chapter 51✔️

474 12 0
                                    

Tengku Dania keluar dari bilik. Dia menuruni tangga dengan tergesa-gesa. Ye. Dia ingin mengejar sesuatu. Sesuatu yang berharga dan akan menjadi kepuasan pada dia untuk selamanya.

"Nia nak pergi mana?". Soal Tengku Affendy. Dania merengus. Inilah yang dia benci. Bila nampak sahaja dia ingin keluar, pasti sahaja daddy nya bertanya ke mana dia ingin pergi. Rimas tau tak?

Tanpa menjawab soalan Tengku Affendy, dia berlalu pergi ke pintu utama. Pandangan tajam daddy nya dia tidak hiraukan. Lantak la!

"Daddy tanya, Nia nak pergi mana?! Soal Tengku Affendy dengan suara yang tinggi. Rasanya tidak perlu kut untuk dia berlemah lembut lagi dengan anaknya seorang ini.

Degil!

Dania berpaling lalu memandang tajam Tengku Affendy.

"Nia nak pergi mana, ikut suka Nia la! Daddy dah kenapa! Rimas lah Nia kalau daddy asyik macam ni. Rimas tau tak! Tengking Nia.

Hormat? Tiada istilah hormat dalam dirinya. Dirinya seakan hilang segala lemah lembut dan ayu selepas kejadian kematian adiknya, Tania.

Tengku Affendy terkejut. Sikit lagi dia ingin terkena serangan jantung. Dia mengurut perlahan dadanya yang sedikit berdebar. Terkejut barangkali.

"Sudahlah Nia. Cuba hujung minggu ni, Nia duduk je rumah teman daddy. Daddy sunyi. Dengan Nia lah daddy nak manja. Petang nanti, jom jumpa mummy. Mummy rindu sangat dengan Nia tau". Kalini, Tengku Affendy bersuara lemah. Ingin memujuk si anak supaya ikut rancangannya.

"Daddy! Nia taknak jumpa perempuan tu. Taknak. Daddy dah gila ke? Nia dari dulu lagi kan bagitau Nia benci perempuan tu. Daddy tak faham ke?". Naik senoktah suara Dania. Sungguh dia penat nak bagitau daddy bahawa dia benci wanita itu. Ingin sahaja dia pergi ke pusat penjagaan tu untuk bunuh pembunuh itu tapi apa yang dia boleh lakukan.

Daddy nya terlalu sayang perempuan itu sampaikan anak sendiri pun kadang-kadang diabaikan. Huh!

Benci!
Benci!
Benci!

"Sayang Nia. Cuba bertenang. Mummy tu mummy Nia tau. Syurga Nia bawah telapak kaki mummy. Kalau perangai Nia taknak hormat mummy, bau syurga pun takde tau. Allah, Nia. Tania mati bukan sebab mummy Nia. Tania mati sebab dah masa dia sayang. Kalau ditakdirkan Allah gantikan nyawa Tania dengan mummy, Nia akan meraung macam ni ke sayang?". Tersedu-sedan Tengku Affendy bertutur. Sungguh dia begitu sedih. Dengan keadaan keluarga dia yang berantakan. Sedih, sedih sangat. Dia mahukan keluarga yang damai. Tenang. Bukan porak peranda macam ni.

Dania termangu. Tapi seketika kemudian, dia tergelak. Dia kembali memandang Tengku Affendy dengan tajam.

"Eh orang tua. Nia taknak dengar lah. Yang penting sekarang, apa yang Nia nak, Nia dapat. Walau apa jua cara sekalipun, Nia akan perjuangkan. Tak boleh cara halus, cara kasar Nia lakukan.Kalau Nia tak dapat, orang lain takkan dapat". Sejurus berkata, dia keluar dengan berlari laju.

Misi yang penting! Dia perlu selesaikan.

Tengku Affendy tak dapat menahan. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Sedih dengan apa yang berlaku. Seakan dirinya gagal untuk mendidik anak-anaknya dengan didikan sempurna.

Sesaat, dia tersedar.

"Yang penting sekarang, apa yang Nia nak, Nia dapat. Walau apa jua cara sekalipun, Nia akan perjuangkan. Tak boleh cara halus, cara kasar Nia lakukan. Kalau Nia tak dapat, orang lain takkan dapat"

Entah mengapa, hatinya berdebar hebat. Dia seakan merasakan terjadi sesuatu yang besar melibatkan anaknya, Dania. Tapi tidak tahu apa yang berlaku.

"Allahu, selamatkan sesiapa sahaja yang Dania dendami. Selamatkan mereka". Getus hati Tengku Affendy.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now