chapter 68✔️

629 13 2
                                    

"Assalamualaikum"

Selepas beberapa kali memberi salam, pintu dikuak perlahan oleh tuan rumah.

Melihat gerangan diluar membuatkan mata Tengku Zanariah membulat. Segera selipar disarungkan dikaki lalu langkahnya dilajukan kearah manusia yang setia berdiri tidak jauh daripada halaman rumah.

"Maria!".

Tengku Maria tersenyum. Dia dengan cepat memeluk badan sahabatnya yang sudah lama tidak bertemu.

"Ya Allah. Dah lama aku tak jumpa kau Maria. Kemana kau hilang ha? Kau tahu tak aku rindu sangat - sangat dekat kau". Ujar Tengku Zanariah lirih. Pelukan dieratkan. Air mata tidak usah ditanya. Mengalir tanpa dipinta.

Tipikal perempuan.

Tengku Maria hanya tersenyum.

"Aku tak kemana Zana. Aku ada je. Cuma beberapa tahun ni aku tak berapa sihat. Ni dah boleh berjalan, aku ajak si Dania teman aku jumpa kau. Aku pun rindu sangat kau, Zana". Ujar Tengku Maria kembali. Tengku Maria setia mengusap belakang badan Tengku Zanariah perlahan.

Beberapa minit berpelukan, akhirnya terlerai. Tengku Zanariah mengelap perlahan wajahnya yang sudah dibasahi oleh air mata.

"Kau ni buat aku risau tau. Kau tahu tak betapa gelisah nya aku bila takde berita pasal kau. Haih". Sempat Tengku Mariaa mendengar keluhan kecil yang keluar daripada mulut Tengku Zanariah.

"Eh berbual dekat sini pulak. Jom lah masuk. Langkah kanan betul kau ye hari ini. Ni hah aku sekeluarga ada buat jamuan keluarga sikit. Saudara terdekat je yang datang. Jemput lah masuk". Mata Tengku Zanariah melilau seakan mencari sesuatu. "Mana si Dania?".

Tengku Maria berpaling. Dia melihat Dania yang hanya menekur lantai. Dicuit bahu Dania perlahan ingin mengembalikan Dania.

"Anak mummy kenapa? Jom lah masuk".

Tengku Zanariah angguk.

"Haah Dania. Jom lah masuk. Itu Haris dengan Hana pun ada sekali. Jumpa lah diorang sekejap. Nanti sama-sama busy tak bertegur pula ".

Dania tersenyum sedikit lalu menggangguk. Rumah mewah itu dimasuk dengan bacaan bismillah.

Suasana rumah itu telah dipenuhi dengan pelbagai hiasan. Ada belon yang tergantung elok disetiap penjuru rumah.

"Kita ada tetamu ni." laung Tengku Zanariah. Seketika ruang tamu dipenuhi dengan setiap ahli keluarga.

Dania gelisah. Pandangannya hanya tertumpu pada Hana yang sedikit terkejut itu. Dia tahu kedatangannya tidak diundang tetapi apakan daya, mummy dia yang nak sangat datang sini.

"Eh aunty Maria". Sapa Tisya ramah. Disalami tangan Tengku Maria dengan sopan. Diikuti anggukan sahaja oleh Hafiz.

"Ni suami Tisya. Kenalkan Hafiz. Hafiz, ni aunty Maria.". Hafiz angguk lalu tersenyum.

Tengku Maria berpaling ke belakang. Jari telunjuknya dihalakan ke belakang. Tepat kearah anak peempuannya yang sedari tadi hanya diam menunduk.

"Ni anak aunty. Namanya Dania. Kenalkan". Ujar Tengku Maria berserta senyuman. Sekali lagi Hafiz hanya mengangguk. Dania angkat muka apabila sedari bahawa namanya diseru oleh mummy. Dania tersenyum kearah Tisya lalu Tisya dihampiri berserta senyuman dibibir.

"Kak Tisya..". Tangannya dihulurkan kearah Tisya lalu menyalam sopan tangan milik Tisya. Tisya hanya senyum tipis.

"Hai Dania. Lama tak dengar pasal Dania ye. Rindu pula akak dekat adik akak seorang ni haa..". Ujar Tisya ikhlas. Memang benar bahwa dia rindukan dania kerana dia sudah anggap Dania seperti adiknya sendiri walapun Dania banyak membuat kesilapan terhadap keluarganya.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now