chapter 52✔️

429 10 0
                                    

Wanita yang berada di sudut restoran itu dipandang . Keluhan dilepaskan. Dia nak apa lagi ni?

Dengan langkah berat, dia gagahkan juga menuju ke meja tersebut. Kehadirannya tidak disedari apabila wanita itu terlalu khusyuk dengan telefonnya. Kerusi ditarik perlahan. Wajah wanita itu terangkat. Terkejut mungkin.

"Kau nak apa jumpa aku?". Soal dia.

Wanita itu menarik senyuman sinis. Telefon disimpan di dalam poket hoodie. Tumpuannya kini sudah beralih pada gerangan di hadapannya.

"Kau setuju tak?". Soal wanita itu. Dia mengangkat kening.

"Setuju apa? Kalau libatkan nyawa, aku tarik diri". Ujar dia.

Wanita itu tergelak seraya menggeleng.

"Nadia, Nadia. Kau belum kenal erti dunia sebenar. Dunia ni kejam tau tak. Tak adil. Dan, of course lah kita ni perlu sikap tak adil juga dengan orang lain. Sebab? Yes. Nak hidup. Kalau hidup dengan cara kau ni, sampai bila-bila kau takkan dapat apa yang kau nak, Nadia".

Nadia memandang tepat ke wajah wanita itu.

"Hey Dania. Kau nak apa hah? Tak habis lagi ke kau nak susahkan hidup aku. Hei, pergi mampus la. Aku takkan ikut rancangan kau lah gila! Semua yang kau buat ni, salah tau tak. Aku pasti, arwah adik kau pun taknak lah semua ni jadi". Marah Nadia.

Wajah Dania berubah bengis. Dia menujukan jari telunjuknya tepat di hadapan Nadia.

"Kau jangan nak libatkan arwah adik aku! Dia takde kaitan dalam hal ni. Apa yang aku buat sekarang adalah aku nak ambil hak aku. Kau jangan sesekali sebut nama adik aku lah tak guna!". Tengking Dania. Pandangan orang di dalam restoran itu tidak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Marah, sakit hati, sedih menjadi satu.

"Kau. Kalau kau tak setuju dengan rancangan aku. Takpe. Aku tak kisah. Tapi, ingat. Nyawa family kau semua dalam genggaman aku. Aku tahu, kau tak tergamak kan nak buat macam tu dekat family kau. Eleh setakat kawan baik, boleh tikam belakang la. Ni, libatkan family kau tau Nad. Takkan kau sanggup gadaikan nyawa family kau semata-mata taknak kawan baik kau tu mampus". Seusai berkata, Dania bangun. Dia berlalu pergi selepas memberi kata putus pada Nadia. Dia tahu, Nadia akan setuju.

Nadia diam. Dia berfikir dengan kata-kata Dania. Ada betul juga. Takkan nak selamatkan kawan, sanggup gadaikan nyawa family. Tapi, aku sayang pada Hana. Tapi, family aku dalam bahaya.

Serabut Nadia berfikir. Dia merenung ke luar restoran. Suka melihat gelagat orang yang bersuka ria di taman bersama keluarga. Seperti tiada masalah yang mereka hadapi. Keluhan dilepaskan.

Kawan baik?
Family?

Atau

Biarkan dia sendiri yang berkorban untuk mereka?

Argh!

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang memandang gelagat dia dari masuk restoran tadi.

"Awak ada masalah ke Nadia?". Bisik hati dia.

***********

"Jumpa aku di Hotel Hasanah pukul 9.00 malam ni kalau kau nak tahu siapa suami kau yang sebenar"~Unknown

Mesej yang diterima sebentar tadi membuatkan dirin Hana termenung. Kalau nak tahu suami dia siapa? Maksud dia, Harris ke? Tapi, kenapa? Harris ada simpan rahsia ke selama ni yang aku tak tahu?

Tapi, nak percaya ke? Dah lah nombor aku tak kenal. Macam mana kalau itu satu perangkap? Tapi, hati aku macam nak tahu apa yang bakal dikatakan oleh si penghantar mesej.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now