chapter 16

564 21 0
                                    

8 bulan berlalu....

Kini aku sudah menjadi senior di sekolah ini. Dan turn batch aku pula perlu berjuang untuk persediaan spm nanti. Lagi 4 bulan sebelum kami menempuhi spm.

Dan peristiwa ditangkap berpelukan masih lagi tiada penyelesaian. Tapi sekarang aku sudah tidak dimaki dan dicaci lagi. Mungkin diorang sudah lupa.

Dan sekarang aku masih lagi bersikap dingin dengan Haris. Tidak menunjukkan yang aku akan berbaik dengan dia. Sampai bila tidak pasti.

Aku malas fikir semua ni. Kalau fikir makin buat aku sakit hati. Dah lah aku sakit hati dengan si belut tu sebab selalu cari gaduh dengan aku. Kalau cari gaduh sebab aku salah takpe. Ni cari gaduh sebab memang sah-sah dia salah tu yang berapi aku. Kalau diberitahu Umi, Umi akan back up si belut tu. Aku? Memang sampai sekarang take tanda-tanda yang umi akan berbaik dengan aku. Sampai bila? Tiada jawapan untuk itu.

Baik aku fikir pasal trial nak dekat dah ni. Lagi sebulan. Jadi perlu lah belajar dengan tekun ni. Oo result si belut tu. Hmm not bad lah. Tapi not good juga. Aku bukan nak cerita yang dia tu tak bagus tapi buat masa sekarang dia tu duduk rumah je. Taknak pergi cari kerja ke. Taknak cakap apa-apa.

Hari ini, sekolah kami akan mengadakan kejohanan olahraga. Alhamdulillah aku terpilih dalam kategori badminton menengah atas. Sebab lain aku terpilih kerana aku memang dah ada kemahiran dalam permainan ini. Jadi senang sikit nak handle. Too easy too handle. Lol. Jadi tidak boleh main-main. Aku nak memang. Biar dapat tempat pertama. Gituu.

*********

Aku pulang awal dari sekolah kerana hari ini sekolah mengadakan latihan untuk sesiapa pelajar yang mengambil bahagian dalam acara olahraga. Jadi latihan badminton sudah lama siap kerana kami cuma berlatih untuk smash bulu tangkis. Senang bukan. Jadi selepas selesai latihan, aku tidak pulang terus tapi pergi melihat Nadia berlatih. Ouh lupa. Nadia dapat mengambil bahagian dalam acara lari pecut 100 meter. Jadi dia pulang lewat sikit kerana dia perlu berlatih lebih sikit.

Sampai dirumah, kelihatan Umi sedang menyiram pokok bunganya di tepi rumah. Rumah kami ada sebuah taman pokok bunga yang dibuat khas oleh abah. Sebab Umi cakap dia bosan duduk rumah so abah buat satu tempat khas untuk umi tanam pokok bunga dia.

Khusyuk umi menyiram sampai aku pulang pun dia tidak sedar. Atau memang umi taknak tegur aku? Hmm entah.

'Assalamualaikum umi'.

Sapa aku pada Umi. Tapi tiada balasan dari umi. Takpelah aku dah cuba untuk berbaik dengan umi tapi mungkin Umi tidak dapat terima aku lagi.

Tanpa menunggu lebih lama, aku terus menaiki tangga kayu itu untuk masuk kedalam rumah.

'Lauk aku tak masak untuk kau. Pandai-pandailah kau makan. Lagipun dekat rumah takde ayam ke ikan. Suami aku tak beli'. Tegur umi pada aku sebelum dia menghilang ke dalam taman bersama sebaldi air.

Aku yang mendengar hanya mampu diam. Benarlah kata-kata Intan semalam.

'umi dah tak sayang kau. Jadi aku sarankan supaya kau tu tak payah terhegeh-hegeh nak cari simpati. Umi dengan abah takkan layan kau punya. Sebab? Kau sendiri tahu kan. So kalau kau nak benda ni settle cepat, cuba lah cari bukti yang kau tu memang tak salah. Memang diperangkap. Aku jamin lah kau takkan jumpa bukti tu. Umi dengan abah akan buang kau nanti. Percayalah aku'.

Menitik air mata aku. Ya Allah. Berat sungguh ujian Mu. Aku tak mampu. Biar lah orang lain maki aku pun, marah aku tapi aku taknak Umi dengan abah turut buat benda yang sama. Aku letih.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now