chapter 13

538 21 0
                                    

Aku membuka pintu rumah dengan berhati-hati. Sekarang dah pukul 2 petang. So nampak lah sikit yang aku baru balik dari sekolah kan. Sebelum pukul 2 petang itu, aku dengan Nadia pergi pelbagai tempat. Nadia lah ajak aku. Nasib baik lah ada peneman. Kalau tak mati mereput aku.

Sekarang ni, kalau lah Umi aku tahu pasal benda ni. Apa yang perlu aku jawab eh. Haih timbul masalah lain pula.

Sebelum masuk, aku pastikan yang tiada sesiapa berada di ruang tamu itu. Taknak bersoal siasat nanti. Nampak clear barulah aku masuk. Daun pintu ditutup dengan berhati-hati supaya tidak keluar satu bunyi pun. Selepas itu, aku menginjak lantai rumah dengan berhati-hati supaya tidak berbunyi.

Macam pencuri dah aku weh sekarang.

Tak sampai aku nak menuju ke bilik, satu suara sudah memanggil aku. Aku berpaling dan terpampang apabila melihat seluruh keluarga aku sudah berada di dapur. Kenapa eh?

Yang pasti muka umi dengan abah kelihatan pelik dan keruh semacam. Jangan cakap yang perkara tu dah sampai ke pengetahuan umi dan abah sudah.

'Mari sini'.

Sebelum berlalu, sempat aku menitipkan doa untuk perlindungan diri sebelum bergegas menuju ke ruang dapur.

'Ke..kenapa abah. Hana nak masuk bilik ni. Nak mandi sekejap. Badan dah melekit ni'.

Aku melihat satu persatu wajah ahli keluarga aku. Ada juga kakak sulung aku di meja. Dah lama Tak jumpa dia. Last jumpa pun bulan lepas. Maklumlah dia busy sikit dengan kerja dia. Doktor pakar lah katakan.

'Kamu taknak cerita apa-apa perkara pada kami?'. Soal abah dengan suara yang tegas.

Seram sejuk aku. Aku syak diorang dah tahu. Dah muka si Intan belut ni tersenyum-senyum sejak tadi. Kau ingat aku tak boleh fikir waras.

'Hana minta maaf'.

Aku tahu kalau aku berdalih pun surah tidak bermakna lagi. Lagipun seluruh ahli keluarga aku sudah tahu. Dari mana? Dah kalau Intan tu suka-suka maknanya apa. Dah tahu lah jawabnya.

'Kenapa kamu sanggup conteng arang pada muka kami hah? Kamu malukan abah dengan umi tau'. Marah abah pada aku.

Yang lain hanya senyap sahaja. Kalau abah dah mula naikkan suara, jangan sesekali kau keluarkan suara kalau taknak kena nanti.

'Bukan Hana buat abah. Hana kena perangkap abah'. Bersungguh aku menafikan apa yang abah katakan pada aku.

Kalau nak suruh si belut ni back up aku sampai aku mereput pun takkan dia buka mulut tu. Jadi nak taknak aku kena lah pandai back up diri aku sendiri.

'Aku taknak dengar apa alasan kau. Kau dah malukan keluarga ni tau'. Tengking umi secara tiba-tiba.

Aku yang mendengar tiba-tiba terkejut. Aku berpaling melihat muka umi. Kelihatan muka umi merah menahan marah sambil matanya menatap aku dengan pandangan yang sangat tajam.

'Kau dah malukan keluarga aku. Dah ada bukti yang menunjukkan kau memang sedang berpelukan dengan jantan lain. Pastu kau cakap yang kau tak buat semua itu? Pandai kau ye Hana. Dasar anak tak kenang budi'. Hambur umi sambil menolak kepala aku dengan kuat.

Aku hanya mampu menahan tangisan. Tiada kekuatan untuk menghalang segala perilaku umi pada aku. Aku tahu sekarang semua ahli keluarga aku memandang aku dengan pandangan yang jijik.

'Sudah Rita. Awak buat macam tu bukan boleh tenang fikiran awak tu. Sekarang kita fikirkan masalah ni. Macam mana nak selesaikan'.

Abah menghalang perbuatan umi dengan tangan sasanya. Nasib baik abah halang. Kalau tidak, berlubang kepala aku.

'Dah tak boleh nak selesaikan abang. Budak ni dah jatuhkan maruah keluarga ni. Orang kampung dah pandang serong pada kita abang. Saya malu abang. Saya malu nak hadap orang kampung bang'. Luah Umi dengan tangisan yang kuat.

Aku hanya mampu melihat. Tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Punca Umi dengan abah kecewa adalah disebabkan dari sikap aku sendiri. Aku hanya mampu menangis dalam diam.

'Sudah. Orang kampung takkan tahu pasal benda ni melainkan ada orang diantara kita yang hebohkan satu kampung. Jadi abah minta jangan sape-sape buka mulut pasal benda ni. Kamu Hana kalau boleh jangan sesekali bergaul dengan orang kampung buat sementara waktu sehingga benda ni betul-betul settle. Nanti abah cuba fikirkan jalan terbaik'. Jelas abah pada kami semua.

'Cara terbaik untuk selesaikan perkara ni adalah dengan halau budak ni dari rumah ni terus abah'. Ujar Intan yang sedari tadi diam mula bersuara.

Semua yang berada di dapur tergamam dengan pendapat Intan. Pendapat eh?

Halau aku? Allahu.

'Apa yang kau cakap ni Intan. Kenapa nak halau adik?'. Soal Farah yang sedari tadi diam juga mula bersuara.

Intan memandang muka kakaknya dengan pandangan pelik. Dia mengangkat kening sebelah menandakan pelik dengan persoalan kakaknya.

'Lah kak. Budak ni dah malukan keluarga kita tau. Akak masih nak simpan budak ni dalam rumah ni ke? Akak tak kesian dengan umi abah yang terpaksa menahan malu nanti kalau orang kampung tahu. Macam tu?'. Soal Intan bengang.

'Eh walau apa yang terjadi, Hana ni adik kita tau Intan. Dia salah patutnya kita as kakak bimbing dia. Bagi support. Bukan judge macam tu je. Ye aku tahu aku dah lama tak balik kampung so tak tahu apa yang Hana dah buat tapi aku as kakak sulung perlu bagi sokongan pada dia. Jadi sekarang kita sama-sama cuba selesaikan masalah ni bersama'. Ujar Farah panjang.

Aku terharu dengan ucapan kak Farah. Tak sangka kak Farah masih lagi back up aku. Aku sangka yang dia balik ni sebab nak caci maki aku macam si belut ni.

'Argh akak. Tunjuk baik pula. Pirahhh. Akak tak tahu apa yang budak ni buat selama ni kat sini. So akak boleh lah cakap macam-macam. Intan, abah dengan umi yang kena hadap semua ni'. Tambah Intan lagi.

'Kau.....'

'Senyap'.

Kami semua terdiam apabila ditengking oleh abah. Aku kembali menundukkan kepala memandang kebawah. Tak sanggup nak hadap abah.

'Puas dah? Gaduh lah lagi. Gaduh puas-puas. Nanti tengok aku dah mati baru nak senyap'.

Aku memandang abah dengan pandangan terkejut. Apa abah cakap macam tu. Tapi dalam hati lah cakap tu.

'Sekarang kita sama-sama selesaikan masalah Hana ni. Bukan masa nak gaduh sekarang. Abah letih lah'. Ujar abah dengan nada sedih.

'Seperti yang Intan cakap tadi, kita halau je budak ni. Simple. Nanti tak payah nak tanggung malu hadap orang kampung'. Intan cuba memberi pendapat seperti tadi.

'Intan'.

'Kau ni kan....'

Belum sempat kak Farah mahu menyambungkan ayatnya, Umi bangun dari tempat duduknya menuju ke bilik. Semasa melalui sebelah aku, sempat Umi merepuh badan aku menyebabkan aku terdorong sedikit ke belakang.

Aku hanya senyap menahan sakit. Kang cakap nanti tak pasal-pasal makan penampar pula. Dahlah Umi tengah marah sekarang.

Aku hanya memandang Umi dengan padangan sedih. Aku tahu aku telah buat keluarga ni malu. Malu dengan perkara yang tak pernah aku lakukan.

Bukti?

Macam mana nak buktikan pada semua orang yang aku tak bersalah melainkan kalau orang yang perangkap aku sendiri yang sukarela beritahu ini semua rancangan dia.

Sabarlah duhai hati Hana.











Vote dan comment.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now