngiang kembali di telinganya.

Tali leher tadi, kembali dikemaskan. Entah kenapa hati tidak ingin rosakkan tali leher yang sedia dipasang kemas oleh gadis itu.

"Can you hear me Edward Dayyan?" Suara tegas abang sulungnya, buatkan dia kembali ke realiti.

"Ish, kau nak apa?" Dia soal dengan agak kasar, potong betul. Baru nak ingat tentang Clarissa.

"Aku tanya ni, mana unsur cadangan untuk penaiktarafan syarikat?" Lagi sekali Edwis ulang soalan yang sama.

"Nanti aku bagilah. Kau boleh diam tak? Ni, kau masuk sini? Siapa bagi kebenaran?" Makin lama mereka duduk berdekatan, makin tegang suasana bilik itu.

Antara kesemua adik-beradiknya yang lain, hubungan dia dan abang sulungnya, Edwis, tidak pernahnya baik.

Selalunya, mereka pantang jumpa, mulalah bertengkar. Kejadian salah faham tentang pembahagian syarikat, buatkan mereka jadi begitu.

Tambahan pula, bagi Edward, isteri kepada Edwis, Qiura Mariean merupakan punca kematian adik bongsu mereka.

Kes itu telah lama, bukti juga sudah disahkan oleh pihak polis bahawa Qiura tidak bersalah, malah dia difitnah. Tetapi Edward? Dia masih belum menerima kenyataan.

"Syarikat ni papa punya, semua anak-anak di berhak masuk bilik ni. Bukan kau sorang je." Kata-kata itu telah menambah lagi rasa geram dalam diri Edward.

Dia diam tanpa sahutan apabila abangnya bidas dia begitu. "Kau masuk lambat pergi mana semalam? Perempuan mana pula kau tidur semalam? Bini kau tahu?"

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now