chapter 15

620 22 0
                                    

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar tingkatan 5. Mungkin juga tidak. Peperiksaan SPM yang paling ditakuti oleh segelintir pelajar akan berlangsung pada hari ini. Mungkin bagi best student, mereka tidak begitu berdebar kerana mereka bijak. Mungkin.

Aku hanya memerhati pelajar-pelajar form 5 yang begitu tekun mengulang kaji pelajaran. Ada juga yang sedang bersembang. Mungkin diorang discuss tentang soalan exam kan. Ada juga yang tertidur. Allahu. Tawakal naw budak tu. Hahaha.

Tiba-tiba teringat dulu bahawa Hanif menyuruhnya pergi menemani dia sebelum memasuki dewan peperiksaan. Mana munhkin aku nak pergi sedangkan Hanif sedang memarahinya sekarang. Tak mahu cari gaduh. Jadi tidak perlu kut pergi jumpa dia kan. Mungkin dia sekarang tengah sibuk menghafal peribahasa ke simpulan bahasa ke memandangkan hari ini merupakan hari pertama exam so subjek pertama adalah Bahasa Melayu. Asal berbelit sangat ayat aku.

Tapi aku tidak senang duduk sebenarnya. Jadi aku berjalan membawa diri sehingga sampai ke tempat dimana Hanif sedang berada. Kelihatan dia sedang termenung melihat bangunan di hadapannya.

'Pelik. Tak study ke mamat ni?'. Gumam aku dalam hati.

Susah lah aku nak nampak yang Hanif jarang-jarang tak study. Kemana dia pergi mesti akan membawa buku rujukan bersamanya. Ketua pelajar plus bijak lah katakan. Hot stuff pula tu. Hewhewhew. Jadi pelik sedikit nampak dia termenung sahaja di sana. Dah lah nak exam harini. Tak ke pelik namanya. Kan.

Lama aku perhatikan dia sehingga aku tidak sedar bahawa ada orang yang sedang berdiri di sebelah aku.

'Termenung tengok crush ke tuu'.

Aku yang terkejut seraya berpaling lalu aku menampar bahunya. Hahahah padan muka. Buat aku terkejut. Aku kalau terkejut mudah melatah. Melatah tu tak kira. Sape yang dekat dengan aku pandai-pandai lah jaga diri ye sebab aku kalau melatah tampar orang. Hahaha.

'Auch sakit lah adik'.

Kak Farah.

'Eh akak. Ish terkejut lah adik. Tiba-tiba sergah orang. Padan muka kena tampar. Lain kali kalau nak kena tu buat lah orang terkejut lagi'. Balas aku dengan muka berkerut. Kus semangat.

'Ish adik ni. Akak dah panggil banyak kali adik tak dengar. Tu yang akak datang sini. Tengok apa adik buat. Patutlah tak menyahut. Tengok crush rupanya'. Jawab kak Farah sambik tersenyum sinis.

'Mana ada. Orang bukan tengok crush lah. Orang tengok di.....'

'Dah kalau bukan crush tengok apa? Tengok bakal imam? Hahahahshha'.

Sampuk kak Farah. Tidak sempat Hana ingin menceritakan apa yang berlaku.

Muka aku tak payah cakap. Merah gila. Merah sebab sakit hati satu. Yang kedua sebab malu. Malu kenapa? Kau bukan suka dia pun. Malu sebab kak Farah cakap kuat sampai Hanif yang termenung tadi berpaling kearah kami. Haa kantoi sudah.

Kelihatan Hanif bangun dari kerusi batu berjalan menuju ke arah kami yang sedang berada sedikit tersorok di belakang dinding bangunan.

'Eh kak Farah. Hai'. Sapa Hanif dengan senyuman.

'Hai Hanif. Tak buat revision ke? Dah nak exam ni'. Soal Kak Farah

'Tak. Alhamdulillah Hanif dah ingat sikit. Semuanya ada dalam cip memori Hanif ni'. Balas Hanif seraya menunjukkan otaknya.

'Hahah ada-ada je Hanif. Ni hah. Akak datang sebab nak bagi support pada Intan. Then nampak si Hana ni dekat sini. Akak panggil tak menyahut. Rupanya tengah syok intai crush dia'.

Seusai berkata, kak Farah bantai ketawa. Amboi sedapnya dia ketawa kat orang. Tercekik baru tahu.

'Uhuk uhuk'.

Kan dah kata. Tak percaya. Bukan salah saya. Saya cuma batu tak bernyawa.

'Padan muka. Mengata orang lagi. Kan dah tercekik'. Balas aku.

Kak Farah hanya diam sahaja. Takut nak bercakap. Nanti mengata lagi mahunya arwah terus dekat sini.

Di sudut lain, Hanif hanya tersenyum. Eh kenapa. Sebab kak Farah cakap yang Hana datang sini sebab nak tengok crush. Siapa lagi yag duduk sini selain dia. Dia lah.

***********

HANIF POV

Hari ni merupakan hari yang mendebarkan. Jadi dari semalam lagi aku sudab bersedia dengan segala persiapan. Harini aku tidak mahu untuk membusykan diri dengan membuat latihan atau membaca. Aku hanya ingin menenangkan diri sebelum masuk ke dalam dewan.

Aku sampai awal kesekolah dengan harapan dapat menghilangkan gusar yang bertandang dalam hati. Tiba-tiba jadi seram sejuk.

Aku mengambil tempat di meja cendawan di tepi bangunan perpustakaan untuk bertenang. Sambil itu, aku memenuhkan perut dengan sekeping roti bakar yang sempat disediakan oleh mama pada aku. Aku sudah berpesan pada mama supaya tidak perlu membuat sarapan yang berat seperti nasi goreng atau mee goreng kerana nanti masa jawab exam aku mudah mengantuk. Jadi pilihan terbaik adalah roti bakar.

Sambil makan mata aku melilau melihat sekeliling sekolah. Sudah ramai pelajar form 5 datang kesekolah. Mungkin diorang mahu study bersama-sama dengan rakan mereka.

'Bulan 10 ni exam. Saya harap Hana datang lah bagi saya sokongan tau'.

Terlintas sepotong ayat itu di benak fikiran aku. Haih serious aku cakap aku rindu pada Hana. Aku rindu dengan telatah dia. Orangnya periang, lawak, pemalu dan macam-macam lah. Tapi selepas kejadian yang berlaku di taman herba itu menjadikan kepercayaan aku pada dia musnah. Aku ingatkan dia perempuan yang perangai baik. Tapi aku sudah salah faham. Hm.

Tapi di sudut hati aku. Aku tidak percaya yang dia sanggup untuk melakukan perkara itu melainkan ada orang yang memerangkap dia. Tapi entah lah. Aku macam 50/50 percaya akan dia. Kalau lah betul dia diperangkap moga suatu hari annti orang yang menganiaya dia datang meminta maaf.

Dan jauh disudut hati dia sedang menantikan kehadiran Hana untuk memberi semangat padanya. Seperti dia menyuruh Hana dahulu masa mereka masih lagi berbaik dan brancak berbual dahulu. Tapi sekarang aku tahu yang dia takkan datang kerana dia mungkin merajuk dengan aku.

Tiba-tiba aku merasa akan sesuatu. Aku merasakan bagai aku diperhati. Aku hanya menjeling sedikit kearahnya sebalik bangunan perpustakaan. Tak syak lagi.

Hana.

Bukan main gembira hati aku melihat Hana sedang bersembunyi di sebalik bangunan itu. Dia datang nak tengok aku ke? Kalau betul aku lah orang paling gembira sekarang. Dapat tengok macamm tu pun jadi lah. Asalkan boleh tengok muka dia kan. Yeayhh. Aku rasa macam sekarang aku baru ada semangat untuk masuk dewan peperiksaan. Cis. Annoying betul.

Aku menghabiskan roti bakar aku lalu membetulkan kedudukan aku. Aku duduk gaya seperti orang sedang termenung supaya aku tidak terkantoi oleh dia.

Tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang terkejut. Aku menoleh kearah Hana. Kelihatan kak Farah ada bersamanya. 

Aku membuat muka selamba lalu menuju kearah mereka sambil menyeluk tangan kedalam poket. Saja buat macam terkejut dengan kehadiran mereka. Muka kena control ayu. Gituu.












Vote dan comment.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now