chapter 53✔️

440 12 0
                                    

Pandangannya kabur. Dipandang sekeliling. Tempatnya tidak sama seperti sebelum ini. Dia bangkit dari tidur. Dia mengerdip matanya beberapa kali. Selepas itu, dia memerhati sekeliling. Sah! Hotel!

Allah. Kenapa aku dekat sini?

Dipandang sekeliling. Hanya dia seorang sahaja. Syukurlah.

Dia mengalihkan selimut. Dia cuba mengimbangkan badannya tatkala dia merasakan ingin jatuh. Dia duduk di birai katil. Memegang kepalanya.

Pening!

Aku buat apa semalam sampai pening?

Hana memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Pening sangat. Dia merasa ingin muntah.

Hana berlalu ke tandas. Mengeluarkan semua isi di dalam perutnya. Selepas lega, dia keluar perlahan perlahan dari tandas. Menuju ke katil semula. Sungguh dia tidak larat.

Tidak mahu terlewat kerana harini, suaminya akan pulang. Dia ingin memberi kejutan pada suaminya. Tapi entah mengapa hatinya berasa tidak enak. Dia berasa pelik mengapa diri dia berada di Hotel sedangkan semalam dia berjumpa dengan..

Nadia?

Takkanlah Nadia yang buat?

Tak. Tak mungkin lah.

Dia kawan baik aku kut. Hahaha.

Tak penting. Sekarang ni, dia perlu balik rumah. Tidak mahu dirinya dipandang sebegini oleh Haris. Nanti, Haris akan syak apa apa perkara buruk.

Hana mengemas beg nya. Telefonnya telah mati. Hana turn on semula telefonnya. Dan makin kuat hatinya berdebar. Kenapa?

Selepas siap mengemas, dia menuju ke pintu bilik hotel. Dicapai tombol. Tiba tiba wajahnya diserbu dengan perasaan takut.

Wajah Harris tegang. Tapi kenapa?

Hana meneguk air liurnya kesat.

"A..Abang. Abang buat apa dekat sini?".

Tangan Haris dicapai oleh Hana. Tetapi ditepis kasar oleh Haris. Haris berdecit. Haris memandang tajam Hana.

"Ouh ni lah yang kau buat belakang aku ye. Patutlah aku call semalam kau tak jawab. Rupanya berasmara dengan jantan lain ye". Kata kata Haris menyentak tangkai hati Hana. Hana memandang tepat ke arah wajah Harris. Dia menggeleng.

"Tak Abang. Hana...Hana diperangkap". Tersekat Hana bercakap. Dia tidak tahu. Bangun sahaja, dia sudah berada di sini. Do hotel. Dia tidak sedar semua ni berlaku. Air mata mengalir laju di pipi.

Haris ketawa sinis.

"Kau? Diperangkap? Huh. Kau buat lawak ke Hana Raudhah? Buat lawak ke? Eh. Aku tak percaya lah kau. Aku dah cakap Kan, jaga diri kau baik-baik. Tapi, ini yang aku dapat. Aku pergi Pulau Pinang sebab cari rezkei untuk sara keluarga kita. Tapi kau, kau buat onar. Buat maksiat dengan jantan lain. Perempuan jenis apa kau ni Hana!". Tengking Haris. Pandangannya dipenuhi dengan amarah. Terlalu marah pada Hana.

Hana menggeleng. Dia cuba mencapai tangan Haris untuk meminta maaf tapi dia ditolak kasar oleh Haris. Hana jatuh dan kepalanya terhantuk pada pintu bilik hotel.

Hana sedaya upaya bergerak perlahan ke arah kaki Haris. Dia memeluk kaki Haris.

"Abang. Percaya lah Hana. Hana tak buat semua ni. Hana jaga maruah Hana. Hana jaga diri Hana. Hana tak sanggup nak gadaikan maruah Hana. Hana sayang Abang. Abang tak tahu ke? Selama Abang pergi, Hana tahan rindu. Sebab Hana sayang Abang. Hana sayang sangat Abang. Jangan buat Hana macam ni. Hana berada di sini, Hana tak buat perkara terkutuk. Abang!". Pecah tangisan Hana. Merayu supaya Haris mempercayainya walaupun dia tahu, peluang untuk Haris percaya padaNya

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now