chapter 56✔️

614 16 2
                                    

Haris membuka pintu rumah dengan perlahan. Sekarang waktu sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Dia lambat pulang ke rumah kerana dia singgah sebentar di rumah Uncle Affendy. Dania yang bersungguh mengajaknya makan malam di rumah mereka sempena Dania ingin fly ke Korea kerana mempunyai show dekat sana. Ramai lah juga datang makan malam kerana Uncle Affendy dan Dania mengajak juga kenalan kenalan mereka untuk datang dinner.

Haris melangkah perlahan ke arah tangga. Dia sempat memandang ke arah dapur yang masih terang. Mungkin perempuan tu bangun minum kut. Selalunya macam tu la.

Baru sahaja tangga pertama dia pijak, dia ditegur seseorang.

"Haih, baru balik ke suami orang ni?". Haris berpaling ke arah gerangan. Terbeliak matanya memandang Kak Nisa bersama Kak Tisya sedang santai makan di meja dapur.

Haris tidak jadi ke biliknya tetapi dia melangkah laju ke arah dapur.

"Buat apa dekat sini? Tak balik lagi ke Kedah, Kak Tisya?". Soal Haris pelik. Yer lah pelik. Bukan ke Kak Tisya bagitau yang dia ada operation esok? Takkan sekarang tak jejak lagi rumah dia.

"Belum. Saja datang sini nak melawat adik dengan adik ipar. Tak boleh ke?". Soal Tisya kembali. Haris nampak gelisah. Apehal?

Haris menggosok perlahan belakang lehernya.

"Takde la. Sebab rasanya Kak Tisya ada operation kan esok? Takkan tak balik lagi. Hehe". Ujar Haris perlahan. Dia kemudian memandang Kak Nisa yang sedang merenung dirinya

"Kak Nisa kenapa? Tengok Haris macam tu?".

Nisa mengangkat sebelah keningnya. Dia menghirup perlahan kopi panas yang baru sahaja dia buat. Lega weh boleh minum, lebih lebih lagi sekarang tengah hujan. Nikmat !

Coklat Cadbury yang terisi di dalam bekas diambil oleh Kak Nisa. Segala perbuatan Nisa dilihat oleh Haris.

"Kau pergi mana tadi?". Soal Nisa. Plastik cadbury dibuang ke dalam bekas sampah yang tersedia di atas meja makan. Diambil satu lagi Cadbury. Sedap jugak!

Tisya yang melihat Nisa makan Cadbury terliur. Tisya juga ambil satu. Mahu cuba. Plastik dibuang lalu coklat dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah perlahan.Fuh, nikmat weh!

Alah korang jangan fikir pelik. Macam si Tisya ni tak pernah jumpa je Cadbury. Excuse me, Tisya ni doktor tau. So, kena lah jaga pemakanan. Kena makan makanan yang sihat jer tau. Tu sebabnya, kalau dapat makan benda alah ni, nikmat dia bukan main tau;)

Haris melarikan pandangan daripada memandang wajah Nisa. Tak mahu kantoi.

"Aku tanya ni, kau pergi mana?". Soal Nisa sedikit kasar. Dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara mereka. Tetapi kalau si Haris ni macam nak cabar dia, go on. Dia akan bermain.

Pfft.

"Haris, Haris pergi rumah kawan..". Guman Haris perlahan. Haih, takkan lah nak bagitau yang dia pergi dinner rumah Dania. Tak ke kena pukul oleh kedua-dua kakaknya itu. Tempah maut namanya.

"Siapa?".

"Rumah kawan la..".

"Aku tanya siapa?". Soal Nisa kuat. Meja ditepuk kuat. Jawablah. Susah sangat ke hah?

"Rumah Dania..".

Nisa dan Tisya membulatkan mata. Terkejut dengan apa yang Haris katakan.

"Kau kenapa pergi rumah dia? Kan akak dah bagitau jangan jejak lagi rumah dia ataupun selisih dengan dia pun akak tak mau kan". Balas Tisya.

"Dah dia ajak dinner. Haris pergi la". Jawab Haris selamba.

Nisa menggeleng kepala. Macam mana nak cakap lagi pada Haris ni kalau dia punya keras kepala kalah batu. Dia tak ingat ke apa yang berlaku pada mama disebabkan perbuatan Dania itu sendiri.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now