chapter 3✔️

1K 29 0
                                    

"Eh Nad. Aku nak suruh kau handle salah satu cafe aku boleh tak?". Soal Hana semasa mereka sedang menjamu selera di cafe Hana.

"Aik kenapa pula? Aku ni tak reti lah. Kau suruh lah orang yang kau percaya selain aku eh". Ujar Nadia sambil mencebikkan bibir.

"Siapa lagi yang boleh aku percaya selain kau Nad. Kau sorang je. Lagipun aku tak boleh lah nak handle sorang-sorang semua ni. Aku nak stay kat klinik lagi kalau ada apa-apa kat sana. Boleh eh? Tolong la aku Nad". Pujuk Hana. Kedua tangannya disatukan dihadapan muka Nadia, meminta simpati.

"Hmm yer lah . Demi kau, aku sanggup walaupun aku ni tak reti. Kau jangan marah aku eh kalau tiba-tiba cafe kau tu terbalik ke apa".

Sempat Hana ketawa kecil mendengar jawapan Nadia.

Lega sedikit hati Hana selepas Nad sudah setuju untuk tolongnya handle cafe itu. Lagipun mana sempat dia nak handle semua. Banyak tuu.


*********


"Doktor. Ada orang nak jumpa doktor untuk rawatan kucing".

"Baiklah. Suruh dia masuk ke bilik rawatan". Suruh Hana pada Nurain sebelum dia bersiap-siap untuk pergi ke bilik rawatan.

Act, bilik rawatan yang di maksudkan tu adalah bilik untuk Hana cek tentang kesihatan haiwan-haiwan yang akan dirawat. Jadi bilik tu penuh dengan keperluan seperti ubat, mesin dan pelbagai lagi. Terdapat juga meja untuk meletakkan haiwan untuk merawat kesihatan mereka.

 Terdapat juga meja untuk meletakkan haiwan untuk merawat kesihatan mereka

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Haa cam dalam gambar tu. So lebih kurang camtu lah bilik rawatan tu.




**********




Bunyi ketukan di pintu bilik itu mengejutkan Hana yang sedang menyediakan alatan.

"Masuk"

Hana tidak mengangkat kepalanya memandangkan dia sedang tekun membaca report card di rak.

"Hm doktor. Saya nak doktor cek keadaan kucing saya. Dia dah 4 hari takda selera nak makan walaupun saya dah bagi makan favourite dia doktor. Macam mana yer". Nampak ada sedikit getaran pada suara pemuda itu selepas menuturkan kata-kata itu.

Ye Hana faham perasaan itu. Perasaan sebak seorang insan yang menjadikan kucing sebagai teman hidup mereka telah mengalami penyakit dan masalah. Walaupun haiwan, tetapi bagi Hana mereka tetap macam keluarga sendiri kerana memahami perasaan manusia. Tidak seperti manusia yang tidak faham perasaan manusia sendiri. Dia bukan nak mention siapa-siapa cuma nak luahkan je.

"Jap. Letakkan kucing awak tu atas meja". Arah Hana pada pemuda itu.

Semasa Hana berpaling kearah pemuda itu, dunianya seakan-akan berputar. Setitis air mata Hana mengalir tanpa dia sedari. Wajah Hana tanpa sengaja membahang kepanasan dan kemerahan. Ye dia sedang menahan marah. Peristiwa 7 tahun lepas kembali berputar di minda Hana . Dia tidak boleh melupakan perkara itu. Peristiwa yang memusnahkan hidup dia sekaligus menghancurkan kepercayaan abah dan umi kepada Hana.




***********



"Okay dah selesai".
Tutur Hana pada pemuda itu.

"Terima kasih doktor".Ujar dia sambil menunjukkan senyuman manis.

"Pastikan awak bagi ubat yang telah saya senaraikan tadi pada kucing awak. Kalu boleh pantau sedikit kucing awak sebab dia pun sekarang tengah kurang tenaga. Dan pastikan kucing awak selalu aktif yer". Sempat Hana titipkan nasihat pada pemuda itu sebelum berura-ura untuk keluar dari bilik rawatan itu.

"Baiklah doktor".

Sebelum keluar, Hana sempat berpaling kearahnya.

"Rrm awak taknak keluar ke?". Soal Hana pada pemuda itu selepas melihat dia yang masih menunduk bisu di kerusi di hadapan meja kerja dia.

"Erm doktor. Boleh saya nak bercakap sedikit dengan doktor?". Soalnya penuh pengharapan selepas Hana melihat terdapat sedikit nada keseriusan.

"Kenapa yer? Saya banyak kerja ni. Lagipun selepas ini saya ada appointment dengan patient lain pula". Nada yang Hana gunakan sedikit tegas kerana Hana kalau boleh nak elakkan diri pada dia.

"Sekejap je doktor". Pujuk lagi pemuda itu.

"Five minutes. Outside". Ringkas dan padat.

Bukan main gembira lelaki itu selepas Hana memberi kata akhir padanya.

"Kalau begitu saya pergi ambil sekejap ubat kat kaunter. Nanti doktor tunggu saya kat luar okay".

"Hmm..."

Hana sekadar mengganguk lalu berjalan keluar dari bilik rawatan. Tidak ingin berlama-lama disitu. Pandang muka lelaki itu buat menyemak je.


*******


"Harris Iskandar".

"Ubat ni encik bagi pada kucing 2 kali sehari selepas makan. Krim ni pula sapu pada luka bila-bila masa takpe. Dan ubat ni untuk bagi kucing encik tenaga sedikit jari bagi kucing encik makan seeloknya pada waktu pagi sebelum ambil sarapan".Pesan Nurain pada Harris.

"Okay. Thank you,nurse"..

"Most welcome, Encik Haris".

Seusai itu, dia terus keluar mencari Hana.

"Hm doktor Hana". Panggil dia pada Hana. Kebetulan pada waktu itu, Hana sedang leka dengan telefon ditangannya.

Hana berpaling muka padanya dan mengangkat kening menandakan apa.

"Erm saya....saya".

Hana menantikan ayat yang ingin dia sambungkan itu. Nampak wajah dia begitu gelisah. Susah sangat ke nak cakap tu? Ke muka dia garang sampai dia takut nak cakap?

HAHAHAHHAHA.

"Erm saya dah lama cari awak Hana". Ringkas ayat tapi berjaya membuatkan degupan jantung Hana terhenti seketika.

Hana melihat wajahnya untuk mencari kejujuran. Nampaknya dia tidak menipu.

Tapi kenapa?




•When you love someone, you just do

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

When you love someone, you just do. There are no but's , no maybe's , no why's•

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin