chapter 58✔️

669 14 0
                                    

Kakinya perlahan menuruni tangga. Dia merenung seketika ruang tamu.

Sunyi.

Dia menghembuskan nafas perlahan. Dengan langkah longlai, dia menuju ke arah dapur. Suasana di dapur sedikit bising. Bunyi seperti orang sedang memasak.

"Mama?". Panggil Haris.

Tengku Zanariah memusingkan badannya. Dia menghadiahkan satu senyuman nipis ke arah anak lelakinya.

"Dah bangun?". Soal Tengku Zanariah.

"Tadi lagi. Cuma Haris pening sikit. Tu yang turun lambat. Ingatkan takde orang. Rupanya mama ada. Maaf mama". Ujar Haris dengan suara sedikit serak.

Tengku Zanariah angguk perlahan. Nasi goreng yang baru sahaja selesai dimasak diletakkan ke dalam mangkuk. Haruman nasi goreng yang sedap itu membuatkan perut Haris berbunyi.

Tengku Zanariah tergelak kecil.

"Lapar sangat ke sampai sini dengar bunyi perut kamu tuu?". Soal Tengku Zanariah.

Haris tersengih. Dia menggosok perlahan perutnya.

"Haah mama. Sejak petang semalam lagi tak menjamah apa-apa makanan. Nampak je makanan mama masak, terus nafsu nak makan kuat. Hehe". Balas Haris.

"Itulah, ada isteri buat macam takde isteri. Kan dah kena..". Ujar Tengku Zanariah sekali dengan perlian.

Haris tidak menjawab. Buat habis air liur je. Pinggan yang telah tersedia di atas meja makan ditarik laju. Nasi goreng disenduk 2 kali.

Dengan lafaz bismillah..

Sedap woooo...

Haris tidak menjawab tetapi dia hanya menunjukkan ibu jarinya tanda sedap.

Tengku Zanariah menggeleng kepala. Asal bukak je cerita pasal Hana, terus mengelak.
Sampai bila lah?

Bebola mata Haris menangkap beberapa bekas plastik yang telah dibungkus elok di dalam plastik. Dahinya berkerut.

"Ma kenapa packing makanan tu? Bubur tu untuk siapa?". Mulutnya menjuih ke arah bekas plastik itu.

"Mama nak pergi melawat Hana. Dia kan dah sedar. Jadi, mama masak makanan favourite Hana. Dia cakap nak rasa sebab dah lama tak makan masakan mama. Tu yang mama buatkan". Ujar Tengku Zanariah panjang lebar. Senyuman di bibir tidak lekang dari wajahnya. Suka lah sebab menantu nak dia masakkan.

Haris menaikkan matanya ke atas.

"Mengada lebih". Ujar Haris perlahan tetapi tetap didengari oleh Tengku Zanariah.

"Apa kamu cakap macam tu. Tak baik tau".

Haris berdecit. Dia menyampah dengan Hana yang seakan mahu merampas kebahagiaan dia. Haih.

"Tak payah lah mama layan perempuan murahan tu lebih lebih sangat. Dia siapa sampaikan nak suruh orang ikut telunjuk dia huh? Dia boss ke? Takkan. Jangan sampai dia nak gunakan mama. Haris taknak mama dah digunakan oleh perempuan tuu..".

Tengku Zanariah beristighfar. Dia mengurut dadanya perlahan.

"Kenapa Ris cakap macam tu. Dia isteri kamu. Sepatutnya bila mana dia dah sedar, kamu yang ada disisi dia bukan orang lain. Bagi kekuatan pada dia selepas apa yang berlaku. Bukan buat macam dia tak wujud dah. Kamu kena ingat isteri kamu masih perlukan kamu lagi. Bukan buang macam kucing jalanan, Haris..". Nasihat Tengku Zanariah.

Haris mencebik.

Selepas apa yang berlaku, gila ke dia masih nak bagi kekuatan pada perempuan tu. Sepatutnya perempuan tu datang sendiri jelaskan apa yang berlaku. Alih alih dia pula. Padahal bukan salah dia.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now