chapter 61✔️

792 18 1
                                    

"Rancak berbual".

Hana bersama Tengku Nathan berpaling. Riak Hana dineutralkan. Malas mahu cari gaduh. Majlis orang kut.

Haris tersenyum nipis apabila melihat wajah Hana seakan tidak selesa dengan kehadirannya disini.

Tapi, apa dia boleh buat? Dia tak suka tengok kesayangannya rapat dengan lelaki lain terutama lelaki bernama Nathan ni.

"Ouh Tengku Haris". Tegur Nathan. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Haris memandang tangan itu sebelum disambut perlahan. Nanti kalau dia tak sambut, ada yang meroyan.

"Long time no see ya..". Ujar Tengku Nathan.

Haris tersenyum senget . Kepalanya diangguk.

"Yaa maybe..".

Tengku Nathan melirik ke arah Hana yang seakan membisu apabila hadir si Haris sebentar tadi.

"Awak okay tak? Kenapa nampak macam tak selesa je ni?". Soal Tengku Nathan lembut. Sempat dia mengerling Haris yang tekun memandang wajah wanita ini.

Something fishy huh?

Hana mengangkat muka apabila Tengku Nathan menegurnya. Dia tersenyum sedikit lalu menggelengkan kepala.

"Nothing. I am okay. Just rasa pening tiba-tiba..". Balas Hana perlahan.

Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada memandang wajah Haris yang ralit memandangnya.

Kau kenapa mat pandang aku macam tu?

Wajah Tengku Nathan beriak risau.

"Kalau macam tu, awak naiklah atas. Masuk bilik kakak saya. Rehat sekejap sementara Kak Farah tengah discuss something dengan papa saya. Maybe lama lagi kut. Boleh awak rehat sekejap". Ujar Tengku Nathan memberi cadangan.

Hana menggeleng sekali lagi.

Dia tidak mahu menyusahkan orang. Nanti apa pula kata orang nampak dia macam selesa je tumpang rumah orang macam rumah sendiri. Dia pun tahu batas okay!
Tengku Nathan mengangguk lemah. Takkan mahu paksa pulak kan. Nanti lari pulak perempuan ni.

"Kalau macam tu,jom lah abang hantar Hana balik. Lagipun nak dekat pukul 10 dah ni. Dah lewat..". Ujar Haris yang sedari tadi diam. Melihat adegan tidak berapa sweet di hadapannya.

Baik dia mencelah daripada duk tunggu si lelaki ni ajak isterinya ke tempat pelik-pelik pula. Bukan boleh pakai sangat!

Tengku Nathan memandang Haris pelik. Wait, dia macam dengar yang si Haris ni bahasakan diri dia 'abang'. Ke aku salah dengar?

Betul lah kan?

"Wait a minute. You call yourself as 'abang'. What's your relationship with my girl?". Soal Tengku Nathan.

Haris tersenyum sinis.

My girl huh? Not bad..

"Tak perlu kut Tengku Nathan nak amik kisah pasal ni. And tiada masalah kalau saya bahasakan diri saya sebagai 'abang' pada Hana. It is not wrong . Right?". Balas Haris sarkastik.

Hana menjeling Haris yang berada bersebelahan dirinya. Sangat dekat. Sehinggakan dia merasakan bahu dia sudah bersentuhan dengan bahu lelaki itu.

Apa masalah lelaki ni? Nak rapat-rapat dengan orang dah kenapa? Kita tak suka lah!

"Yes. Tak salah. Tapi nampak macam tak sopan sedikit. Lagipun Tengku Haris nak hantar dia balik? Berdua-duaan dalam kereta boleh jadi fitnah tau".

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now