chapter 41

607 15 0
                                    

"kiranya majlis perkahwinan akan diadakan minggu depan lah ye". Soal Tengku Zanariah dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Dia merasa gembira kerana pada tahun ini, dia akan dapat menantu. Alhamdulillah doanya dimakbulkan. Ingatkan anak lelakinya tak minat perempuan.

Hisy!

"Ye betul tu Tengku. Cuma persiapan lah belum settle sepenuhnya. Yer lah orang kata on the sport". Balas Puan Rita yang juga tidak lekang dengan senyuman.

"Ish apa pulak Tengku. Panggil je saya Zana, akak. Malu pulak saya. Dan pasal persiapan tu akak jangan risau. Nanti semuanya aaya akan settle. Akak dengan abang Kamarul cuma bantu sikit sikit je.".

"Entah akak. Panggil je kami ni nama. Tak payah Tengku bagai. Bukannya kami nak marah. Kami makan nasi lagi setakat ni. Takde pula makan orang sebab panggil kami nama je.". Celah Tengku Kamal yang dari tadi sibuk berbual dengan Encik Kamarul.

"Iyelah. Ish apa pula kamu semua yang sediakan . Kitorang ni takkan lah datang goyang kaki je.". Soal Puan Rita kembali.

"Tak payah risau. Akak dengan abang Kamarul datang goyang kaki je senang. Tak payah susah Susan nak buat kerja. Saya dah handle semuanya. Hana setuju pun dah gembira buat saya kak". Kata Tengku Zanariah. Haris senang melihat kelakuan papa dengan mama nya. Ingatkan mereka tidak boleh terima orang yang tidak sama darjat dengan dia. Maknanya papa dengan mama tidak penting semua itu. Alhamdulillah.

"Haa Hana. Kenapa senyap. Makan lah kuih tu. Mama buat sendiri tau sebab tahu menantu mama nak datang harini. Mama postpone semua kerja dekat butik tu semata mata untuk Hana tau". Ujar Tengku Zanariah sambil melihat menantunya.

Cantik!

Hana tersenyum.

"Dah makan aunty. Sedap aunty buat. Nanti boleh lah ajar Hana". Balas Hana sedikit kekok. Yer lah first time dooh jumpa bakal mentua ni. Resahh.

"Ish apa aunty. Mama sayang. Kamu tu dah nak jadi menantu mama dah minggu depan. Biasakan lidah tu panggil mama dengan papa tau".

Sejuk betul mata Tengku Zanariah memandang menantunya. Memang Haris tak salah pilih. Menantu idaman orang ni. Kena jaga baik baik. Nanti dikebas. Hisy!

"Erm insya Allah ma...mama". Gugup Hana membalas.

"Haa macam tu lah. Ish cute lah kamu ni Hana". Balas Tengku Zanariah. Hana apa lagi, bulat mata dia memandang Tengku Zanariah dengan pandangan tidak percaya.

Cute? Haha....

Haris yang melihat Hana seperti gelisah itu terus menghentikan perbuatan mama.

"Mama,muka Hana dah merah tu. Kesian dia". Ujar Haris dengan suara perlahan.

Tengku Zanariah ketawa geli hati. Dia suka melihat wajah Hana. Ayu sangat menantu dia ni.

Suka!

"Iyelah. Maafkan mama ye Hana kalau rasa tak selesa. Mama cuma happy sebab mama dah nak dapat menantu ni. Tu excited pelik sikit". Hana angguk. Dia juga sudah tidak selesa dengan keadaan mata orang lain yang sudah terarah memandang dia.

"Eh, jom lah kita lunch. Lagipun Mak Wan dah siap hidang makanan semuanya. Tunggu makan je. Jom. Hana, jom makan".

Mereka kemudian bangun dan terus menuju ke ruang makan. Banyak makanan yang terhidang. Ada gulai ayam, sambal udang, sayur goreng, telur dadar dan tidak lupa sedikit ulam. Kecur liur weh.











*********




"Dah nak kahwin dah kawan aku sorang ni ye". Ujar Nadia yang sibuk memakai inai pada jari Hana. Malam ini, Nadia ambil keputusan untuk stay di rumah keluarga Hana memandangkan dia ingin mendandan Hana esok. Esok merupakan hari bersejarah kawan baiknya iaitu hari perkahwinan Hana. Jadi, sebelum Hana kahwin, dia datang enjoy dulu sebelum minah tu jadi isteri orang. Kan.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now