chapter 32

617 20 0
                                    

'Doktor Hana ada?'.
Soal Haris.

Nurain mengangguk kepalanya lalu menyuruh Haris menunggu sebentar memandangkan Hana masih lagi mempunyai pesakit yang sedang dia rawat.

'Baiklah. Itu je kut yang saya nak bagitau'.

Haris memandang ke arah empunya suara. Kelihatan Hana sedang bercakap dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Hana ada teman lelaki ke?

'Baik. Nanti kalau ada apa-apa, saya update pada awak ye'.

'Baiklah Hana. Saya dah nak pergi ni. Nanti kalau awak free, datang lah rumah. Mama rindu awak. Dia selalu tanya pasal awak. Bila awak datang. Hana taknak jenguk dia ke. Saya pula susah hati tengok dia macam tu'.
Lelaki itu tergelak dengan jenakanya sendiri.

Hana hanya tersenyum sambil memandang ke arah Haris. Kemudian dia kelihatan terkejut dengan kedatangan Haris. Kan dah kata Hana taknak jumpa dia.

'Doktor. Erm encik Haris nak jumpa dengan doktor'.
Sampuk Nurain yang hanya diam sejak tadi bersuara menutup keadaan sunyi.

Lelaki yang berbual dengan Hana sebentar tadi mengalihkan padangan melihat Haris yang duduk bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

Kening Haris terangkat apabila dia melihat wajah lelaki tadi. Jap macam kenal. Dia bukan ke...

'Arif?'.

'Arif Taufiq?'.

Lelaki yang dikenali Arif itu mengangguk kepalanya. Kemudian dia datang kepada Haris.

'Haris Iskandar'.

Kemudian mereka bersalaman. Mereka tergelak kerana tidak mengenali antara satu sama lain.

'Weh aku tak cam kau tadi. Hahahha lain dah kau sekarang eh. Makin hensem kau eh. Patutlah kau pindah sekolah, aku dengar ura-ura yang kau jadi kegilaan budak perempaun dekat sekolah Desa Jaya'.

Haris tergelak dengan apa yang Arif katakan.

'Daripada siapa kau dengar tu? Tak payah percaya la. Diorang menipu kau tu. Dari dulu lagi kau mudah percaya orang eh'.

Giliran Arif pula yang tergelak mendengar kata kata Haris.

'aku tak tipu. Kau makin lain sekarang. Takkan takde orang sangkut kut dengan kau. Bukan main hensem sekarang. Tipu la takde perempuan minat kau'.

Haris sempat melirik ke arah aku. Aku hanya diam membisu. Tidak mahu masuk campur. Mungkin itu pertemuan antara anak tengku mungkin.

'Eh kau buat apa kat sini?'.
Soal Arif yang sedari tadi diam melihat gelagat antara Hana dengan Haris. Macam ada sesuatu antara diorang berdua ni.

'Aa aku datang nak tanya pasal Stella. Kucing aku. Sebab haritu dia sakit. So aku bawa dia treat sini la. Kebetulan klinik ni je yang dekat masa itu'.

Arif mengangguk kepalanya beberapa kali mendengar penjelasannya daripada Haris. Tidak syak apa apa.

'Kau pula buat apa?'.

'Aku datang melawat Hana. Sebab dia junior aku dulu masa dekat UMK. Dia ambil bidang veterinar. Aku pun ambil bidang veterinar tapi aku senior sikit pada dia. So yeah aku saja datang jenguk klinik dia. Okey tak. Kalau tak aku volunteer datang tolong tengok apa tak kena dekat sini'.

Haris hanya mendiam diri. Taknak bagi reaction. Tapi kalau senyap tak ke Arif fikir pelik pelik nanti. Lantak la.

Aku yang sedari tadi diam mula bersuara.

'Ouh Arif. Pasal reunion tu, nanti saya update semula tau. Sebab tak tahu lagi ramai ke yang nak datang. Takut masa tu diorang tak free ke kan. So awak jangan book lagi tau mana mana hotel dekat pulau perhentian tu'.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now