chapter 34

589 15 0
                                    

HARIS POV

'Tolong'.

Aku yang baru sahaja selesai parking kereta terdengar seseorang menjerit meminta tolong. Seakan merasakan tidak kena memandangkan aku daripada tadi mencari Hana kerana hilang dari pandangan aku. Sudah merata aku mencari Hana tetapi masih tidak jumpa. Kedengaran suara meminta tolong sangat kuat menyebabkan aku terdetik untuk pergi melihat.

Sampai sahaja disana, aku ternampak seorang wanita yang diheret oleh seorang lelaki yang seakan mabuk. Haih dasar lelaki tak guna. Tetapi macam seperti ada sesuatu yang menyebabkan dia ingin melihat lebih lama. Ting. Hana.

Hana, orang yang diheret itu merintih. Melihat kejadian itu, darah aku naik mendadak. Melihat cara lelaki itu menarik lengan Hana dengan kasar membuatkan aku hilang sabar. Melihat Hana menangis membuatkan aku tersentak. Seakan aku tidak menjaga dia dengan baik menyebabkan dia diperlakukan sebegitu oleh lelaki kurang siuman.

'Woi'.

Tetapi lelaki itu seperti tidak mendengar aku meng'woi'nya. Aku hilang sabar dengan tingkahnya lalu aku menuju ke tempat mereka berdua. Tanpa memberi sebarang isyarat, aku menendangnya dari belakang. Lelaki itu terjatuh ke dalam tompokan air dan palimg best sekali adalah mukanya betul betul jatuh atas tompokan air.

Aku menyepak mukanya beberapa kali sehingga lelaki itu terkulai lemah di atas jalan itu. Aku terduduk seketika kerana sedikit lelah. Seusai itu, aku bangun lalu memandang wajah Hana. Kelihatan dia seakan sedikit takut dan terkejut. Aku benar benar risau terhadapnya tapi marah menguasai diri aku. Aku sudah pesan supaya dia memandu kereta sambil melihat aku yang berada di belakang tapi dia tetap degil. Disebabkan aku tidak mahu memarahinya, aku hanya memandang dia dengan tajam seketika sebelum berlalu pergi meninggalkan dia tanpa sepatah kata. Biarlah dia nak kata apa hati aku terlalu geram sekarang.

Kejadian 2 jam tadi berlayar di fikiran aku. Nasib baik hati aku terdetik untuk pergi melihat. Jika tidak, pasti lelaki mabuk itu dah bawa Hana kemana. Tidak dapat aku fikirkan jika itu semua berlaku. Aku takkan maafkan diri aku jika apa apa yang terjadi pada Hana. Cukuplah peristiwa dahulu membuatkan Hana benci pada aku. Tidak ingin aku menambahkan kebencian dalam dirinya buat aku. Itulah salah satu sebab kenapa aku overprotection pada dirinya. Kerana aku tidak ingin dia sakit lagi.

Ingin sahaja aku menceritakan perkara sebenar pada mama, papa, kak Nisa dan kak tisya tentang apa yang berlaku tetapi aku tahu, jika aku ceritakan pasti mereka akan marah teruk pada aku. Tetapi aku tidak sanggup membuatkan Hana benci pada aku. Haih susah susah. Aku tahu kak Nisa sudah sukakan pada Hana sejak dahulu tetapi selepas mendengar tentang ditangkap itu, dia kuburkan niat dia untuk bertemu dengan Hana. Tetapi sekarang lain pula yang terjadi seakan dia tidak peduli tentang kejadian dahulu. Adakah dia sudah tahu atau buat tidak tahu?

'Oit'.
Bahu aku terhenjut sedikit dengan sergahan daripada seseorang dari belakang. Aku berpaling. Kelihatan kak Nisa dengan ketawa terbahak bahak manakala Hana hanya memberi respon biasa sahaja. Tiada tanda untuk ketawa.

'Akak dah kenapa? Suka sangat buat Haris macam tu. Nasib baik Haris takde sakit jantung. Kalau tak dah lama Haris mati'.

Aku melihat kak Nisa sudah berhenti ketawa lalu memandang aku dengan sisa ketawanya.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now