chapter 14

583 21 1
                                    

Aku bergegas bersiap untuk pergi ke sekolah. Terlewat dah ni. Selalunya umi yang kejutkan aku tapi mungkin mulai sekarang hingga bila pun aku tidak pasti, Umi tidak lagi kejutkan aku untuk bangun tidur.

'Nasib baju dah gosok'. Gumam aku sendiri.

Keluar dari bilik, aku menuju ke dapur. Kelihatan Intan dan Kak Farah sedang bersarapan. Nasi lemak. Fav aku tu.

Aku menarik kerusi untuk duduk. Tapi tak sampai lagi punggung aku untuk letak atas kerusi tiba-tiba terdengar satu suara menegur aku.

'Kau nak buat apa tu. Nak makan?'. Soal umi dengan angkuh.

Aku berpaling mencari wajah umi. Umi yang sedang menuruni tangga itu hanya menunjukkan wajah selmaba tanpa sedikit pun berpaling kepada aku.

'Ye Umi. Hana nak makan. Dah lewat ni nak ke sekolah'. Jawab aku perlahan.

'Tu nasi aku masak. Laut aku buat. Ada hati nak makan. Kalau rasa nak makan benda haram sila lah. Aku tak halang'. Jawab Umi sambil menarik kerusi di hadapan ku.

Aku terkejut dengan kata-kata umi yang dilontarkan kepada aku. Allahuakbar. Berat sangat ke kesalahan aku buat. Aku diperangkap ya Allah. Tapi kenapa orang lain layan aku macam aku sendiri yang buat benda tu.

Bergetar satu tubuh aku mendengarnya. Aku tidak sangka yang umi sampai hati berkata sebegitu. Sungguh hati aku hancur.

'Tercegat apa lagi dekat situ. Ambik lah nasi ni. Tu pun kalau kau berani lah nak makan benda yang aku haramkan'. Sambung Umi lagi.

Sekarang aku tidak dapat berdalih lagi. Setitik air mata jatuh ke pipi aku. Aku kesat cepat-cepat supaya orang lain tidak melihatnya. Hancur hati ini selepas mendengar kata-kata itu yang keluar dari ibu kandung sendiri.

'Takpelah umi. Hana makan dekat kantin je lah. Kesian Umi nak jual nanti tak cukup untung. Lagipun Hana dah kenyang. Hana pergi dulu ye. Assalamualaikum'.

Tidak jadi aku mahu menyantap nasi lemak tadi selepas kata-kata yang dilontarkan oleh umi pada aku. Dah kalau itu kata Umi, aku redha. Nanti kalau dimakan tak pasal Umi tak redha. Naya pak karim.

Sebelum pergi, aku berlalu menuju ke sebelah umi. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Memang aku tahu yang umi takkan sambut malah Umi akan menepis tangan aku dengan kuat. Perit tangan aku selepas umi menepis kuat tadi. Aku hanya tersenyum pada Umi. Manakala bersalam dengan Kak Farah yang sedari tadi hanya melihat telatah aku dengan Umi.

'Pergi dulu kak'.

'Yer lah. Hati-hati jalan. Nanti balik akak pergi ambik ye'.

Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat akak. Tidak mahu berlama-lama di sini. Menyakitkan hati plus Umi memang dah taknak tengok muka aku lagi'. Sayu hati aku.

'Eh buat apa nak pergi ambik budak tu. Selama ni boleh je dia jalan kaki balik. Tiba-tiba harini naik lemak pula dia nak suruh orang pergi ambil. Mentang-mentanglah kakak sulung dia baik dengan dia. Pijak kepala orang pula'. Sambung Intan menaikkan lagi kemarahan aku pada dia yang sudah sedia ada sebelum ini.

Aku hanya memekakkan telinga. Malas layan. Nanti aku juga kena marah. Sekarang hanya kak Farah sahaja yang ambil berat pasal aku. Orang lain tidak lagi melayan aku. Aku harap kak Farah tinggal lama lagi dekat sini.

'Eh kau ni. Makan cepat. Kau pun sekolah lagi. Bising je pagi-pagi ni'. Kak Farah memarahi adiknya Intan kerana sibuk dengan urusan lain padahal diri sendiri pun macam tu juga.

Suruh pergi ambil lah sebab panas. Sebab hujan lah. Nanti basah lah. Macam-macam alasan.

*********

Bukan di rumah sahaja aku dimaki, di sekolah juga sama. Aku tidak tahu sampai bila perkara ni akan terjadi. Sungguh aku letih. Aku selalu mengharapkan akan terjadi keajaiban suatu hari nanti yang orang menganiayai aku datang memberitahu perkara sebenar bahawa aku diperangkap olehnya. Tapi aku tahu yang itu takkan terjadi.

Dan setiap kali aku berfikir, setiap kali itulah muncul wajah Intan. Bagaikan memberi petunjuk siapa sebenarnya dalang disebalik semua ini. Tapi setiap kali itu terjadi, aku beristighfar panjang. Tidak mahu membuat kesimpulan secepat mungkin. Nanti makan diri juga. Aku harap yang semua ini hanyalah mimpi. Ye hanya sebuah mimpi apa yang telah terjadi sekarang.

'Oit jauh termenung'. Sergah satu suara.

Aku terkejut dengan sergahan itu yang secara tiba-tiba. Aku melihat dibelakang aku. Nadia sedang menjilat aiskrim corneto tanpa menghiraukan aku yang sedang merenung dia.

'Nah. Untuk kau. Aku beli tadi. Nasib ada. Tadi ada dua je last kat koop. Aiskrim favourite kau'.

Nadia menghulurkan ais krim corneto pada aku sambil tersenyum. Senyuman manis. Aku menyambut huluran itu dengan senyuman.

'Terima kasih. Susahkan kau je. Aku cakap taknak apa-apa kan tadi. Kau beli je untuk kau sorang'. Ujar aku sambil membuka balutan ais krim.

'Eleh kau. Cakap taknak. Nanti aku beli untuk aku sorang kau mulalah meleleh air liur tengok aku punya ais krim. Aku taknak share dengan kau. So lebih baik aku belikan juga untuk kau. Tak payah share-share ni'. Jawab Nadia.

'Iya lah Nad. Tq tau. Susahkan kau pula'.

Buat kesekian kali aku menuturkan ucapan 'susahkan kau' padanya. Ye aku memang taknak menyusahkan dia sekarang. Dia telah banyak sengsara disebabkan aku. Tengok lah sekarang. Macam mana orang lain layan dia sebab aku. Buat aku jadi sedih bila fikirkan.

'Ish kau ni. Tak susahkan pun. Malah aku lagi suka tau. Tengok kau boleh makan ais krim favourite kau tu'.

Dan kali ini dia senyum dengan senyuman paling manis untuk aku.

Nadia. Seorang sahabat baik aku. Tidak pernah aku rasa jemu dengan dia. Dia lah sahabat lawak aku, sahabat yang buat aku sedih dan dia juga sahabat yang boleh buat aku gembira semula. Semua lah dia. Tidak dapat aku ganti dia dengan orang lain. Dia lah satu-satunya sahabat aku yang aku ada. Aku janji aku takkan sesekali meninggalkan kau sendirian. Walaupun aku perlu berkorban diri aku tapi asalkan kau bahagia dengan kehidupan kau. Itu sudah cukup untuk aku balas semua jasa kau pada aku selama kami berkawan. Friend till jannah.

Dan untuk kesekian kali, aku melihat dia yang sedang khusyuk menjilat ais krimnya. Aku senyum. Senyum kerana tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan di dunia yang tampak begitu berat untuk memihak pada aku.
















Vote dan comment.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now