Kisah 52 -Tunaikan

4.2K 171 4
                                    

           "Sedap? Nak lagi?" Puan Sri Emelda menyoal dengan senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           "Sedap? Nak lagi?" Puan Sri Emelda menyoal dengan senyuman. Clarissa angguk. Bibir pucatnya juga masih mengekalkan senyuman manis.

           Puan Sri Emelda tilik menantunya itu. Patutlah Edward yang beku tu boleh jatuh cinta, cantik budaknya. Lembut. Sopan pula tu.

           Lirikan mata hitam berkilat milik Clarissa sangat menawan. Wajah kacuk British Cina itu sangat unik dan menarik.  Dia masih terlihat cantik, bahkan dalam keadaan wajahnya pucat sebegitu.

           "K--enapa m--mama pandang Rissa macam tu? R--issa buat salah ke?" Tergagap-gagap dia bertanyakan soalan saat dia perasan ibu mertuanya itu tidak henti menatap dirinya.

            Laju-laju Puan Sri Emelda geleng kepala. Sikap polos itu, comel sungguh. "Apa yang buat salah pula? Tak adalah.. mama pandang menantu mama sebab dia cantik. Mama suka tengok." Jelasnya dengan senyuman.

            Sempat dia usap rambut panjang hitam berkilat milik Clarissa. Dia juga berfikiran seperti Edward, kalau Clarissa buat kimoterapi, tidak boleh bayang bagaimana dia perlu hilang rambut secantik ini. Allah, sedihlah dia nanti.

            "R--issa kenyanglah.. tak larat nak makan lagi.." Puan Sri Emelda angguk, dia letak kembali pinggan yang terisinya nasi dan lauk itu ke atas dulang tadi.
     
             Sebaik Clarissa meneguk air minuman, dia mula menyatakan hasratnya untuk berehat sebentar. "Mama, kalau mama penat, mama baliklah. Rissa boleh je duduk sini sorang. Lagipun nanti, ada pembantu rumah Ariano boleh teman Rissa." Sambil mulut berbicara, sambil itu juga dia menarik duvet membaluti separuh tubuhnya.

          "Mana boleh. Rissa menantu mama. Tadi papa kata, dia nak bawa Rissa jalan-jalan.. kita pergi jalan-jalan nak? Rissa mesti bosan, dah lama Rissa tak keluar kan?" Clarissa diam. Sebenarnya, dia dan Edward belum baik sepenuhnya lagi. Lagipun, dia sengaja bersikap dingin begitu dengan suaminya, dia cuma.. dia cuma buntu bagaimana hendak berpisah nanti jika mereka terlalu mencintai.

             "S--ebenarnya.." Baru dia hendak mengungkapkan alasan untuk menolak, ibu mertuanya itu memotong terlebih dahulu.

             "It's fine Rissa. Cuma Rissa, mama dengan papa aje. Mama tahu Rissa masih belum ok dengan Edward kan? Tak apa.. mama faham. Jadi, hari ni, kita keluar bertiga aje eh?" Sudah mama beria begitu, bagaimana dia hendak tolak? Akhirnya dia terpaksa bersetuju juga.

             "Tapi mama, papa.. Edward nak ikut. Edward pun nak jalan-jalan dengan Rissa.." Edward membebel apabila mamanya beritahu yang Clarissa setuju untuk keluar, tetapi tidak mahu dia ada sekali.

             Baru nak jalan-jalan, spend time dengan isterilah katakan, akhirnya, isteri tak nak keluar dengan dia pula, hancur harapan.

             "Edward. Sekarang, mama dengan papa nak pujuk bini kamu tu. Orang sakit ni, emosinya tak selalu stabil. Kita kena faham dia. Sekarang, mama nak cuba pujuk dia untuk buat kemoterapi." Puan Sri Emelda beritahu itu pada anaknya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now