chapter 12

532 20 1
                                    

Peristiwa dimana aku ditangkap berpelukan dengan Haris masih lagi tidak diketahui oleh umi. Tapi dah heboh satu sekolah. Kau fikir kalau orang tahu pasal benda ni, diorang akan fikir benda elok pasal kita. Memang tak lah. Semua pandang aku macam nak telan je.

'Assalamualaikum semua'.

'Waalaikumusalam cikgu'.

'Saya nak panggil Hana dan Haris. Kamu berdua sila datang ke pejabat saya sekarang juga. Ada perhitungan untuk dibuat'.

Selepas cikgu Muni pergi, heboh kelas itu dengan suara-suara ejekan.

'Huh. Selama ni punya lah aku hormat dia sebab perangai baik, tapi sekali dengar khabar yang berpeluk dengan jantan lain belakang sekolah, hilang hormat aku pada betina ni. Haris pula tu. Haris macam takde taste kan'.

Terdengar satu suara bingit dari suara Alia yang selalu menunjukkan permusuhan dengan aku.

Aku berpaling melihatnya. Dia sudah bersedia dengan mata helangnya menikam aku. Aku hanya melihat dia beberapa saat sebelum kembali melihat ke hadapan. Malas layan.

'Jom'.

Aku hanya melihat Haris keluar dari kelas sebelum aku dengan perlahan-lahan bangun untuk keluar dari kelas.

Semasa aku melalui meja Sarah, tak disangka bahawa Sarah mengangkat kakinya lalu menghalang perjalanan aku. Aku yang tidak perasan akan kakinya itu terjatuh. Perit weh kaki aku.

Aku mengangkat muka aku memandang kearahnya. Sarah dengan mukanya tidak bersalah memandang aku.

'Ops sorry sayang. Tak sengaja'.

Dengan badan dah macam belut, dia kembali bergosip dengan rakannya yang lain. Tahu tambah dosa je minah belut ni.

Aku tiada kekuatan untuk melawan. Aku hanya bangun lalu mengusap sedikit baju di belakang aku dari kotoran.

Aku melangkah keluar menuju ke bilik disiplin.

********

'Kamu tahu apa kesalahan kamu sampai kamu berdua kena panggil oleh saya?'.

Soal cikgu Kamal aka cikgu disiplin di sekolah ini.

'Ye cikgu. Kami tahu'. Balas Haris bagi pihak kami berdua memandangkan aku hanya diam seribu bahasa.

'Kamu berdua nak ke saya panggil parents kamu berdua untuk datang ke sekolah berbincang sendiri pasal hal kamu buat ni hah? Kamu tak malu ke? Saya tak panggil parents kamu sebab saya taknak panjangkan isu ini. Kalau orang lain tahu pasal ni, nama baik sekolah kita akan tercemar. Sudahlah sekolah ini mempunyai potensi yang paling terbaik dalam kategori akhlak tau. Tiba-tiba dengar berita yang sekolah kita ada buat perkara tak senonoh. Malu saya sebagai cikgu disiplin sekolah ini'. Panjang cikgu Kamal membebel pada kami.

Aku hanya menundukkan kepala dari tadi. Tidak mahu untuk mengangkat muka memandang cikgu Kamal yang garang itu. Silap hari bulan arwah aku sebab penangan maut mata dia.

'Kenapa kamu berdua sanggup buat perkara yang tak senonoh? Kamu tahu hukuman yang akan dikenakan kalau buat perkara macam ini?'.

'Kena gantung sekolah cikgu'. Balas Haris lagi.

'Ye betul. Jadi bermula pada hari esok, kamu berdua digantung sekolah selama 2 minggu. Tidak dibenarkan sama sekali untuk jejak kaki di sekolah selama 2 minggu. Akademik dan aktiviti kokurikulum kamu juga turut digantung juga. Faham?'. Soal cikgu Kamal.

'Faham cikgu'.

'Kalau saya nampak kami berdua jejak kaki disekolah selama 2 minggu ni, saya tidak berfikir panjang untuk tambahkan lagi masa gantung sekolah atau buang terus kamu berdua dari sekolah ni. Faham?'. Sambungnya lagi untuk kali terakhir.

'Faham cikgu'. Jawab kami berdua.

'Baiklah. Kamu berdua boleh keluar. Kamu berdua boleh bersiap untuk kemas dan pulang. Ingat. 2 minggu'.

Kami berdua keluar dari bilik disiplin.

'Puas hati kau?'.

Gertak aku dengan kemarahan yang membara. Ye aku benci tengok muka jantan hipokrit ini.

'Kenapa awak nak salahkan saya?'.

'Eh kau yang mulakan benda ni tau. Kalau kau tak buat semua ini takkan terjadi. Aku benci kau'.

Seusai itu, aku berlalu pergi dengan hati yang bengkak. Sakit hati bila tengok muka itu.

**********

Aku tidak tahu untuk pergi kemana. Takkan nak balik kerumah pada waktu macam ni. Konfem lah Umi dan abah tanya nanti.

'Hana'.

Aku berpaling kearah suara tadi. Sape lah panggil aku waktu macam ni. Waktu sekolah belum habis lagi.

Nadia??

'Eh Nad. Kau buat apa dekat sini?'. Soal aku pelik. Yer lah pahal minah ni ada dekat sini. Waktu sekolah belum habis lagi. Jangan cakap kau ponteng setan. Aku lempang kang.

'Heheh. Aku nak teman kau lah. Aku dengar cerita yang kau dengan Haris kena gantung sekolah. Betul ke?'. Soal Nadia sambil menatao aku dengan penuh tidak sabar.

'Erm. Betul lah tu'. Ringkas aku jawab.

Aku sebenarnya malu dengan Nadia. Ye lah. Dia kan kawan baik aku. Kalau aku ada masalah, dia pun turut kena tempias juga. Sebab pelajar kat sekolah tu dah gelar kami macam kembar. Kemana-mana pergi mesti bersama. Dah kalau aku kena marah kena maki Nadia pun kena tempias juga.

'Alah. Tak payah lah sedih-sedih. Chill okay. Aku percaya kau. Aku percaya yang kau takkan buat perkara tak senonoh kan'.

'Kalau lah aku tak pergi tandas masa tu, mesti benda ni takkan terjadi'. Sambungnya lagi.

Aku berpaling kearahnya setelah mendengar ucapan darinya. Aku terkejut dengan apa yang dia katakan.

'Kau tak salah lah Nad. Aku tak salahkan kau pun. Aku yang setuju untuk pergi study dengan Haris pastu ajak kau sekali. Tak pasal-pasal kau pun kena tempias juga'. Balas aku semula menidakkan kata-katanya sebentar tadi.

Kalaulah aku tak ajak dia hari itu...

'Eh no sedih-sedih okay. So sekarang macam mana kalau kita pergi makan-makan ke. Aku lapar tahap sampai tengok kau pun macam ayam dah. Hahahh'.

'Auch. Sakit sengal'.

Nadia mengusap kepalanya yang baru sahaja terkena buku yang baru sahaja terlanding di atas kepalanya.

'Sengal. Cakap aku ayam. Kau lembu'.

Seusai berkata, aku terus pecut dari situ. Nanti kang tak pasal-pasal aku pun ada kena makan kasut nanti. Baik cau dulu.

'Dasar ayam goreng. Aku kejar kau buat goreng jual dekat pasar malam kang'.

Nadia terus mengejar aku yang sudah jauh meninggalkannya di belakang.















Vote dan comment.








Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now