chapter 72✔️

646 12 1
                                    

Tanah perkuburan itu dipandang oleh Haris lama. Tidak dia sangka bahawa dia menjejaki kaki disini. Lebih tidak sangka dia jejak kerana isterinya sendiri. Air matanya mengalir perlahan dipipi. Dia hanya biarkan sahaja. Isterinya baru sahaja dikebumikan. Masih terngiang-ngiang lagi tawaan isterinya. Perit untuk dia terima tapi apa dia boleh lakukan? Meraung atas pemergian isterinya?

Batu nisan yang tertera nama isterinya dipandang tepat. Diusap perlahan batu nisan itu umpama dia mengusap kepala Hana. Setitis air mata jatuh terkena pada batu itu.

"Sayang..". Lirih suara Haris memanggil nama isterinya. Sebak bertandang dihati. Mengapa pengakhiran dia begini ? Mengapa dia dipilih untuk harungi segala benda ini ? Mengapa dia ? Dia tidak sanggup..

Hana Raudhah Binti Ahmad Azhar

Nama itu akan terpahat selamanya didalam hati. Takkan dia buangkan walaupun datang beribu orang lain ingin memasuki hati dia. Kerana hati dia hanyalah milik isterinya.

Haris Iskandar milik Hana Raudhah.

Perlahan-lahan tangannya dilarikan dari batu nisan itu. Dia menghela nafas panjang sebelum dia bangun dari melutut.

"Abang akan datang lagi sayang. Sayang tunggu abang dengan Hanania ye. Abang takkan lupakan sayang. Sebab sayang adalah bidadari abang". Ujar Haris. Dia mengusap pipinya perlahan sebelum dia berlalu pergi.

Dia pergi bukan bermakna dia akan melupakan isterinya tetapi dia pergi kerana dia ingin membuka buku baru. Dia mungkin susah untuk lupakan sekeping nama itu kerana dia adalah insan istimewa. Dan dia perlu kuat demi anak yang baru sahaja mengenali dunia. Anak hasil dia bersama dengan arwah isterinya.

Tengku Hanania Raudhah binti Tengku Haris Iskandar.

*********

Haris memasuki rumah mewah itu dengan langkah longlai. Masuk sahaja dirumah itu, serta merta terpampar semua kenangan dia bersama arwah isterinya. Bagaimana dia ingin mulakan hidup jika kenangannya masih segar difikirannya.

"Haris..". Haris berpaling ke kanan. Dia melihat semua ahli keluarganya datang kearahnya. Dia sedaya upaya memaparkan senyuman hambar. Dan dia tahu semua orang hanya anggap senyuman itu hanyalah palsu untuk mengaburi mata mereka.

"Haris lapar ? Jom makan. Mama ada masak sikit. ". Ujar Tengku Zanariah. Sedikit terusik apabila melihat wajah tidak bermaya anaknya. Tapi dia sebagai ibu hanya boleh doakan semoga anaknya tidak lakukan perkara tidak ingini. Dia juga sedih tapi dia perlu kuat demi anaknya.

"Tak mama. Haris nak rehat kejap dekat sini. Haris takde selera". Ujar Haris lemah. Dia kemudian melangkah kearah sofa yang terdapat diruang tamu itu. Dia duduk lalu diselesakan kedudukannya. Kemudian dia mengurut pelipisnya. Tidak tahu mengapa pening datang menyerang dirinya.

Tengku Kamal menjeling Tengku Zanariah sedikit. Dia membuat isyarat supaya isterinya naik keatas. Dia mahu membiarkan anak-anaknya berbicara. Dari hati ke hati. Selepas Tengku Zanariah menuju ke tangga, dia membuat isyarat kepada Nisa , Tisya , Farah dan juga Intan untuk memberi semangat pada haris. Mereka hanya angguk. Akur dengan arahan Tengku Kamal.

"Haris..". Haris membuka mata. Dia memandang satu persatu wajah dihadapannya. Dia menegakkan badannya sedikit. Dia melemparkan senyuman pada mereka.

"Kenapa?". Soal Haris. Mereka berpandangan sebelum Tisya selaku anak sulong atau kakak kepada Haris bersuara.

"Kau jangan nak sedih lama-lama ye. Kami faham kau sedih atas pemergian Hana tapi kau kena ingat ada insan lain lagi yang perlukan kasih sayang kau. Hanania". Ujar Tisya berhati-hati. Dia perlu menyusun ayat dengan sebaiknya supaya kata-katanya tidak menyinggng perasaan Haris.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now