chapter 23

496 21 0
                                    

Sepanjang berada di Penang, kami berkunjung ke Bukit Bendera. Dan tidak ketinggalan untuk membeli jeruk Pak Ali. Benda penting kalau pergi Penang ni tau. Dan tidak lupa juga untuk try nasi kandar. Not bad but nice.

Petang itu, kami sudah ingin bertolak pulang. Minggu hadapan kami pelajar form 5 akan menduduki peperiksaan percubaan spm. So lawatan ini juga merupakan program untuk menenangkan fikiran kami sebelum exam. Walaupun trial je dulu tapi cikgu kami menyuruh kami anggap ini merupakan exam spm kerana ia juga penting. Trial ni dianggap markah spm yang sebenar juga jika sesuatu terjadi pada kertas spm nanti. Sebagai langkah berjaga-jaga kiranya.

Perjalanan pulang ke sekolah semula mengambil masa kira-kira 8 jam kerana sebelum pulang, kami berhenti di padang kota menikmati makanan yang terkenal juga di Penang. Pasembor. Jadi kami mengambil peluang ini untuk menikmati makanan ni. Nice.

********

Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Segala persiapan telah aku lakukan. Balik dari lawatan itu,aku rasa minda aku menjadi segar(?). Balik dari sekolah, aku akan mengurus diri aku dahulu. Lebih kurang pukul 5 petang, baru aku mula mengulang kaji pelajaran. Aku akan membuat latih tubi dengan soalan past year spm. Dengan itu, aku dapat mengingati segala formula yang telah diajarkan oleh guru aku. Pukul 6.30 , aku akan berhenti sekejap dari belajar. Aku akan berehat di pondok kebun abah sambil menemani abah yang sibuk menanam sayuran. Aku juga turut membawa nota kecil sebagai persediaan.

Kadang-kadang, Nadia juga akan datang di kebun abah untuk mengulang kaji bersama aku. Dia juga akan membawa buku latihan bersamanya. Tetapi hari ini dia tidak dapat datang kerana ada masalah. Biar lah.

'Anak abah buat apa tu?'.

Soal abah tiba-tiba di tepi aku. Aku terkejut seraya berpaling kearah abah.

'Aih abah ni. Terkejut adik tau. Tiba-tiba sergah adik macam tu'.

Geram aku dengan abah ni tau. Suka sergah aku macam tu je. Bukan nak tepuk aku dulu ke, bagi salam dulu ke.

'Eh abah pula salah. Dia yang termenung tak ingat dunia salahkan orang kalau dia terkejut'.

Aku hanya melihat abah. Abah sedang mengelap peluh yang masih setia di wajahnya. Nampak sedikit keletihan terpampar di wajah abah. Abah sudah tua tapi masih lagi kuat mencari rezeki walhal akak sudah ada untuk menampung makan kami semua. Tapi aku tahu yang abah tak suka meminta. Sebab tu aku jarang nampak abah meminta duit ke dari akak melainkan kalau terdesak. Abah bagitau yang dia taknak menyusahkan akak. Lagipun akak sendiri ada kehidupan dia juga. Nak tanggung makan minum dia. Nak tanggung banyak lagi.

'Dah kenapa tengok abah macam nak telan abah je?'.

Aku sekali lagi terkejut.

'Hihi takde lah. Saja je tengok abah. Kesian abah penat. Nanti adik lah pula ganti tempat abah. Setiap petang adik datang sini jenguk tanaman abah. Abah duduk rumah je. Boleh?'.

'Tak payah susah-susah lah adik. Abah kuat lagi. Penat sikit je. Adik tu belajar. Esok trial. Lagi 2 bulan nak spm. Belajar rajin-rajin. Nanti dapat gaji kongsi lah dengan abah. Nak juga merasa gaji anak sendiri. Ye dok?'.

Aku tersenyum mendengar apa yang abah katakan. Memang benar. Kalau nak berkat dalam kehidupan. Bila dapat gaji pertama tu, kongsi dahulu dengan ibu bapa terutamanya. Belanja makan ke. Belanja apa-apa lah. Itu salah satu cara nak dapat keberkatan dalam setiap perbuatan kita. Jangan pernah ada perasaan kedekut dalam diri untuk mengeluarkan want pada ibu bapa. Ingat. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

'Hehe boleh abah. Abah cakap je nak apa. Semua adik bagi. Nak kfc terus sampai. Nak coklat petik jari. Nak apa lagi?'.

'Nak menantu la bila adik besar. Hahahhahah'.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now