chapter 45

537 11 0
                                    

"Abang". Seru Hana memanggil Haris. Haris berpaling memandang isterinya sekejap sebelum fokus semula pada pemanduannya. Harini, mereka sekeluarga bertolak ke Cameron Highland. Keluarga Hana juga turut datang memandangkan Tengku Zanariah yang bersungguh memujuk Umi untuk bersetuju. Hal abah pula, tidak perlu risau kerana mereka sudah merancang dengan sebaik mungkin.

Baik bukan keluarga keturunan Tengku ni;)

"Iye sayang. Nak apa?". Soal Haris lembut sambil mengusap perlahan tangan kanan Hana di dalam genggamannya.

"Erm saya sebenarnya kan, lapar lah. Hehheh. Tadi, saya cuma makan sikit je sebab excited sangat nak bertolak...". Gumam Hana perlahan. Dia tidak sempat nak menjamah nasi lemak buatan Umi pagi tadi kerana terlebih excited. Yer lah. Nak pergi bercuti kan!

Tengku Haris tersenyum.

"Okay sayang. Nanti kalau ada ternampak kedai, sayang bagitau je tau. Nanti abang berhenti". Ujar Haris.

"Tapi kan...".

"Tapi apa tu?". Soal Haris kembali. Dah kenapa kesayangan dia ni cakap gantung.

"Saya teringin lah nak makan kfc. Lama dah tak makan". Ujar Hana perlahan.

"No sayang. Itu fast food. Bahaya untuk kesihatan sayang". Tegas Haris berkata. Dia tidak suka isterinya makan makanan berminyak itu. Dia lebih prefer untuk makan nasi. Kan lebih sihat? Lagipun, dia sayang isterinya. Tak ke haru dia kalau kesayangan dia sakit gara-gara makan makanan seperti itu.

"Alaaa abang. Kali ni je. Saya teringin lah. Dah lama tak jamah sejak jadi doktor ni. Boleh ehh?". Pujuk Hana lembut sambil menggoncangkan sedikit lengan Haris.

Haris menggeleng kepala tanda tidak bersetuju. Dia tidak mahu isterinya jatuh sakit. Nanti dia yang kena tanggung rindu tunggu isterinya sihat semula.

Hana memalingkan muka ke luar tingkap kereta.

Merajuk!

Dah Haris tak izinkan dia makan kfc. Dia dah lama teringin tau. Sejak jadi doktor ni, dia sedikit teragak-agak untuk makan fast food sebab dia tahu kekurangan makanan jenis itu. Tapi, hari ni dia teringin.

Tak salah kan?

Tapi Haris pulak tak izin. Dia berkecil hati lah. Dah, nak merajuk!

Haris yang sedar akan perkara itu tersenyum nipis. Dia melihat pada pahanya. Dia masih mengenggam erat tangan kecil isterinya.

Dah merajuk tapi still tak lepas. merajuk manja lah ni erk!

Tanpa sedar, Hana punya merajuk sampai tertidur. Haris nak pujuk? Bahaya lah nak pujuk masa memandu ni. So, nanti dah sampai baru dia pujuk tau. Lagi satu, dia ada suprise untuk kesayangan dia.

*********


"Sayang. Bangun. Dah sampai ni". Kejut Haris lembut sambil mengusap perlahan lengan Hana yang berlapik dengan blouse. Harini, dia dengan Hana dipadankan baju dengan warna yang sama.

Biru!

Sukanya dia dapat sama warna dengan kesayangan dia. Tak perlu lah dia jeles kalau ada yang mengorat sebab mesti mereka tahu kan yang Hana ni milik dia. Hik.

Hana tersedar. Dia menggosok perlahan matanya. Dia menutup mulutnya kerana menguap. Mengantuk.

"Dah sampai?". Soal Hana dengan suara yang serak.

"Iye sayang. Awak lah merajuk sampai tertidur". Balas Haris kembali. Dia kemudian keluar dari kereta dan berlalu ke arah sebelah pintu Hana. Dia membuka pintu Hana lalu mencapai tangan Hana untuk keluar. Hana melihat perlakuan Haris lalu berkerut dahi.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon