Kisah 48 -Balas Dendam

4.8K 189 13
                                    

Uhuk!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uhuk!

         Batuk itu buatkan titisan darah melekat di telepak tangan. Segera dia turunkan tangan yang menekup mulut. Mata dipejam, dalam tidak sedar, air jernih mengalir. Sebulan sudah, sebulan, namun, tiada apa yang berubah.

           Plak.

           Daun pintu dikuak oleh seseorang dari luar sana. Clarissa yang duduk bersandar lemah di bahu katil, menjenguk ke pintu.

            "Madam Rissa, ini makanan, nak saya letak di mana?" Wanita tua berwajah penuh kacukan Eropah itu bertanya pada Clarissa. Loghat pelat yang kedengaran darinya, buatkan Clarissa ukir senyum tenang.

              Namun, baru saja dia aturkan beberapa langkah hendak mendekati birai katil, mata coklat tuanya itu membulat melihat kesan darah yang berlumuran di tangan Clarissa.
   
               "Madam, Quello che è successo? Hai di nuovo la tosse?"

            Soalan yang dia ajukan penuh dengan riak terkejut. Clarissa tidak faham akan bahasa yang ditutur wanita tua itu, Gresa terkejut sehingga lupa gamaknya yang dia tidak memahami bahasa Itali.

              Dia ambil beberapa helai tisu. Segera telepak tangan Clarissa yang sudah penuh dengan darah, dilap. Clarissa pula? Dia kekal dengan riak biasa. Dia tidak terkejut pun. Bukan kali pertama jadi, kadang-kadang dalam sehari, berkali-kali dia batuk berdarah.

              "Gresa.. saya tak faham awak cakap apa tadi." Clarissa ingin tahu maksud disebalik ayat itu, jadi dia tanya juga. Wanita tua itu menepuk dahi. Lupa pula Clarissa tidak memahami bahasa Itali.
     
                "Tidak ada apa. Saya cuma terkejut. Saya cuma tanya, puan batuk lagi kah?" Pelatnya sekali lagi buat Clarissa tersenyum nipis. Jadilah, senyum untuk sukakan hati. Hati yang sedang dilanda pilu dan sepi.

                Selesai Gresa membantu dia membersihkan diri dari cecair darah tadi, wanita tua itu menghulurkan makanan kepadanya.

                  Namun, apa yang berlaku, dia pandang sepi bubur ayam di hadapannya. "Madam.. makanlah. I'm the one who cook this, don't worry, Sir Ariano already make sure, all the groceries is halal for you to eat." Jelas Gresa. Dia risau jika Clarissa tidak makan kerana takut makanan yang dimasak di dalam rumah ini tidak halal dimakan. Yalah, cuma Clarissa yang beragama Islam di rumah ini.
    
                 Namun, gelengan kepala yang dia terima dari gadis cantik dihadapannya, buatkan dia mengerut dahi.

            "Saya tak lapar." Tiba-tiba kedengaran dingin pula. Ya, sejak tahap kesihatannya makin merosot kebelakangan ini, gangguan emosi sering terjadi. Kadangkala, dia tertawa, kadangkala menangis, kadangkala mengamuk. Mujurlah Ariano serta pembantu-pembantu rumahnya kekal sabar dan sangat baik menjaganya.

             Kata doktor, kalau dibiarkan begini, tahap kesihatannya mungkin akan makin merosot. Baru saja hujung bulan lalu, kata doktor, kanser Clarissa sudah merebak ke tahap tiga. Namun, apa yang Ariano fikirkan ialah Edward.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now