chapter 73✔️

674 13 0
                                    

Alhamdulillah genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Itu bermakna Hanania juga telah genap berumur 2 tahun. Manja dia tu bukan main. Sama naik je dengan abi dia. Kadang-kadang pening juga nak melayan kerenah siapa. Anak ke abi dia.

Benarlah kata orang lain. Muka Hanania persis Hana masa Hana kecil. Itulah bak kata umi. Sebenarnya tidak percaya tapi apabila umi menunjukkan gambar dia masa kecil, barulah percaya. Memang sama. Copy paste je.

"Umi". Ujar Hanania. Dia menggoyangkan sedikit jari kelingking milik Hana. Hana menundukkan kebawah sedikit. Ingin menyamai kedudukan dengan anaknya.

"Iya sayang. Kenapa ni?". Ujar Hana lembut. Sempat dia membelai rambut Hanania yang sedikit serabai itu. Sempat Hana menangkap tingkah laku comel Hanania. Badan Hanania digoyangkan kearah kiri dan kanan. Tangannya pula digenggam antara satu sama lain. Manakala mulutnya dimuncungkan. Matanya yang dikerdipkan beberapa kali pula ralit memandang wajah uminya.

"Nak ain engan Kak Aiyis oleh tak?". Amboi punyalah struggle dia nak bercakap. Sambil matanya membulat meminta izin. Hana mampu tergelak kecil mendengar permintaan Hanania. Dia angguk.

"Tapi main elok-elok tau. Jangan nakal. Ada faham?". Hanania mengangguk seraya menepuk tangan.

"Nia anji Nia tak nakal-nakal. Nia ain engan Kak Aiyis baik-baik. Pyomise". Ujar Hanania. Dia mengangkat tangannya separas bahu tanda berjanji. Melihat sahaja uminya angguk, terus sahaja dia terkedek-kedek berlari kearah Airis yang sibuk dengan bukunya.

Hana menghantar pemergian anaknya dengan ekor Mata. Dia tersenyum. Sudah besar anak dara seorangnya. Seketika dia merasakan bahunya dicuit. Dipandang ke kanan dan melihat Haris yang sedang tersenyum kearahnya.

"Eh abang. Duduk la". Ajak Hana. Tempat kerusi bersebelahannya ditepuk. Haris duduk. Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar lalu diletakkan diatas meja. Wajah Hana dipandang tepat.

"Kenapa?". Soal Hana pelik. Haris hanya tersengih. Dia melingkarkan tangannya pada pinggang Hana lalu kepalanya dilentokkan diatas bahu Hana. Matanya pula memandang ke hadapan. Merasai suasana petang yang damai.

Hana melihat kelakuan Haris. Dia membelai rambut Haris dengan lembut.

"Abang okay tak ni? Ada masalah? Nak share dengan Hana?". Soal Hana bertubi-tubi. Dia risau melihat Haris yang seakan penat itu. Ada masalah mungkin dekat pejabat. Itu yang nampak tak bermaya.

Haris menggeleng. Sesekali dia menghidu bau Hana. Addicted.

"Takde lah. Cuma rindu dekat isteri abang ni haa. Tadi tak sempat nak manja-manja. Sibuk dengan majlis birthday Nia. Sekarang ,ada masa ni, abang nak manja dengan sayang la". Ujar Haris. Dia sempat mencium pipi Hana. Hana menjegilkan mata apabila suaminya dengan selamba mencium pipinya di tempat terbuka.

"Eh abang ni. Macam mana kalau Nia dengan Airis nampak? Behave sikit perangai tu. Ni tempat terbuka tau, bukan bilik kita". Tegas Hana bersuara. Dia tidak suka kalau Haris tunjukkan kemesraan mereka dihadapan anak mereka.

"Alahh biarlah diorang nampak. Diorang tahu lah yang umi dengan abi dengan ibu ayah saudara ni memang sweet kalahkan orang lain. Haa". Selamba Haris bersuara.

Hana menampar perlahan peha Haris. Dia mencebikkan bibir mendengar jawapan Haris.

"Abi!". Haris dan Hana berpaling. Kening mereka terjongket apabila melihat Hanania yang seakan ingin mahu menangis. Bibirnya dicebikkan seraya tangannya cuba mengalihkan tangan milik Hana yang sedang elok diletakkan diatas peha Haris

"Ehh Nia ni kenapa?". Soal Haris. Dia melihat yang Hanania cuba untuk naik keatas riba Hana.

"Abi tak oleh nak anja-anja engan umi. Nia corang je oleh anja engan umi. Abi dah becar. Abi tak oleh nak anja engan umi Nia". Ujar Hanania walaupun dalam keadaan pelat.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن