chapter 38

537 18 0
                                    

'Dari mana?'. Belum sempat Haris untuk duduk di atas sofa, dia disoal oleh kakaknya. Mendengar sahaja soalan itu, Haris mengeluh seketika. Dia penat hari ini. Penat melayan kerenah perempuan itu. Semua benda dia taknak. Tak cantik la, tak comel la. Kang dia bagi kaki kang meleset tepi tiang. Aish.

'Jap kak. Angah letih ni'. Ujar Haris. Kak Nisa hanya memandang dia dengan pandangan pelik. Apahal adik dia nampak penat sangat. Pergi marathon ke apa?

Selesai sahaja menyesuaikan kedudukan di sofa, Haris berpaling ke arah kakaknya. Terkejut dia dengan kedudukan kak Nisa. Sangat hampir dengan dia. Nak sangat bergosip kakaknya. Dengan tengok wajah berharap kak Nisa, Haris membuka mulut untuk bercerita. Nanti kan ada yang merajuk bucu katil.

'So?'.

'Tak tadi pergi teman Nia...'

'Nia? Tengku Dania Izreen?'.

Haris mengangguk kepala mengiyakan kata kata kakaknya. Ye dia tahu kak Nisa tidak pernah suka akan Dania selepas apa yang terjadi dahulu. Disebabkan Dania, mama mereka hampir kemalangan.

'Pahal keluar dengan dia. Akak tak suka angah rapat dengan dia. Angah tahu kan kenapa'. Ujar Nisa tegas.

Haris mengurut pelipisnya. Dia juga tidak mahu rapat dengan Dania tetapi keadaan memaksa. Dia tidak boleh biarkan Dania begitu kerana dia tahu bila bila masa sahaja penyakit Dania akan datang bila dia stress. Stress sebab orang tak layan dia.

'Angah pun tak suka kak. Tapi sebab uncle Fendy suruh angah. Takkan angah nak tolak camtu je'. Balas Haris kembali.

Nisa melepaskan keluhan. Dia juga pening dengan situasi Haris.

'Kenapa uncle nak paksa. Kenapa uncle tak larang sendiri anak dia rapat dengan keluarga kita. Uncle sendiri tahu kan apa yang jadi pada keluarga kita dahulu sebab anak dia'. Suara Nisa sedikit tegang apabila bab Tengku Affendy dengan Tengku Dania dijadikan bahan perbualan mereka.

Haris hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Pernah lah juga dia berpesan pada uncle Fendy yang dia tak mahu berbaik dengan anak dia tapi pesanan dia hanya diterbangkan angin. Dia pun tak tahu. Apa yang Nia pandang sangat pada dia pun tak tahu. Hensem sangat ke dia? Hshshhshs.

'Hmm nanti akak sendiri yang nak jumpa uncle. Kau takyah masuk campur ngah'. Haris berpaling memandang kakaknya. Biar betul? Uish kalau kak Nisa jumpa uncle sendiri tak ke naya. Bukan boleh percaya sangat. Main cakap lepas je kak Nisa. Macam Kak Tisya la.

'Kau jangan kak. Macam la angah tak tau yang kau kalau bercakap bukan fikir dulu perasaan orang. Main lepas je'. Ujar Haris. Kak nisa hanya mempamerkan muka selamba. Ape kesah? Huh.

'Dah la angah naik dulu. Kak Tisya mana?'.

'Dalam bilik'.

Haris mengangguk.

Semasa melintas bilik Kak Tisya, Haris melihat pintu bilik Kak Tisya tidak tertutup rapat. Jika jenguk kepala, boleh nampak apa yang dia sedang lakukan. Tanpa buang masa, Haris jengukkan kepala sedikit. Kelihatan Kak Tisya sedang bersila di atas lantai dengan sebuah kotak di tangannya. Haris yang ingin tahu apa yang ada di dalam kotak menjengukkan lagi kepalanya di sebalik pintu.

'Kau buat apa tu ngah?'. Soal Kak Tisya. Haris terkejut dengan teguran itu terjatuh.

'Aduh punggung aku'. Haris menggosok punggungnya yang sedikit sakit. Sakit woi.

'Itulah masuk bilik akak tak bagi salam'.

Zapp. Pedih. Sakit. Perit.

Haris mencebik dengan kata kata kakaknya. Macam la dia masuk bilik orang bagi salam. Tak kan. Eleh.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now