chapter 4✔️

965 26 1
                                    

"Stella..stella..mari makan". Haris memanggil kucing peliharaannya semasa keluar dari dapur.

"Eh mana Stella ni. Selalunya masa ni dia dah tergesel kat kaki aku minta makanan".

Penat berfikir, Haris membuat keputusan untuk menjenguk sangkar Stella yang terletak di sudut ruang tamu. Mungkin Stella masih tidur lagi memandangkan semalam dia menemani Haris menonton perlawanan bola sepak antara Fillipina dan Malaysia.

*(Sis letak je nama pasukan tu. Entah ada tak perlawanan antara dua negara ni🙂)

Haris menundukkan sedikit badannya untuk menyamai kedudukan badan dengan sangkar itu. Ketinggian sangkar itu lebih kurang dengan ketinggian dada Haris . Jadi perlu membongkok sedikit untuk melihat keberadaan Stella. Selalunya masa ni kalau tak datang bergesel di kakinya, mesti dia tengah menyusukan anak-anaknya, yakni Star, Moon, dan Twinkle. Stella mempunyai lima ekor anak tapi dua ekor tidak sempat hidup lama kerana terjatuh dari tempat tinggi semasa Stella mendukung mereka untuk membawa ke bahagian atas sangkar. Dan Haris sempat untuk menamakan dua ekor anak kucing yang telah tiada itu dengan gelaran Grey dan White.

Grey sebab bulunya berwarna kelabu. Manakala White pula kerana bulunya berwarna putih.

Easy peasy..

Nama kucing lain tu sebab idea Haris ni tiba-tiba bernas nak namakan yang glamour-glamour sikit. Sebab tu keluar nama macam tuu.

"Haa sini pun Stella. Letih papa cari Stella tadi. Merata tempat papa cari tau. Rupa-rupanya Stella termenung kat sini yer". Sempat Haris membebel kepada Stella seolah-olah dia memahami tiap bebelan Haris. Haris mengeluarkan tin makanan lalu diletakkan kedalam mangkuk Stella. Selepas itu, dia simpan kembali tin makanan itu ditepi sangkar.

"Stella. Jom makan. Nanti Stella nak bagi susu pula kat anak-anak Stella".

Tapi, tiada tindak balas yang ditunjukkan oleh Stella. Aikk pelik. Selalunya bila dengar sahaja Haris anggil nama dia, mesti dia akan menjawab dengan aktif. Tetapi harini dia hanya menjeling sedikit mata dia kearah Haris dan kemudian menutup matanya kembali. Dah lah jeling tu macam nak makan orang. Heh.

"Stella. Jom makan. Papa dah bawa makanan favourite Stella ni tau. Jom lah makan Stella. Penat papa tau kehulur kehilir bawa tin makanan Stella nak cari Stella suruh makan". Pujuk Haris seakan tahu bahawa stellah faham akan bebelannya.

Haris mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk Stella tapi tiada tanda-tanda yang Stella akan bangun dari pembaringan. Malah buka mata pun tak.

Tiba-tiba, timbul rasa kurang enak di hati Haris melihat keadaan Stella begini. Jadi tanpa membuang masa Haris cepat-cepat mengambil Stella untuk dibawa ke klinik veterinar berdekatan.


*********


HANA VETERINAR'S HOUSE

Nasib baik dekat area ni ada klinik veterinar. Haris mengambil masa selama 15 minit untuk sampai. Tidak terlalu jauh dari kawasan perumahan hariss di Taman Cemerlang.

Haris meletak kenderaan di parking yang tidak terlalu jauh dari klinik itu. Siap mengunci pintu, Haris bergerak ke klinik itu sambil mendukung Stella yang nampak begitu lemah didalam dukungannya.

Masuk sahaja di dalam klinik itu, Haris terbau wangian yang enak. Teringat Haris pada seseorang. Dia juga pernah memakai wangian ini dahulu. Rindunya Haris pada si dia.

"Yer encik. Selamat datang ke klinik kami".

Terhenti lamunan haris pada beberapa tahun lepas akibat panggilan daripada pekerja di kaunter itu. Haris bergerak perlahan kearah kaunter itu. Dilihat seorang wanita bertudung bawal sedang memerhatinya sambil tersenyum. Sempat matanya menjeling sedikit kearah Stella yang tertidur lemah didalam dukungan Haris.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now