Kisah 41 -Ulang Tahun Perkahwinan

3.3K 159 17
                                    

         Grilled chicken salad yang terhidang di pinggan kaca berwarna putih itu dipandang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Grilled chicken salad yang terhidang di pinggan kaca berwarna putih itu dipandang lama. Hendak ditelan, memang lapar, namun, kemana perginya selera?

            Titisan cecair hangat yang jernih dari tubir matanya diseka lembut. Perut kempisnya diusap. "Sayang ibu lapar ke?" Dia soal dengan suara penuh bergetar.

             "Maaf sayang.. ibu betul-betul tak lalu nak telan makanan. Maafkan ibu.." Dia terus usap perutnya. Maaf saja mampu dipinta buat anak di dalam kandungannya itu. Dia benar-benar tidak lalu makan.

          "Ibu teringin nak daddy suap. Daddy?" Clarissa tersenyum sendiri apabila dia sebut gelaran itu untuk suaminya. Sebenarnya, dia pernah dengar Edward berbicara sendirian dengan pregnancy test yang dia jumpa dulu.

         Edward bahasakan dirinya 'daddy' sudah terserlah sifat seorang ayah dalam dirinya. Dia yakin Edward mahukan panggilan itu daripada zuriatnya. Tapi...

           "Sa...yang..." Bukan main panjang panggilan sayang itu untuk suaminya. Dia peluk lengan sasa Edward.

            "Apa?"

        "Let's go lah cek susun atur majlis wedding anniversary kita malam ni.. I'm very excited.. please baby.." Bukan main dia pujuk suami bekunya itu.

          Malah, pendirian lelaki itu tetap sama. Dia tidak mahu. Sebenarnya, sejak tadi dia rasa ada yang tidak kena, seolah dia tidak mahu tinggalkan Clarissa di rumah sendirian. Rasa tidak sedap hati sering muncul apabila dia fikir tentang majlis ulang tahun perkahwinan dia dan Zandra malam ini.

           "Tak boleh. I ada kerja. You pergilah cek sendiri kalau nak.. I nak buat kerja dulu." Wajah elegen itu mula bertukar cemberut.

            "Kerja apa? Bukan papa dah tarik jawatan CEO dari you ke?" Mendengar itu, Edward terkedu. Kena perli pula.

      Dia pandang isterinya geram. Malah, Zandra kekal tenang. "Betul kan? I tahu. Bulan ni, I dah bayar gaji pekerja-pekerja you, Ariano pun sama. Jadi, tak payah risau.. sementara you nak dapat kerja baru kan? I boleh tolong."

        Rasa sakit hati pula dengar itu. Dia tidaklah bankrup sehingga tiada wang langsung. Namun, untuk bayar gaji pekerja-pekerjanya, iya, dia tidak cukup duit.

     Belum lagi dengan tanggungan kes pengguguran Clarissa nanti. Dia garu kepala.

            "I ada kerja untuk you. Gaji lumayan.. kerja pun simple.." mendengar itu Edward pandang isterinya lagi. Apa pula Zandra ini? Kerja apa?

               "Kerja apa?" Soalnya pelik. "Kerja bisnes. Bisnes besar kalau you setuju." Dia kelip sebelah mata cantiknya. Namun, Edward tidak rasa tertarik. "I nak bincang dengan papa. I'll takeover back the company.. it's just.. I need to prove him that I can be a good CEO if he give me a second chance." Balasnya sambil dia menekan butang-butang huruf di komputer ribanya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now