chapter 22

530 18 0
                                    

Suasana di dalam dewan sungguh bising dengan suara-suara para pelajar. Hari ini kami, pelajar tingkatan 5 akan diadakan satu program iaitu lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Jadi kami diarahkan untuk berkumpul di dewan Dato' Mustafa Shah untuk taklimat sebelum bertolak.

'Baik semua. Dengar sini you all'.

Kami yang sedang elok berbual tiba-tiba berpaling ke hadapan. Kelihatan Miss Melly sudah bersedia di hadapan mikrofon sambil memegang sebuah buku.

'Baik guys. Hari ini merupakan hari kita akan bertolak ke Pulau Pinang. So, sebelum itu saya ingin membuat sedikit pengumuman lah tentang perjalanan program kita selama 4 hari 3 malam berada di Pinang. Seperti yang awak sedia maklum, perjalanan kita mengambil masa kira-kira dalam 5 or 6 jam macam tu. And seramai 39 pelajar dan 6 orang guru pembimbing termasuk saya akan pergi. Jadi sampai sana nanti, saya akan bahagikan awak semua kepada beberapa kumpulan lah. Satu kumpulan mungkin ada 6 atau 7 pelajar dan seorang guru pembimbing. Yang itu akan diberitahu kemudian. Sekarang, saya akan beritahu awak semua tentang apa aktiviti yang akan kita lakukan selama berada di sana'.

Jelas Miss Melly kepada para pelajar.

Kira-kira 10 minit Miss Melly memberi sedikit taklimat berkenaan program ini. Pukul 10 pagi kami akan bertolak segera memandangkan kami tidak mahu sampai lewat di sana memandangkan seorang pelajar lelaki ni tiba-tiba membuat request kepada Miss Melly.

'Miss Melly, kita bertolak cepat sikit la. Kitorang kalau boleh nak singgah tempat lawa-lawa dulu sebelum sampai Pinang tu. Ye dok kawan-kawan?'.

Tanya seorang pelajar lelaki dari kelas 5 Kasturi memberi pendapat yang dikenali sebagai Aizad.

'Kamu nak singgah mana? Pandai-pandai je kamu ye. Macam kamu yang handle semua benda ni kan?'.

Soal Miss Melly kemudian tanpa memandang kearah geng Aizad.

'Alah miss. Asal nampak tempat cantik-cantik tu singgah je. Tak kisah lah dekat mana pun. Kitorang bukan selalu boleh jalan-jalan makan angin. Ye dok gengg?'.

'Betulll Miss'.
Sahut pelajar lain mengiyakan pendapat Aizad. Berguna juga kau Aizad. Hahahhah.

'Iyalah. Kita tengok macam mana nanti. Kalau rajin singgah. Kalau malas.....'

'Singgah juga. Hahahhahah'.

Tidak sempat Miss Melly menghabiskan ayat dia, pelajar lain memotong percakapannya. Membulat mata miss memandang kami semua. Kemudian sebuah senyuman meniti di bibir miss sambil menggelengkan kepalanya.

'Ada-ada je awak semua ni'.

Peristiwa tadi bermain di fikiran aku sehingga aku ingin ketawa. Lawak.

'Baiklah. Kita boleh bertolak sekarang ye. Nampaknya masa ni memang cemburu dengan kita guys. Jommm'.

Seusai Miss Melly berkata, pelajar berebut untuk menaiki bas. Sampai ada yang terjatuh akibat ditolak kawan lain. Apehal? Nak cari port best le tu. Tampar kang.

Aku dan Nadia merupakan orang last naik bas. Maklumlah taknak berebut dengan orang yang kurang matang. Opsss.

Naik-naik je. Semua seat depan dah penuh dengan pelajar perempuan. Seat belakang pula penuh dengan pelajar lelaki. Aku melilau melihat seat yang masih kosong.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now