Kisah 25 -Tempoh

3.4K 157 8
                                    

Esakan tangis masih belum berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Esakan tangis masih belum berhenti. Clarissa duduk memeluk lutut. Dia seka air mata yang asyik mengalir. Kuku digigit, bibir diketap.

"Clarissa, aku.." Tangan sasa yang mula menyentuh sisi lengan, ditepis. Dia sembamkan wajah di lutut. Bagaikan tidak mampu untuk melihat sekeliling yang sedang memerhatikan dirinya. Raungan tangisnya terhambur keluar dengan kuat.

Pekerja-pekerja rumah Edward termasuk Ariano sendiri menyaksikan perbalahan yang baru saja terjadi antara Clarissa Haura dan Edward Dayyan.

Melihat keadaan Clarissa yang bagaikan sedang menahan trauma, masing-masing senyap tanpa bait bicara kata.

Edward yang bermundar mandir tanpa sehelai urat benang pun membaluti badan tegapnya, kini, duduk berhadapan Clarissa yang sudah begitu kuat dengan tangisnya.

"Diam Clarissa, aku sumpah aku tak sentuh kau lagi. Ok? I just need you to be quiet." Kata-kata Edward tidaklah tegas seperti selalu, namun, Clarissa tetap terasa.

Begitu saja Edward suruh senyap selepas peluk dirinya di atas katil tadi? "Zandra dekat tingkat dua. She don't know you're here. She can't." Jantung Clarissa yang memang sedang laju, makin berdegup kencang.

Zandra? Isteri Edward? Allahuakbar, hati mula diselaputi dengan rasa bersalah yang berlipat ganda.

Apa dia buat ni? Bagaimana fikiran boleh terlalu cetek untuk ikut balik ke sini? Hanya kerana dia takut dengan kejadian yang menimpanya sebelum ini? Jadi, sanggup buat Zandra yang tidak bersalah menderita?

Clarissa geleng kepala. Dia seka air jernih yang membasahi pipinya. "Awak gila ke?" Jerkahan dari gadis itu, buatkan semua jejaka-jejaka di situ terdiam.

Dia tolak dada bidang Edward yang baru saja bangun apabila melihat dia berdiri. Perlakuannya mengejutkan, namun, Edward diamkan.

"Zandra? Kenapa paksa saya datang sini, kalau awak ada Zandra? Allahuakbar, macam mana aku boleh lupa pasal dia?" Clarissa pula menggantikan Edward bermundar mandir. Dia lontarkan soalan kepada Edward, kemudian dia bercakap dengan diri sendiri.

Edward yang melihat wajah pucat itu, naik risau. Sejak tadi Clarissa tidak henti dengan tangisnya. Sejak tadi juga wajah cantik itu, kelihatan pucat lesi.

"Clarissa, Rissa.." Edward panggil gadis itu dengan niat menenangkannya. Namun, tiada hasil. "Clarissa stop! Sit down! You look seriously pale!" Dia tidak berniat untuk tengking, namun, Clarissa enggan dengar, akhirnya, dia pegang kedua sisi bahu Clarissa dan sekaligus pandangan dijatuhkan pada satu sama lain.

"Duduk Rissa. Muka kau pucat. Kau baru balik dari hospital. Kalau pengsan, macam mana? Yang kau terhidu tu, racun. Kalau sisa toksin yang dah dibunuh tu naik balik dalam badan kau, bahaya." Kalini Edward bertutur lembut.

Clarissa seka lagi air matanya. Dia duduk di sofa tadi. Wajah kacak jejaka di hadapannya itu, tidak dipandang walau sekilas. Dia alihkan pandangan ke arah lain walau Edward cuma duduk bertenggung di hadapannya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now