chapter 39

527 15 0
                                    

"Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam. Kejap".

Saat pintu dibuka dari dalam, kelihatan seorang wanita separuh abad menjelmakan diri. Mukanya berkerut setelah memandang gerangan yang hadir. Wajahnya seakan menantikan air mata untuk keluar.

"Allah".

"Hana. Hana kan?'.

Aku mengangguk kepala. Aku sebenarnya menahan daripada mengalirkan air mata saat melihat wajah yang sangat lama aku tidak tatap. Rindu tak payah cakap. Sangat rindu. Tapi macam aku bagitau sebelum ni, rindu tapi masih ada rasa marah.

"Hana. Umi rindu Hana. Ya Allah anak aku. Terima kasih ya Allah dengar doa aku selama ni".

Dapat aku lihat Umi mengelap air mata yang laju mengalir dengan lengan baju kurungnya. Seusai itu dia memandang aku dengan pandangan sayu. Lalu dia tersenyum. Dan aku tahu senyuman Umi seperti tiada semangat.

"Meh la masuk. Apa tercegat dekat luar ye. Apa lah Umi ni tak ajak kamu berdua masuk".

Aku mengangguk lalu berpaling ke arah Nadia. Dia pun sudah memandang aku dengan muka yang berkerut

"Apa?"

"Kau nak masuk ke?"

Aku hanya angguk. Dah takkan lah taknak masuk. Orang dah ajak kan? Lagipun aku berniat untuk jenguk abah sekejap sebelum pulang ke rumah aku semula.

"Ouhh. Okay jom".

Aku dengan Nadia menuju ke pintu utama. Daun pintu yang tertutup sedikit itu ditolak perlahan. Bunyi geseran yang dihasilkan oleh pintu itu menarik perhatian seseorang yang berada di bilik mungkin bertanya.

"Siapa tu Rita?"

Aku dapat mengecam suara itu. Sesiapa lagi suara seperti lelaki jika bukan abah. Allah. Rasa rindu yang teramat menyerbu tangkai hati aku.

Aku tersedar daripada lamunan apabila Nadia menepuk perlahan bahu aku. Aku memandang dia.

"Hana. Jom lah kalau nak jumpa abah kau. Lagipun kita takleh lama lama sangat ni. Esok aku ada interview dekat syarikat pulak pukul 8. Kau pun kerja kan".

Aku mengangguk. Kami berdua berjalan menuju ke bilik abah. Seketika aku melihat abah berbaring di atas katil sambil dia menghadap ke atas syiling. Seakan berfikir. Tanpa sedar, air mata aku mengalir. Allah rindu sangat dengan wajah itu.

"Abah".

Abah berpaling melihat aku. Mukanya nampak begitu terkejut dengan kehadiran aku. Tidak sewenang wenang aku berlari ke arah abah dan memeluk abah dengan erat.

"Ya Allah adik. Anak abah".

Aku tidak dapat mengeluarkan kata kata kerana terlalu kuat menangis.

"Adik. Abah rindu adik. Rindu sangat sangat. Abah selalu bagitau pada kakak adik untuk cari adik. Tapi dah bertahun kami cari, tak jumpa. Abah menyesal nak. Sebab tak percayakan kamu. Abah menyesal".

Seketika keadaan menjadi sunyi. Hanya tangisan aku dan abah sahaja kedengaran. Kemudian aku meleraikan pelukan. Air mata aku kesat dengan tapak tangan. Aku memandang wajah abah. Wajahnya sudah nampak sedikit berkerut.

Aku mencapai tangan abah lalu menggelengkan kepala. Aku memberi senyuman nipis kepada abah.

"Abah tak salah. Adik yang salah. Disebabkan adik, keluarga kita dicemuh orang kampung. Betul apa yang abah dengan Umi buat, halau adik. Dengan cara ini, mungkin nama baik keluarga kita bersih. Kan abah? Adik tak pernah salahkan siapa pun dalam hal ni. Dan bersaksikan Nadia, adik nak minta maaf dengan abah sebab selama ni adik tinggalkan abah, tinggalkan keluarga ni sampaikan boleh jadi macam ni. Adik minta maaf ye abah. Abah maafkan? Adik taknak jadi anak derhaka".

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now