chapter 21

588 20 1
                                    

Hari ini merupakan hari dimana semua pelajar form 5 menduduki peperiksaan percubaan spm. Trial pun dah berdebar lain macam, kalau spm sebenar nanti macam mana lah ye.

Dan hari ini merupakan genap sebulan dari peristiwa yang berlaku dimana aku dipukul teruk oleh umi dalam hidup aku. Dulu masa aku tak sengaja pecahkan barang Umi, aku hanya dimarah teruk sahaja. Tapi kali ini package dengan pukulan sekali. Masih terasa lagi perit sakit di badan aku. Setiap kali aku membuat pergerakan kuat, setiap kali itu lah aku merasa sakit di bahagian belakang aku. Buat masa sekarang, aku masih lagi berulang-alik dari hospital yang pernah aku stay 2 malam untuk medical check-up. Dan aku masih lagi bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Ni aku malas ni. Ubat ubat ubat. Bagilah aku kfc ke pizza ke boleh hari-hari aku telan. Ni ubat. Sekali sehari pun belum tentu aku telan tau.

Hari ini merupakan hari pertama aku sekolah selepas aku digantung sekolah selama 2 minggu. Sampai sebulan kenapa? Alah aku masuk hospital kan. So boleh balik tu doktor bagi aku cuti sampai aku betul-betul sihat baru aku boleh kembali ke sekolah semula. Gitu.

Dan sewaktu aku kembali ke sekolah, aku juga tidak dihiraukan oleh kawan-kawan sekelas aku kecuali Nadia yang masih lagi setia dengan aku memberi sokongan. Pernah terfikir di benak fikiran aku. Tidakkah Nadia berasa muak untuk terus bersahabat dengan aku. Pastinya hidup dia selalu dihujani dengan pelbagai persoalan tentang diri aku oleh kawan-kawan lain. Pernah aku terdengar perbualan antara Nadia dengan seorang junior F3 semasa menuruni tangga blok sekolah.

'Ni akak Nadia dari kelas 5 Mawar kan?

Soal seorang pelajar junior yang dikenali Alisa pada Nadia yang enak bersandar di pemegang tangga(?)

'Iya saya. Kenapa ye?'.

Soal Nadia kembali.

Alisa itu kelihatan teragak-agak untuk meneruskan pertanyaannya setelah melihat kerutan di dahi Nadia. Tidak dapat nafikan yang Nadia ni tegas sedikit orangnya. Muka ketat je setiap masa tapi itulah orangnya peramah. Senang bergaul dengan orang tak dikenali.

'Kenapa. Saya ada kelas pula ni. Otw nak ke makmal fizik'.

Selepas ditegur dengan sedikit kuat, barulah Alisa membuka mulut bertanyakan soalan.

'Erm akak sekelas dengan akak Hana kan'.

'Iya saya. Pehal tanya pasal dia pula?'.

Soal Nadia dengan nada tegas. Riak muka dia mula berubah sedikit tegang selepas mendengar nama Hana meniti di bibir budak itu.

'Saya nak bagitau tapi kak Nad janji yang tak bagitau benda ni pada Kak Hana. Boleh?'.

Aih budak ni. Cakap jer lah.

'Hmm. Cakap je. Saya ada kelas pula ni. Saya tak janji yang saya tak bagitau pasal awak pada Hana'.

'Hmm betul ke apa yang saya dengar pasal kak Hana?'.

Kelihatan kening Nadia terangkat selepas mendengar pertanyaan daripada Alia tentang Hana.

'Pasal yang dia berpelukan dengan senior Haris dekat taman herba hari tu?'.
Sambungnya lagi.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now