chapter 11

574 19 0
                                    

Peristiwa pergaduhan yang berlaku di hadapan kelas tingkatan 5 telah berlalu selama sebulan. Dan selama itu lah, kata-kata Intan sedikit sebanyak telah termakan oleh Hanif. Dia kembali curiga terhadap sikap Hana yang sedikit berubah.

Sebulan berlalu juga akan menjadi hari yang peling mendebarkan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5. Mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Penentu masa depan mereka ke arah mana.

'Eh Hana. Kelas apa selepas sejarah ni?'. Soal Nadia yang sedang mengunyah Cloud9.

'Erm BM'.

'Okayy'.

Bunyi ketukan di meja mereka membuatkan mereka berpaling kearah bunyi itu. Kelihatan Haris sedang berdiri sambil berpeluk tubuh memandang kearah mereka berdua.

'Kenapa'. Soal aku.

'Nak ajak Hana study petang ni. Dekat taman herba nanti. Nak join tak?'. Bersungguh-sungguh Haris mengajak Hana study sekali. Ada agenda tersembunyi ke ni.

'Erm. Kalau saya seorang dengan awak taknak lah. Kalau Nadia ada sekali saya okay je'. Jawab aku sambil kembali fokus terhadap tugasan matematik yang diberikan oleh guru sebentar tadi. Rajin bukan.

'Okay lah. Nanti jumpa kat sana eh'.

Selepas itu, dia berlalu pergi menuju ke tempatnya. Dia mengambil buku latihan dari bawah mejanya. Setiap perlakuan itu diperhatikan oleh Nadia dengan khusyuk.

'Ermmmmm'. Gumam Nadia perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh aku walaupun masih fokus pada tugasan.

Kenapa Nadia tak buat kerja? Sebab dia malas. Dia cakap kat rumah boleh siapkan nanti. So lantak engkau lah Nadia. Tak siap nanti jangan nak gedik tiru aku. Sepak kang.

'Kau dah kenapa?. Serius je aku tengok. Mata tak berkelip pandang Haris tu kenapa. Angau?'. Tebak aku.

'Takdelah. Dia hensem sangat. Cair aku tengok dia. Hahah'.

Aku menjeling sekilas memandangnya. Ada yang kena sepak betul-betul kang nanti.

'Gila'.

Kata-kata aku membuatkan dia berpaling memandang aku. Dia membulatkan mata memandang aku kemudian berpeluk tubuh.

'Aku gila kau sengal'.

'Lantak kau lah'.

Dia terus berpaling membelakangi aku. Buat-buat sibuk dengan tugas. Padahal merajuk. Macam lah aku tak kenal kau Nad.

Aku membiarkan dia sahaja. Nanti lama-lama dia okey lah tu. Sekejap je tu. Minah kepoh ni takkan nak duk diam je lama-lama. Nanti mulut dia gatal nak bergosip muka aku juga lah yang dia cari. Tengok lah sendiri.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

'Weh'.

Kan dah kata. Tak caya aku. Mampus hang lah.

'Apadia'.

'Kau tak rasa pelik ke yang Haris tu tiba-tiba je ajak kau study sekali. Selalunya dia ajak geng dia kan. Tapi harini pelik, asal dia ajak kau eh. Dia pun pandai dah. Curious naw aku'.

Nadia meletakkan jari di dagunya sambil mengetuk-ngetuk seperti memikirkan sesuatu. Aku hanya memandang dia bersahaja.

Aku menyambung semula tugas aku yang tertunda sebentar tadi akibat gangguan daripada Haris.

Dalam masa yang sama, aku memikirkan kata-kata Nadia. Betul ke Haris ada benda yang tak elok nak buat dekat aku?

*********

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now