chapter 64✔️

748 19 0
                                    

"Kenapa tak duduk sini lagi 2 ke 3 hari lagi ke? Kenapa tergesa sangat nak balik KL ni?". Soal Puan Rita. Nampak lah yang dia sedikit sedih dengan Hana dan Nadia yang ingin kembali ke KL hari ini.

Hana tersenyum dengan kata-kata umi. Dia mencapai tangan umi lalu digenggam lembut. Anak matanya tunak memandang umi yang sedikit sedih itu.

"Hajatnya macam tu lah umi. Ingat nak stay sini lagi 3 hari baru balik sana. Tapi semalam staff call adik yang ada customer nak jumpa esok dekat cafe. Nak taknak adik kena gerak sekarang. Nanti tak sempat pula. Dan untuk soalan umi yang kedua tu, adik taknak pun cepat-cepat balik sana cuma disebabkan tanggungjawab adik yang perlukan adik, jadinya adik kena pergi. Umi jangan lah risau, insya Allah setiap hujung minggu adik akan balik jenguk umi. kalau adik sibuk dengan kerja, adik akan tetap cari masa untuk pulang kampung. Ye umi?". Ujar Hana lembut. Sesekali tangan yang sedikit berkedut itu diusap penuh kasih sayang.

Puan Rita memandang anaknya semula. Senyuman manis terukir diwajah orang tua itu. Tangannya menaik mengusap pipi Hana dengan lembut.

"Iye lah adik. Umi faham. Umi minta maaf ye sebab tanya adik macam adik ni takde kerja dekat KL..". Ujar Puan Rita kembali. Terasa serba salah pula dia apabila mengingat kembali soalan yang diajukan pada anak bongsunya.

"Adik kalau terlalu sibuk , jangan fikir nak pulang sini. Kerja elok-elok. Kalau ada masa free baru adik pulang, okay? Umi taknak adik jatuh sakit macam dulu. Umi taknak tengok adik sakit. Nanti umi sakit sekali..". Sekali lagi Puan Rita berpesan. Dan pesanan kali ini berserta satu tangisan perlahan.

Hana tersenyum. Dia memeluk tubuh Puan Rita lalu mendaratkan satu ciuman pada kedua pipi milik uminya. Kemudian diambil tangan syurganya lalu dicium.

"Adik minta maaf salah silap selama ini. Adik dah banyak buat salah pada umi tanpa sengaja atau tak. Harap umi maafkan adik ye? Halalkan segala makan minum adik sepanjang umi jaga adik.." ujar Hana sebak.

Tidak tahu mengapa mulut ini ringan sahaja ingin meluncurkan kata-kata sebegitu. Mungkin selama ini dia banyak buat salah pada syurganya tanpa sedar sehingga melukakan sekeping hati milik uminya.

Puan Rita tersentak seraya menggeleng. Dia mengusap lembut kepala anaknya yang terlindung dari bawal cotton berwarna hijau tua.

"Umi halalkan segalanya. Dah kenapa tiba-tiba cakap macam tu. Umi tak suka". Ujar Puan Rita tegas

Hana tersengih. Dia bangun lalu menapak kearah sofa. Diambil beg tangan dan kunci kereta miliknya.

"Mana tahu, takut tak sempat nak minta maaf dengan umi. Ajal tak kira masa, tak kira usia umi". Ujar Hana tenang.

Puan Rita mengerutkan dahi. Tidak suka anaknya berkata sebegitu. Tetapi mulutnya tidak menjawab. Malas mahu ambil kira. Maklumlah Hana ni jenis mulut lepas je.

"Iye la. Bawak kereta tu hati-hati. Kalau ada apa-apa, call kak Farah ke Kak Intan ke. Faham?".

Hana angguk.

"Iye umi. Adik faham. Umi takpayah risau la. Johor ke KL tu bukannya jauh. Dekat je. Pejam celik eh dah sampai..". Ujar Hana lalu tergelak kecil. Beg bajunya diambil lalu diletakkan di dalam bonet kereta.

"Umi, Nadia pun kena pergi dah ni. Umi jaga diri ye. Kalau ada apa-apa, bagitau mak. Kak Intan dengan Abang Naufal pun ada. Bagitahu je diorang. Insya Allah diorang bantu umi". Ujar Nadia pula

Puan Rita tersenyum. Dia mengusap kepala Nadia . Dia sudah menganggap Nadia dan Naufal seperti anaknya juga.

"Iye lah Nadia sayang. Hati hati bawa kereta. Jaga Hana ye. Kalau mengantuk ke apa, berhenti dulu. Rehat sekejap baru sambung drive sampai KL. Nanti kalau dah sampai, call umi. Takdelah umi risau sangat". Pesan Puan Rita lagi.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now