chapter 25

622 20 0
                                    

Peperiksaan pada hari ini berjalan lancar. Semuanya dipermudahkan. Bermula lah dari aku menjejakkan kaki aku ke dalam dewan hingga aku menjejak keluar dari dewan. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah.

Bila hati kita sudah bersemangat untuk jawab peperiksaan pada hari pertama, jadi senang lah untuk hari kedua dan seterusnya. Cewahhh.

Jadi selepas keluar dari dewan, aku mengambil keputusan untuk pergi ke surau menunaikan solat zohor. Tapi perut aku berbunyi dari tadi untuk meminta aku mengisu makanan. Jadi aku tuju ke koperasi untuk membeli roti dan sekotak air untuk mengalas perut. Selepas itu barulah aku ke surau.

*******

Di surau, terdapat beberapa orang pelajar yang sedang berehat. Yang lain mungkin sudah naik ke dorm asrama. Ouh btw sekolah aku ada asrama untuk pelajar-pelajar yang rumah mereka jauh dari sekolah. Aku tidak mendaftar masuk kerana rumah aku bukannya jauh pun. Berjalan kaki pun sampai.

Kelihatan pelajar yang berada di surau ada yang sudah tidur, ada yang sedang mengulang kaji subjek bahasa inggeris untuk esok dan ada yang sedang mengaji. Tidak kira lagi pelajar yang sedang solat dalam surau. Adalah lebih kurang 10 orang pelajar. Surau aku ni sebelum masuk bahagian dalam surau yang tempat untuk solat tu, ada macam tempat ruang rehat di luar. Boleh bayang tak? Haa macam tu la.
(Sis tak tahu nak bagitau macam mana😂)

So kalau ada students yang nak berehat di surau boleh je. Dan bahagian surau perempuan dilindung oleh dinding. Tak boleh kalau dengan kain je. Nanti ada yang mengintai. Ops. Faham-faham lah ye muslimah sekalian. Hahah.

Jadi sebelum solat, aku ingin berehat sekejap sambil makan roti dan air yang baru aku beli sebentar tadi. Aku mengambil keputusan untuk berehat di sudut surau memandangkan di sana tiada pelajar yang berehat. Aku inginkan keselesaan dan paling penting tempat tu sebenarnya sejuk kerana aircond bahagian surau lelaki keluar menerusi lubang udara. Tak payah cakap yang korang tak pernah buat macam ni ye. Ikut lah mana-mana pun, mesti cari tempat yang terkena aircond kan. Kan kan kan. Hahaha.

(Sis pun macam ni gak. Cari tempat yang kena aircond. Baru best. Lagi-lagi bulan puasa. Pergh kalau tidur tu hilang terus ke alam sebalik mata tau.)

Aku ingin berbaring sekejap memandangkan sekarang baru pukul 1.30 petang. Aku jadikan beg kain telekung aku sebagai bantal untuk menampung kepala aku yang ringan ini. Letak kepala. Bismillah hilang terus aku. Hahah gurau.

Aku ingin menutup mata untuk hilangkan mengantuk. Tiba-tiba aku terdengar suara seorang pelajar yang baru sahaja masuk ke surau.

'Weh kau tahu tak? Tadi masa aku lalu depan bilik guru perempuan, aku dengar yang guru-guru dalam bilik guru itu bercakap pasal Hana dari kelas 5 Mawar. Kau kenal tak dia?

Soal seorang perempuan pada kawan dia.

Aku yang mendengar membuka mata. Aku memasang telinga untuk mendengar perbualan antara mereka berdua yang mungkin sedang berbual mengenai aku. Kerana mereka ada menyebut Hana dari kelas 5 Mawar. Seingat aku, hanya aku sahaja bernama Hana dalam kelas 5 Mawar. Ke ada orang lain nama Hana juga? Aku mengangkat kepala lalu menyelit sedikit kepala aku melalui telekung-telekung yang tersidai di tempat penyidai.

'Hana 5 Mawar? Kenal. Famous dowh dia. Takkan kau tak kenal budak tu?'.
Soal kawannya pada budak yang bertanya tentang aku tadi.

'Yang mana eh? Sorry lah aku ni jenis tak ingat benda remeh macam ni'
Soal kawannya semula.

'Ala kau ingat tak kes yang ada budak kena tangkap dekat taman herba haritu sebab berpelukan? Haa budak tu Hana lah. Dia tertangkap dengan budak lelaki kelas dia juga. Tidak silap aku Haris nama dia. Haa Haris Iskandar'.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now