chapter 19

570 19 0
                                    

'Dah siap packing adik?'.

Soal aku pada adik yang sedang elok bersandar di dinding wad sambil memandang kearah luar.

Adik sedikit terkejut dengan pertanyaan aku seraya berpaling.

'Terkejut adik akak ni. Hehe. Dah siap dah. Jom akak. Adik lapar lah. Akak belanja pizza boleh tak?'

Aku memandang dia dengan muka terkejut. Saja je nak tunjuk. Nak main je. Hahahh.

'Kalau tak boleh takde apa lah akak. Mesti akak penat kan jaga adik semalaman. Jom balik rumah terus'.

Ajak adik setelah aku tidak memberikan respon pada soalannya sebentar tadi. Dalam hati bukan main gelak lagi sebab dapat mengenakan adiknya seorang. Tapi disudut hati aku sedikit terusik dengan raut wajahnya. Nampak yang mukanya sedikit terkilan kerana tidak dapat makan pizza. Sudah lama dia mahu makan tapi ye lah sekarang umi dah tidak bagi wanh saku padanya malah menyuruh adik mencari sendiri wang perbelanjaan untuknya jika dia mahu membeli sesuatu.

Mana aku tahu? Sebab abah cerita. Abah pernah senyap-senyap selitkan sedikit wang dibawah bantal di katil adik tanpa pengetahuan sesiapa pun malah adik juga tidak tahu. Tapi bila diketahui oleh umi, abah pernah ditengking oleh umi. Astaghfirullah.

'Akak gurau je adik. Jom kita pergi pizza ye. Adik cakap je adik nak apa. Nanti akak belanja okeh?'.

Tiada sahutan daripada adik menyebabkan aku berpaling ke belakang untuk melihat adik. Kelihatan adik sudah tiada di sana. Patut senyap.

'Ish budak ni. Tak tunggu pun aku. Punyalah aku risau dengan keadaan dia. Boleh pula dia pergi macam tu je. Merajuk lah tu'.

Bisik aku dalam hati.

Aku mempercepatkan langkah aku keluar dari wad itu dengan membawa beg yang berisi lebihan biskut, botol madu dan beberapa air mineral. Adik kuat sangat minta air jadi aku beli 5 botol besar sekali gus. Senang sikit.

Ayunan langkah aku makin laju mengenangkan keadaan adik yang tak seberapa sihat lagi. Teringat aku pada pesanan doktor Munirah kepada aku pagi tadi sebelum membenarkan adik keluar wad hari ini.

'Macam mana keadaan adik saya doktor? Dia sudah baik ke? Apa yang perlu saya lakukan untuk dia kembali sihat?'.

Bertubi-tubi soalan aku lontarkan pada doktor muda itu memandangkan dia belum lagi membuka mulut memberitahu perkara sebenar tentang keadaan adik semenjak aku masuk ke pejabat dia 10 minit lalu.

Jangan main-main doktor. Aku dah lah risau pasal adik aku. Doktor tak cakap sepatah perkataan lagi ni. Aku dah lah dari tadi tak senang duduk ni fikir pasal adik.

Aku melihat doktor itu hanya tersenyum melihat aku sambil membelek-belek buku yang berada dihadapan dia. Aku hanya tekun melihat dia dan masih setia menunggu dia untuk bercakap mengenai adik.

'Jangan risau cik Farah. Hana okay. Cuma luka dia dalam sikit pada dahi. Kemungkinan hentakan yang berlaku pada dahi dia terlalu kuat menyebabkan dia banyak kehilangan darah. Kalau boleh tolong selalu pantau dia sementara waktu ni. Pastikan dia makan ubat ikut waktu. Terdapat juga retakan yang berlaku di tulang pipi dia akibat tamparan yang sangat kuat. Pagi tadi saya cek tulang pipi dia, retak sedikit. Tapi jangan risau, insyaallah lama-lama tulang dia akan okey. Cuma kena pantau sedikit pergerakan dia pada pipi sebab kemungkinan dia akan mengalami rasa sakit yang sedikit. Yang lain alhamdulillah takde apa-apa'.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Där berättelser lever. Upptäck nu